Thursday, December 30, 2010

Tukang Komen Yang Skizo

Blog Tukang Komen ialah blog Macam Bagus paling Jobo setakat penghujung 2010. Kemunculannya yang di saat-saat akhir time-time nak pencalonan Juara Lagu, melonjakkan popularitinya di mata bloggers yang gila update dan gila menulis. Walaupun blog tersebut tidak meraih sebarang award dalam blogosphere, atau mendapat follower tegal yang tinggi berbanding seperti blog Jew-On atau Emo Yang Terindah, tersenarainya ia dalam senarai pun merupakan satu petanda kepada mereka yang suka curi page rank dengan meletakkan link-link ke site-site besar.


Dengan kerjasama dari RTM3, Asstru, barisan lawyer Islam Liberal, penyokong fanatik beranimati yang memirrorkan blog Tukang Komen setiap hari, dan dibackup dengan dana rahsia dari seorang peminat yang kaya dari Israel, maka akuskizo mempersembahkan sebuah lagi produksi bermutu sebagai pembuka hujung minggu...



komen kepada: The Crossbow Cannibal and The C4 Killer

Entry asal:

Aku selalu terfikir,apa benda sebenarnya yang mempengaruhi perangai seseorang tu.Maksud aku,dari segi saintifik atau dari segi psikologi semasa pembesaran.Yang mana lagi kuat?Bila baca paper ke,tengok TV ke,kadang-kadang seolah-olah tak percaya kes-kes yang berlaku,seolah-olah manusia tu kadang-kadang takde akal.Kat UK baru-baru ni,seorang pembunuh yang digelar Crossbow Cannibal telah pun berjaya ditangkap,itupun selepas dia berjaya membunuh beberapa orang mangsa yang semuanya adalah pelacur-pelacur...

...Pejamlah sekejap mata kejap kalau ada yang mengatakan dia ni sebenarnya berkhidmat untuk masyarakat sebab dia bunuh pelacur...tapi aku berharap benar agar dapat faham apa yang drive dia untuk buat benda camtu...


Macam mana ada orang boleh tergamak buat camtu?



Read the full article...




Salam CursingMalay

Nama blog dahsyat. Ia bagaikan mesej jelas kepada pembaca akan apa yang boleh diharapkan dalam blog ni. Tiket mudah untuk menghalalkan carutmarut yang bakal dijumpai. Tajuk entry jer boring, tapi sebab ia ditujukan kepada frequent readers blog ni, maka ia disebelahmatakan. Penyampaian macam biasa, gempak. Kalau tak gempak, takkan aku nak komen, ye tak?

Sebagai mood, anggaplah aku ni salah seorang saiko yang kau maksudkan.


Aku sendiri pun minat nak tau apa yang mendorong seseorang untuk bertindak luar kawalan. Sebagai seorang yang baran, aku sedar bahawa kadang-kadang perasaan nak mengamuk itu terlepas sebab aku yang biarkan ia terlepas. Dan kalau aku paksakan untuk bersabar pun, keadaan aku masa bersabar tu macamlah susah sangat macam menahan lapar atau kencing. Tapi tak. Adakalanya aku sengaja melakukan apa yang aku lakukan. Aku sengaja membelasah mamat tu tang kepala dengan besi paip sedangkan aku tau belasahan sebegitu dengan material sekeras itu ke kepala berpotensi membunuh mamat tu. Atau aku sengaja menekan minyak lagi melanggar ayam yang tang aku nak lalu tu lah dia baru nak melintas. Tadi elokkk jer main kat tepi jalan.

Apa yang menyebabkan aku melakukannya, selalunya bukanlah si mangsa itu sendiri. Biasanya aku memang dah ada masalah sebelum aku tiba ke tempat kejadian. Aku mungkin bangun pagi dengan sakit leher salah bantal. Atau kena marah dengan bos masa kat tempat kerja. Atau simply sebab aku tak dapat reach through henfon awek aku yang aku dok call-call dari semalam. Si mangsa biasanya adalah innocent nobody yang happend to be at the wrong place at the wrong time. dan bentuk keganasan yang aku akan buat bergantung kepada keadaan dan peluang.

Masa kecik dan remaja aku agak impulsive. Bila teragak nak mengamuk, aku mengamuk. Dan magnitud amukan itu bergantung kepada keadaan. Kalau benda tak bernyawa yang menaikkan darah aku, aku akan musnahkan benda tu. Kalau benda bernyawa, aku akan sakitkan. Serangga, cicak dan amfibia ajer aku akan bunuh direct.

Tapi sejak dah keja gomen ni, aku mula belajar nak mengcover sikit baran aku. Sebab dah tigapatkali aku ditukarkan sebab bertumbuk. Rekod aku tu kalau diibaratkan sekeping pinggan, dah hancur berderai dah umpamanya. Jadi terpaksalah aku sembunyikan kebaranan aku tu, demi sesuapnasiku.

Ada sekali tu Pengarah marah aku sebab dah 3 kali silap buat laporan.
Ada sekali tu pulak, ada makcik tu sound aku sebab aku buat kerja lembab.

Dan hampir setiap pagi dinding bilikku akan diketuk dan aku kena maki dari jiran sebelah sebab aku set bunyi penggera kepada jam radioku kuat-kuat.





Aku tak menyaiko, pun?
Setakat ni, OK jer?
Apa maknanya tu?





Aku rasa, penyelesaian kepada masalah jenayah serius macam pembunuh bersiri ini ialah dengan mengenalpasti mereka dan memberikan mereka jawatan dalam kerajaan. Siap dengan bonus tahunan tetap dan option nak pencen lambat.

Dengan ini diharapkan kadar jenayah di Malaysia akan setakat curi ayam atau rembat selipar ajer.

Sekian.