Wednesday, June 27, 2012

Tekanan

Gua buntu. Dada gua rasa berdebar-debar. Pandangan gua macam ada kelip-kelip halimunan berterbangan di mana saja gua alihkan pandangan. Gua lemah. Rasa nak rebah. Tangan kiri gua meraba dinding. Dengan saspen gua duduk di sofa.


Pada mulanya gua ingat gua kena panic attack. Gua blank sebab gua tak dapat tangkap, apa yang paniknya dengan baru pulang dari bermain futsal. Dalam kepanikan itu, sempat juga jemari gua menyalakan nusan sebatang. Walaupun ia tidak membantu, tapi berfikir sambil isap nusan ni, telah diprogram dalam kepala gua sebagai cool.


Dah lama gua tak rasa macamni. Kali terakhir ialah sebulan lepas SPM. Masa time peksa, kemain kreatif lagi kepalahotak memikirkan aktiviti-aktiviti yang best nak buat kalau takde exam. Tapi bila dah free, kepalahotak blank pulak tak tau nak buat apa. Dan pada malam ni, gua blank dan panik.


Menusan ternyata tidak membantu. Maka gua ambik keputusan nak mandi ajer. Gua mengharungi kesejukan air paip dalam kebuntuan lagi. Air yang mengalir, terasa tidak membasahkan. Walau lepas mandi pun, gua rasa macam tak mandi. Gua selet jari kat pelipat ketiak nak check bau. Bau sabun. Gua dah mandi. Tapi perasaan macam tak mandi tu ada lagi. Dan gua tak layan perasaan tu sebab bontot gua semakin sejuk berdiri lelama depan pintu toilet memikirkan benda-benda ni.


Malam tu, gua masuk bilik tidur awal. Tapi gua tak tido pun. Gua baring di atas katil sambil tangan kanan terletak atas dahi. Kepala gua masih laju memikirkan apa punca kebuntuan and kepanikan gua. Ada bil yang gua miss, ke? Ada pop kuiz yang gua terlupa ke? Atau adakah ini tanda-tanda maut semakin hampir? Gua geleng kepala menghalau teori-teori yang tidak selari dengan kehendak gua, jauh-jauh.


Dekat dua jam gua dook bergelumang atas katil. Sampaikan muka pun dah naik berminyak. Dan semakin lama, kebuntuan itu telah bertukar menjadi cemas. Tekanan. Gua tak dapat pastikan apa punca tekanan itu namun ia terasa sungguh benar. Gua berkolek kiri dan kanan dan semakin banyak gerakan, semakin kuat ia menekan. Dan akhirnya gua mengalah. Gua turun dari katil.


Gua ke tandas dan melepaskan tekanan tu semua. Syukur. Nak terberak ajer, rupanya...


Published with Blogger-droid v2.0.4