Tuesday, February 22, 2011

Update FB Yang TEGANG 6


Lepas Magrib sampai 1 pagi

Atan dan Abu datang ambik aku dan kitorang gi jumpa Joe. Weekly meeting pasal band. 3 lagu dah siap. Plan besok nak try jamming kasi touch-up. Hujung minggu ada gig. Kitorang ingat nak main style 4 lagu non stop one shot. Tak pernah buat lagi. Joe dah lama nak buat style macam ni. Nak tambah portfolio, katanya. Yang mamposnya aku. Aku drummer. Dahlah beat semua takder yang senonoh. Naik kejang paha aku dok menunyit-nunyitkan paddle drum tu. Ishh bebudak ni...

Update FB Yang TEGANG 5




5petang

Ambik mak dari pejabat. Keta banyak. Orang bawak slow. Kitorang singgah Fresco beli stuff. Sampai kat umah abi dah balik. Mesyuarat harian...
Main basketball kat sekolah Pei Hwa. Amoi yang aku ushar tu ada harini. Gila stim aku tengok dia. Aku pun perform lak main harini. Sibbaik aku takleh slamdunk.Takper. Besook aku mintak no HP dia. Aku nak naik ke step seterusnya...

Update FB Yang TEGANG 4




3petang


"Hoi! Ali! Membuta lagi ke?"

Hmmm? Sapa tu?


"Abu! Limablas menet dah aku dok bagi salam kat luar ni. Nak aku azan ke apa?" kata Abu dari luar tingkap.


"Kau nak membuta sampai pukul berapa ni?"

Japjap. Aku bukak pintu...

Update FB Yang TEGANG 3


12tengahari


(Kringggggg!!!!!)

Ek Ellehh...kepala peningla.
Golekgolek la kejap.
Ishhh...
Apa nak buat harini?

Atan kata nak jamming harini...(golek ke kiri)

Abu kata nak pinjam laptop nak update blog pukul 3...(golek ke kanan)

Ambik mak pukul 5...

Jumpa Joe lepas Maghrib....





...ZZZZZ

Update FB Yang TEGANG 2



1030pagi...

Ciss, apsal berpeluh-peluh, ni?
Oh, Kipas tak bukak.
Apsal laaa aku gi gatal padamkan pagi tadi?
Kan dah terbantut beauty sleep aku ni.
Ishh...jauh lak tu....



(kletap!)
(tap-tap-tap)..Kasi laju sikit.


Kasi set jam pukul doblas,
Jom kita sambung perjuangan...


ZZZZ

Update FB Yang TEGANG 1



7pagi:

Huarrggghhh!!! cayalah!
Hari Selasa!
Rumah ni aku punya
Mak, abi, adik beradik,
semua takde.
Semalam Mak cuti, aku kena cover.
Tapi harini,
Aku bley bangun pukul berapa yang aku suka.
Dah tu, yang aku membebel pukul 7pagi ni buat apa?
Hehehe. Jom sambung tido semula...