"Hello Miraa" |
"Hello, Mira?" Kamera fokus pada bibir orang yang bercakap di talipon.
"Hye, Abuuuu" jawab seorang awek yang sedang meniarap ayu di atas katilnya.
"Watper, tu?" tanya Abu pendek.
"Tengah seleser-seleser" purrrr dari Mira.
"Jom kuar" ajak Abu.
"Gi aner?" tanya Mira manjer. Dari intonasinyer, dia suker. Lagipun baru pukul 8 malam. Dinner pun belom lagi. Dan Abu dapat membacanya.
"Seploh minit sampai. Awak siap ar" kata Abu. Talian diputuskan. Abu memicit butang pada henponnya. Sekali, henpon terjatuh, melenting atas jalan tar sebab Abu sedang bergerak laju di atas motor menuju ke rumah sewa aweknya; Mira. Abu buat muka tak kisah. Kejadian henpon jatuh tadi nampaknya semakin menekankan bahawa Abu sedang tak hepi dan mahu penjelasan dari Mira.
"Aku fedap betul bab menunggu-nunggu ni.." |
"Miraaaaa-aaaa, Miraaa!" salam Abu sesampainya dia di depan gate rumah sewa Mira. Kelihatan macha kat rumah sebelah cam dah beser dengan perangai si Abu. Masyarakat sekeliling pun cam tak kisah jer seorang balak datang terjerit-jerit depan rumah sewa orang pompuan sambil diperhati rapat oleh seorang budak kecik menghisap lolipop di sebelah Abu. Terkebil-kebil dia melihat kerenah Abu terjerit-jerit lewat senja ni. Abu terhenti menjerit dan mengushar budak tu. Tibatiba Abu rasa lagi berang sebab kehadiran seorang budak kecik itu seolah petanda mengiyerkan lagi paranoia dalam kepalanya. Bunyi gril sliding dibuka. Kamera fokus pintu nak tengok sapa yang keluar. Adakah Mira?
Mira keluar dari pintu rumah sambil buat muka ayu dan main mata manja dengan Abu yang tengah bengis. Tah kenapa kegedik-an Mira pada saat tu menghidupkan lagi api dalam jiwa Abu. Abu menunggu sehingga Mira hampir padanya setelah mengunci semula pintu gate dan menghalau budak yang memakan lolipop sambil terkebil-kebil tadi.
Abu memakai kan helmet pada Mira cam seorang balak yang sayang bini. Lepas keduanya setel mengadjust buntut atas motor, mereka meluncur laju ke Klang. Nak dinner kat Morib la kononnya. Biaser arr, motor Abu Superbike. sekejap Kampung Majidee kat Johor. Lunch kat Kg Baru kat KL. Petang dah sampai Dungun, Ganu. Tak citer lagi supper dan beli jajan katner lagi.
Abu bila dah bengang, mulalah buat benda bodoh... |
Dalam berpelukan laju atas motor tu, tah camana, Abu dan Mira berkomunikasi:
"I nak tanya you sikit" mula Abu dari depan.
"Apa dier?" jawab Mira dari belakang. Mira mengeratkan lagi pelukannya pada Abu. Abu pun macam terlajukan sikit lagi motornya. Sekejap jer dah lalu depan Subang Parade.
"Semalam you ader keluar dengan sesapa, ke?" tanya Abu.
"Kenapa you tanyer?" Mira menjawab soalan dengan soalan. Satu kepantangan Abu.
"You tak jawab soalan I" kata Abu. Dia merebahkan badannya perlahan-lahan, diikuti oleh Mira sebab mereka nak layan corner exit Subang pada kelajuan 140km/j. Tapi Abu macam dah nak mampos. Dia melajukan lagi superbikenyer dari biasa. Jujukan pikap motor itu dapat dirasai kelainannya oleh Mira. Dan memang kepantangan Abu kalau Mira mengomen akan pemanduan giler si Abu ni. Tapi pada Abu, dia macam ada keberanian yang lain dalam meng approach corner exit Subang pada malam ini. Rekod yang pernah dibuatnya masa naik dengan Mira ialah 105km/j sambil layan lap. Kalini, ni speedometer dah tunjukkan 140km/j. Giler ke?
"Baik you cakap, Mira. Dengan sapa you keluar semalam?" ugut Abu yang semakin menambahkan kelajuan motor yang sedang meng approach corner. Kalau tak slow, atau tak drop gear, alamat memang terus langgar divider besi. Ni bukan track lumber. Ni jalan raya, pikir Mira. Dia merasa takut namun teruja yang amat sangat sambil mengepit Abu dengan lebih erat lagi. Abu terasa kepitan Mira. Semakinlah dia marah kerana nyata gatalnya Mira ni. Mesti dia buat camni jugak pada mamat-mamat lain yang mengambil peluang dengan kenaifan Mira dengan meng offer untuk menghantar Mira pulang dari kolej naik superbike mereka pula. Macam Abu.
"Cakap! Semalam I call you, berkalikali, tapi you tak angkat pun. Mana you pegi? Apsal tak infom I?" marah Abu lagi.
Mira suker dengan perangai Abu yang bossy ini. Dia suka balak yang macam big brother yang take care of her like a father. Dia rasa selesa dengan orang camni. Tapi sekarang mereka berdua bergerak dalam kelajuan yang hampir 160km/j dan menghampiri korner baring. Atas superbike lak tu. Kalau dalam keta, boleh gak dirft. Ni dah tahap suicide dah ni. Mira semakin takut. Nampaknya, terpaksa lah dia menghentikan gediknya sebab kalau tidak, kang kemalangan jalan raya lak dengan Abu ni kang.
"Apsal you ni? Kan I keluar dengan you? Kan kita pegi beli underwear you kat Paksen" jerit Mira.
"Eh? Ye kerr?" tanya Abu meng cover..
Baru Abu teringat. Dan semuanya mula make sense. Dia dah paham. Bahawa dia yang dah tahaphapa. Lost memory sebab membuta lepas Asar agaknya. Namun motor yang mereka naiki dah sampai ke korner baring Subang. Abu merebeahkan badannya, diikuti oleh Mira yang macam dah biaser. Namun inersia mereka tak tertampung dek tayar motor dan mereka terhumban ke dalam gaung ditepi jalan dan mati.
Huaaarrrrrggghhhhh
Dah pukul 230 pagi.
The end (dah ngantuk arrr)