Sunday, February 6, 2011

Pemalas yang skizo


Aku pun dah tak tau apa nak jadi. Dah hampir-hampir nak givap dah. Dah pelbagai cara aku lakukan nak mengubahnya. Tapi ia tetap kembali kepada keadaan yang sama. Ya. Aku cuba nak mengubah nasibku. Aku dah tak mahu lagi berada dalam keadaan yang sama jika aku menilai diriku pada masa akan datang. Aku mahukan perubahan. Aku mahukan kemajuan.

Tapi, semenjak 4 tahun aku bertungkuslumus ni, semakin aku berusaha, lagi screw-up pulak jadinya...
Malaslah nak cerita, kan...





Jadi, malaslah aku nak cerita.

Sekian

Macam Maut yang skizo



Kengkadang kita rasa tak puashati. Kita rasa cam tak lepasss jer. Cam rasa nak menumbuk wajah seseorang. Cam nak menyakiti seseorang. Saatsaat camtu, kalau aku ada di khalayak ramai, memang aku akan melarikan diri dan meraung di bilik AHU atau bilik janitor atau di stairway sampai buatkan orang yang tengah beromen di tingkat empat terkejut dan berenti dari ber uhh ahh dari tadi.

Tapi kalau saat camtu keluar masa aku kat depan laptop, dengan jari jemari syok pulak menekan kekunci kat keyboard tu, ubermench (hehe) aku akan mengambil alih.

Kengkadang yang ambikalih tu monster jahat.
Tapi most of the time lately, mereka adalah monster baik (ada ke MONSTER baik?)

Monster yang baik ni akan menyound setiap tindak tanduk aku dalam kehidupan seharianku. Dapatlak diorang ni jin tabligh agaknya. Sikitsikit "jaga Adab!!" sikitsikit "Ikut tertibb!!" tazkirah dari mereka. Sampaikan aku boleh terduduk sensorang berejam-rejam, mendengarkan komen dan kritikan mereka terhadap apa yang sedang aku perhatikan.

Contohnya masa aku tengah berborak dengan bapuk kat dobi basuh pakai kupon hari tu. Kat luar aku rilekk jer layan mamat tu dengan gincu senget, bersinglet dan berseluar cerut pendek ajer. Jeans dia basah kena minuman, sebentar tadi, katanya tersengih. Aku menyengih dengan senyuman satu Malaysia tapi dalam hatiku Ya tuhan! Cam peperangan diorang ni bergaduuh bertekak pasal rasional mamat bapuk tu berpakaian macamtu ka tempat public cam dalam dobi ni lah, pasal kalau ye pun nak tayang underwear, at least tayanglah renoma ke ck ke. Ni short scuba pasar malam tu yang dia pakai...lah.

Paling menakutkan lately ialah kalau dia timbul masa aku tengah di khalayak masjid. Dapat lak lately aku banyak dapat projek kat masjid sejak buat awning kat satu masjid tu dulu. Masa pak imam, bilal dan siak berkumpul berbual kat depan aku tu lah diorang ni nak keluar dan mempersoalkan kewarakan seorang pak imam tak berjanggut tapi bermisai, kelancangan mulut pak bilal, dan ke saiko an pak siak yang asyik mengecheck barang-barang masjid yang bebudak aku pinjam buat tupang untuk awning jahanam mereka, ni.

Dan ia merebak ke masa aku lepak mendengar ceramah, atau kuliah kat masjid atau surau, masa bayan, aku pun tak tau. Memang sah agaknya aku dah dirasuk setan. Mangkuk-mangkuk ni mula mempersoalkan soal-soal ketauhidan la pulakkk...

Aku pun taktau. Aku perlukan bantuan. Tapi sementara bantuan sampai setelah banjir air dan manusia ini surut, aku akan cuba bertahan.

Dan postkan semua dalam blog-blog aku.



hahahahahahaahahahahahaahahahahahahaahahahahahahahaahahahahahahahaahahahahahahahahaahahaahahahahahahahahahaahahahahahahahaha....