Thursday, June 9, 2011

Kutu yang Skizo




Salam. Nama gua Pian. Orang panggil gua, orang gila. Ada yang panggil kutu sampah. Ramai yang main hoihoi jer. Gua tak kesah orang nak panggil gua apa. Yang penting pada gua ialah; siapa gua pada diri gua sendiri.


.
.
.



"Gua kutip sampah?"

Memang. Memang gua kutip sampah. Gua kutip apa yang KORANG panggil sampah. Gua kutip tin aliminum dan botol kaca. kotak pun gua sebat jugak. Kotak gua gerak petang, lepas diorang stockcount. Tin, botol, sepanjang masa, tapi secara rasminya ialah pukul 8malam ke atas. Semua tempat gua sapu. Gua hangkut pakai trolley yang gua jumpa kat tempat sampah dulu. Gua kumpul semua kat satu tempat rahsia.


"OK ke, buat kejer ni, kau tanya?"

Lu jangan tak tau. Sungguhpun nampak cam sampah itu tidak bertuan, sebenarnya, tempat-tempat lubuk macam bus stand, shopping kompleks, taman-taman awam, ada penunggunya. Lu jangan main suka nak terjah sukasuka lu, nak kasi clear itu tong. Silap aribulan, lu yang masuk dalam. Mula-mula berkecimpung dalam aktiviti sebegini, merasa jugaklah gua kena debik dua tiga kali kat pengemis dan kutu kutu macam gua. Tapi bila dah lamalama, gua dah macam conquer lak tempat-tempat tu sumer. Mencabar sebenarnya nak buat keja ni kat kotaraya besar ni, bro.


"Apa? Lu kata gua ni pakaian macam orang gila?"

Sungguhpun lu nampak gua pakai compang camping, gua ada plan. Gua tengah sibuk menjayakan plan gua tu sampaikan takde masa nak ambik kesah pada appearance gua. Tulah yang misai dah bersambung dengan janggut, rambut kusut. Baju lusuh, seluar busuk. Kengkadang berselipar, kengkadang berkaki ayam. Gua tak pernah tau yang korang ambik kesah pasal appearance gua. Gua tak kesah apa pandangan awek-awek atau amoi-amoi pada gua sekarang. Gua sedang mengusahakan plan gua ni dan pada masa tu nantik, awekawek ni sumer yang datang kat gua. Lu tengok.


"Berangan? Lu kata gua kuat berangan?"

Heh! Pasal gua kuat berangan la gua kat sini bro! Kalau gua prektikel macam lu, takdelah orang panggil gua orang giler. Kutu sampah. Mesti gua dah jadi macam lu, sekarang; bercakap dengan orang giler. Hehehe.


"Ehh, jangan maraa, jangan maraaa. Nantik cepat tuer. Hehehehe"




*rakaman di atas telah dibuat ke atas subjek A3422KLM pada jam 345petang, XXXX2011. Mamat tu masih dalam pengawasan rapi unit psikologi dan matematik, buat masa ini.