Friday, October 14, 2011

Biohazard and Onyxx - Judgement Night

Sejak kecik lagi gua memang tertarik dengan rap dan metal. Tapi dalam dunia realiti, dua benda ni tak mix (masa gua kecik dulu laa). Jadi, playlist gua masa tu memang consist of band metal dan artis rap. Dari Ella ke M Nasir, , 4U2C, Nico, Wings dan Search, NWA, Biohazard, Earth Crisis, Black Sabbath, semua ada.

Pada tahun 95 rasanya, gua bertemu dengan soundtrack 'Judgement Night'. Dalam soundtrack ni, ada digabungkan band dan artist metal dan rap. Dan hasilnya: REVOLUSI muzik.

Selepas album ni, industri rap dan metal berkembang macam cendawan. Dah tak heran lagi dah orang tengok ada DJ dalam band metal. In fact, ada DJ jugak dalam band jazzy funk macam Incubus dan Cake. Pergh! Tapi pada gua, soundtrack Judgement Night lah pivotal pointnya yang membolehkan metal dan rap menerjah telinga orang Asia yang leka dengan mushy-pop rock masa tu...


Anyway, ni ialah lagu 'Judgement Night' dari Biohazard dan Onyxx.  Lagu ni adalah pembuka kepada album tersebut. Gua pasal dengar lagu nilah (dan sebab gua memang dah kenal Onyxx dan Bio), terus gua sambar kaset soundtrack ni tanpa mendengar lagu yang lain. Series gua tak menyesal. Sampai sekarang.

Huh? Movie Judgement Night tu tahapa-hapa, kalau korang nak tau. Takyah buang masa..Hehehe