Wednesday, January 26, 2011

Akuskizo menskizo lazo

KahKahKah. gggg

Ada ke orang tanya 'aku' camana nak buat zine?

Sampai ada yang sound kenaper kata fanatik tapi tak join editor lain masa dijemput untuk buat e-zine?
Kenapa jawapan kepada jemputan demi jemputan kepada menghasilkan zine fotostet mahupun elektronik tidak dijawab bahkan dibalas dengan entry-entry tahapahapa dalam blog inspired by zine nya, ni? kenaper cakap cam bagus kat pbp tapi cam lain plakkss kat sini.

Amender, ni? Amender, ni?

KahKahKah. gggg




Ok-Series.

Aku kasi jawapan dalam bullet form. Tapi di machine gun kan.

1) Aku sudah menyediakan isu seterusnya, sambungan daripada Schizophrenic#5. Jangan tak caya. Ia adalah sebuah buku hitam yang aku plan nak pasarkan style contengconteng jual ART dia. Tapi sebab aku kena build aku punya potential market, serta penerimaan kepada konsep yang aku bawakan demi memastikan ia terpasar setelah di launch nantik agak pelik, maka aku terpaksalah menggunakan medium yang hot dipasaran sementara aku nyiapkan manuskripnya dengan bermain: blog, FB, twit, update dan refresh lagi sekali.

2) In fact aku dah siapkan pun isu#7 yakni Schizophrenic 7. Ia 'kononnya' adalah sebuah manifestasi evolusi pengembaraan seorang aku dalam zine ni yang bermula dari seorang budak dalam underground kepada seorang yang kewali-walian sikit. Cuma aku tak pernah cerita pasal benda ni sebab biasa, la. Masyarakat belum boleh menerimanya lagi. Diorang baru tahap dah biasa tengok cleavage dan pangkal paha artis jer. Lagipun aku memang pasti fan zine Schizophrenic belum perasan akan kewujudan blog pasal zine kesayangan mereka ini. Bwekkk!!!


3) Zine Schizophrenic memang takde cerita pasal underground, hujung minggu ni gig start pukul berapa, band atau zine reviews. Takde cerita pasal ethic atau bullshit, pun. Zine ni adalah manifestasi seni dari aku. Kau suka, hambik. Tak suka, beli untuk kawan kau.

4) A'ah, ada satu masa kejap haritu aku nak jual dalam bentuk salinan fotostet macam duludulu. Kononnya DIY laaa. Cheyyy. Aku jual kat depan pintu gig. Aku percaya; selain orang yang sekadar duduk depan laptop mengupdate FB ajer dengan geng underground yang lain, ada jugak mamat-mamat yang percaya bahawa ada sesuatu yang lebih istimewa di luar sana. Dan kengkadang kita nak jugak tengok underground diterima macam orang terima rambut punk, bangfes dan hujan, atau melihat orang baca zine Schizophrenic dalam LRT atau di stesen komuter atau semasa menunggu di klinik atau di atas meja kedai kopi mak Limah di Rembau. Dilihat cebisan zine tu tersebar hingga helaian kepingan seni itu digunakan sebagai pembalut makanan untuk anak-anak di rumah. Kertas A4 tu bang...

5) Aku obses dengan konsep skizofrenia. Ramai kengkawan masa aku study dulu yang bertuah dapat penyakit ni. Dan aku membiasakan diri aku dengan mereka. Nak wat camner? Dah itu housemate aku? Lagipun diorang anak lord, maka terjamin jugaklah pengisian keperutan aku time-time tak berduit di hujung minggu di U. Akibat dari ini, banyak cebisan dalam diari aku yang berkisar tentang konflik aku dengan mereka-mereka ( x7) ni. Ada jugak yang bipolar. Ada yang diabetes. Tetraseksual pun ada. Kengkadang aku rasa cam aku study kat hospital gila.

6) Kau dah makan ke belom? Aku lapar laa.

7) Aku nak goreng lagi sampai 10 tapi aku rasa aku kasi satu last cukup la.

8) Ye. Memang benar. Bagus. Tapi cara memandangnya yang betul ialah pbp dan tukangkomen itu adalah subset kepada akuskizo. Haha. Skizo? Aku pun skizo jugak kengkadang. Skang aku dah tahap kristos.

Blogger yang skizo 2



Wa ngaku. Wa ada masalah. Wa takleh kontrol ambik benda tu. Sekali dah mengadap, memang kalau duduk kat situ dua tiga hari pun selamber. Wa memang khayal. Weng, sial. Dan kalau wa tak ngadap, kapla wa lagi weng. Tapi wa suka weng, maa. Dan wa manyakk suka main blog-blog.

Wa ingat satu masa wa ada sound member wa sebab dia tak mandi dua hari sebab main Warcraft. Wa pernah lempang sorang budak sebab dok "I'm Alive-I'm Alive" kan minion dalam game tu masa wa nak tido. Sekarang wa lagi teruk dari diorang. Wa kaki blog.

Wa punya blog biasa saja. Tapi ada sekali tu, ada sorang budak tu datang kondem-kondem blog wa. Siap buat entry menyumpah-nyumpah seranahkan wa kat blog dia. Pastu kengkawan dia buat lawak main makbapak pulak lagi. Diorang gelak ramai-ramai. Wa tak tahan. Wa tekanan perasaan.

Lastlast wa sendiri buat satu lagi identiti tersembunyi yang takde orang boleh trace punya. Kalau setakat Mazidul trace sampai sebuah alamat dan satu identiti, wa tatak hailan la. Wa guna konsep benci membenci. Ayat carut marut. Wa mau tarik perhatian orang. Ayat baik-baik ni tak glamer dalam blogging. Nak kena sound tepat dan direct. Kasi lempang dua tiga kali kalau boleh.

Tapi dari sudut wa, wa semakin terperap dalam bilik dan dunia wa dan dah bermuka pucatpucat macam zombie. Mata pun dah ada pouch dan kering sebab asyik mengadap laptop. Kat lengan pun dah ada kematu dek menaip nak melayan hatemail. Dan semua kebencian yang diterima kembali itu menaikkan lagi syahwat wa dalam menaip. Wa gagah. Wa gelak sorangsorang. Wa berjaya.

Dan wa jadi lagi teruk dari kengkawan yang wa kutuk satu masa dulu. Sebab dah seminggu dah wa dok kat sini melayan internet free. Kepada sesiapa yang diluar sana, tolonglah bantu wa dengan menghulurkan derma ikhlas kepada rumah kebajikan yang berdekatan. Kengkawan wa lagi perlukan bantuan dari wa.

Wa rasa wa kena jalan-jalan kat luar lebih sikit. Nak kena matahari kasi hama kat belakang leher ni mati.
Tapi itu semua lepas wa jawab komen kat entry yang ni dulu...Wa tunggu lu abis baca dulu...Cepatcepat!

Hehe