Wednesday, June 6, 2012

Tak dapat tido

Abu tak dapt tido. Dah merata ruang tilam digoleknya. Bukan soal suhu tilam atau malam yang agak hangat malam tu. Bukan juga bunyi tiktoktiktok berterusan dari jam dinding yang menemani Abu sejak tengah malam tadi. Abu resah, sebenarnya. Dia dalam dilema.

Untuk kekal bermakna Abu kena teruskan perjuangan rutinnya, bangun awal, kejar bas pepagi dari tepi jalan rumahnya. Bertukar LRT di Pasar Seni dan Asia Jaya, naik teksi untuk ke pejabat. Itu tak cerita time balik kerja lagi. Time hari Jumaat. Time cuti sekolah. Perasaan jengkel menguasai spina Abu. Abu mengelap dahi yang bukan berpeluh, tapi berminyak dek bergumpal-gumpal atas katil.

Kalau nak ambik jalan perubahan, bermakna Abu sekali lagi buat kerja gila. Belum pun recover dari kerja gilanya yang terakhir, yang hampir mengorbankan segala-galanya termasuk harga diri Abu. Namun, semua petunjuk mengarah kepada perubahan. Kalini, Abu yang berkuasa dalam penghasilan produk, bukan bergantung kepada sesiapa lagi macam kali terakhir. Dan hasil pemerhatian dan pengalamannya, Abu yakin yang perubahan kali ini memang GILA, namun ia akan berhasil. Berhasil dalam membantu Abu untuk mencapai cita-citanya sejak kecil:


NAK MENJADI AHLI MUSIK


Published with Blogger-droid v2.0.4