Saturday, December 25, 2010

Akuskizo

Aku tak pernah merancang nak melakukan apa yang aku lakukan. Aku hanya bertindak mengikut naluri. Tapi kengkadang tu aku bertindak mengikut keadaan. Saja-saja. Nak kasi adrenalin. Bila conformity, aku anarchy. Bila positive, aku negativity. Bila orang down, aku happy

Aku bukan seorang yang nak membetulkan sesiapa. Heck, aku pun tak betul. Tapi aku suka berada dalam kebetulan.

Betul pada takrif aku pula ialah happy dan harmoni. Padaku hidup umpama sebuah taman yang indah dan bungabunga berkembang mengikut musimnya. Beburungan berkicauan menyambut setiap ketibaan mentari pagi. Hidup hanyalah untuk hari ini dan kerana esok pasti lebih indah lagi. Semua orang berpegangan tangan menyanyi-nyanyi ketika pulang dari ladang dan kebun dan bertemu di persimpangan jalan dan menyanyi dan menari dalam ecstacy siap ada joker dan hero-heroinnya, bagaikan semua orang kampung dah prektis tarian yang sama. Macam dalam hindustan

Sesapa yang tak boleh terima konsep aku ni atau aku dapati meng-enforce-kan fahaman yang menyumbang kepada ke-selain-an kebetulanku itu padaku, aku akan, aku akan....aku akan tak ambik kisah dengan mereka. Kerana pada mataku mereka umpama kanak-kanak budak kampung yang sedang bermain bersama lepas mengaji di kawasan laman surau. Aku yang dewasa suka menghadiahkan gulagula kepada yang kecik, katakata semangat kepada yang tua sikit dan cubit telinga kepada yang suka kacau orang lain.

Dan aku hanya mahu teruskan hidupku yang ceria dalam taman indahku. Tempat dimana aku adalah aku yang aku inginkan. Dan keakuan itu ialah sebuah kehidupan yang serba sederhana bebas dari penjara minda.

Maka konsepku mendapat sambutan dari teman-temanku yang merasai kelainan yang sama. Kami berkomunikasi, berasimilasi lalu bergabung menjadi satu komuniti yang saling berhubung secara mentaliti. Semakin hari, kami semakin merasai kewujudan taman itu dalam hati kami. Kami semakin hampir kepada kesempurnaan akal. Kami bercahaya. Kami berkembang. Pada mulanya kami happy.

Tapi lately golongan yang suka memaksa ini mula mengganggu utopia kami. Mereka mengindoktrinasi, mengejek serta menggelarkan kami minoriti lalu mempersoal dan mengejek-ejekkan cara hidup dan pemikiran kami. Mentang-mentanglah mereka majoriti.

Dan aku bertindak mengikut apa yang sepatutnya. Lagi pun dia yang mula dulu.
Aku sembelihlah dia dengan pisau rambo yang kebetulan aku bawak hari ini. Pisau ni biasanya aku cuma gunakan untuk asah pensil jer. Kebetulan pulak ada dalam poket aku masa dia menyerang aku secara mentali tadi.

Dia taktau ke aku ada surat dokter?
Dia tak tau ke aku ni orang gila?

Ajak (housemate) Yang Skizo


Salam. AKu tau benda yang aku sound ni mungkin akan menyinggung perasaan sesetengah pihak. Tapi aku terpaksa menyound jugak.

Aku nak sound agar sesapa yang nak terkencing, tolonglah terkencing kat lubang jamban. Janganlah bantai nyangkung kat lantai dan lepas tu anggap siraman dua tiga cebok kecil itu dah melenyap segenap titik air kencing yang bertempiaran tadi. Dahlah kencing mencapah.


Dari sudut agamanya, kita kenalah kencing dan berak di lubang tandas. Dan masa nak kencing dan berak tu, lakukanlah dengan adab macam seorang manusia. Janganlah hipokrit walaupun kita rasa takde sapa yang tengok kita. Jangan bertelanjangan. Nak berak jer, yang gi telanjang bukak baju, buat apa? Sebab malu kalau ternampak dek cicak atau kumbang pianggang.

Dari sudut biolojiknya pula, terkencing atau terberak sambil menyangkung lebih aerodinamik sebab kita berada dalam keadaan menekan pundi-pundi atau tank berak yang berada dalam badan kita. Keadaan tertekan ini akan memudahkan benda-benda yang kita nak luahkan itu keluar tanpa payah perlu meneran secara berlebihan. Dan tempat menyangkung ialah dengan menghalakan punai tu ke lubang jamban. Bukan lubang air kat lantai.


Dari sudut aku yang duduk kat bilik belakang, berhampiran dengan saluran longkang dari bilik air rumah kita ini pula, kencing di lubang kat lantai tu akan mengalir keluar dan melalui kawasan depan tingkap bilik aku.

Dan setiap bau tongkat ali atau panadol yang terkandung dalam air longkang berisi air kencing itu, menyelinap masuk ke dalam bilik aku. Dahlah kipas aku pun kat tepi tingkap. Kengkadang tu sampai muka aku ni terasa lempap dek kehangatan air kencing yang fresh engkorang tembak kat dalam lubang tu.


Tol-longgggggggglah kencing kat jamban.

Selamatkanlah aku