Wednesday, September 1, 2010

Follow the Leader

Keta Raya aku tahun ni. Belilah buatan Malaysia!

Caprice:

"kapris ke, kaprais?"  tanya Azil blank-blank.
"Kapris" jawabku pendek.
"Dia asal dari perkataan french ke spanish 'capri'" jawabku selamber. Menggunakan shock untuk divertkan perhatian target aku di depan ni. Dia yang kacau aku.

Betul ke idak jawapan aku, tak penting. Yang penting sekarang, time ni, aku yang atas. Barulah aku boleh bawak topik perbincangan ke arah topik aku. INdoktrinasi. Aku ketawa dalam hati. Kemudian semuanya senyap. Kami melayan video 'Aghora Left Brain Jam Session". Cuba usha mamat drummer tu. Aku suka layan video ni sebelum nak ke gig jual zine Schizophrenic aku, ni. Kasi up, sikit. Kasi mood. Baru ada semangat nak nipu korang sumer beli zine aku.
 
Kalau nak beli, silalah ke KODAI SOPAN TEERMINAL 1 SHOPPING CENTER SEREMBAN. Copy zine ni ada di sana but as you can expect, cumalah zine fotostat low quality yang humble, yang mampu dibeli oleh budak-budak sekolah. Hahahaha. Hahahahahaha. Hahahahahahahahaaaaa....

Raya datang lagi

Tak puas hati mai laaa!!
Seperti kebiasaan musim menyambut Syawal, orang Seremban akan gabra-gabra syahdu dalam menghadapi hari-hari sebelum sampainya 1 Syawal. Ini dapat dikesan dengan jelas dengan melihat kadar halaju dan tahap kelipan lampu brek kenderaan di jalan raya. Masing-masing nak cepat entah ke mana. Bila pagi-pagi, semua takbley sabar. Main potong que. Suka-suka himpit. Tak kira lagi pakcik makcik abang Pekida yang masuk keluar simpang tanpa signal. Bagaikan kita ni boleh membaca pikiran diorang. Atau cikkak-cikkak berkereta besar. Tangmentang lah keta aku kecik. Takpe, bersabar...


Kalau nak buat camni, pastikan anda tak mencarut

Bila petang pulak, lagi cibai. Yang bawak laju pagi tadi masih lagi dok mengelintin sibuk highbeam-higbeam. Tapi yang paling mangkuk adalah golongan bawak slow tengah-tengah jalan, layan syahdu lagu raya dalam radio. Atau suami-suami yang sengaja bawak perlahan nak timing masa arrival kat depan porch rumah tu, ngam-ngam waktu berbuka, jadi takyah nak tolong bini yang tak rehat dari pagi tu menyediakan makanan berbuka. Pergi singgah bazar Ramadhan, bukan main rajin.


Kat bazar Ramadhan satu hal lagi, orang berpusu-pusu macam nak beli sesuatu, tapi sama macam kita jugak, tawaf dua-tiga kali baru dapat buat keputusan nak beli apa buat berbuka. Itupun setelah terdesak dengan masa yang semakin suntuk, atau bekalan makanan yang semakin nak habis. Takkan nak beli yang leftovers ajer? Dah tu pulak, orang yang datang macam tak nampak orang lain. Semua main ikut kepala semasing, jalan perlahan nak mampus. Nak kata nak beli, berentilah ketepi hendaknya, ni dok berdiri tengah-tengah crowd ni buat apa? Bila kita ekskiusmi, usha kita macam kita ni terusik tetek atau kote dia ke apa.



Bila dah sampai rumah, muka toya macamlah baru balik dari kerja memasang awning 33' x 40' di tengah panas terik dengan hanya dibantu oleh budak hingusan yang suka termenung dan tertidur. Nak tolong bukakkan plastik juadah berbuka tadi pun malas. Terus mandi dan siap-siap nak mentekedarah jer. Duduk depan TV, main-main remote layan iklan Raya. Bila dah makan, main chow ajer. Konon nak cepat gi surau, nak tolong ikomat. Pinggan mangkuk cawan dan piring, sumer subcon ke anak bini. On the way jumpa sedara pulak. Elok-elok nak pergi teraweh, boleh terlajak sampai ke ngeteh.



Tanya mami; nak samosa ayam ke daging?
Sampailah saat ke hari nak Raya. Bukannya makin insaf atau sebagainya. Tapi semakin umpama artis bergaya. Janggut dah trim, rambut dah kaler. Baju dah gosok, dah asing, dari stokin sampailah ke spender. Malam nantik, kena cari kueh Raya. Dan beli jeans, sehelai dua. Ramadhan yang pergi tak dipedulikan lagi. Kerana Aidilfitri sudah kembali...