Thursday, November 18, 2010

Mak yang Skizo

Bukan keluarga makcik Ramlah
Nama makcik ialah Ramlah. Makcik ada 7 orang anak. 4 lelaki, 3 perempuan. Dan kami semua duduk serumah. Setiap orang dah pakcik kau buatkan bilik sorang satu. Kononnya nak kasi privacy dan keselesaan pada anak-anak. Anak-anak makcik ni semua belajar tinggi-tinggi. Semua tahap degree. Masa diorang kecik-kecik, boleh gak lah makcik chong diorang kalau diorang tanya tanya soalan metafizik atau bionuklear. Tapi semakin diorang meningkat dewasa, makcik mula terasa bila mereka mula tunjuk pandai dengan makcik.


Anak-anak makcik kalau part MENJAWAB...cam soalan kuiz jer, dibuatnya

Diorang ni, memang dok asrama dari kecik. Lepas UPSR jer, makcik akan pastikan mereka masuk MRSM atau pun sekolah berasarama penuh. Bagi diorang expose dengan suasana kompetitif. Supaya datang semangat mereka belajar. Dan bila musim Raya, barulah terasa keindahan Raya tu bila semuanya balik beraya bersama-sama. Cuma makcik tak berapa suka part menghantar mereka kembali ke asrama semula selepas Raya tu...

Tapi harini makcik bukan nak cerita pasal Raya. Makcik nak kongsi kepelikan makcik dengan anak-anak makcik yang terpelajar belaka semua ni. Diorang ni tak bercampur dengan orang ke? Bila makcik tengok blog semasing, follower sampai beribu-ribu...Tapi bila kat rumah, pantang tersenggol sikit jer, bergaduh. Tersalah cakap sikit jer, bermasam muka. Makcik pulak yang naik runsing tengok ragam anak-anak makcik ni.

Setakat air kosong, kat rumah pun ader, ngah ooiiii...

Satu lagi kebencian makcik ialah diorang ni bila balik rumah, sukanya tidur lewat. Yang bejantannya bantai memekak main gitar kat porch tu. Yang pompuannya pulak dok beketinyah atas katil kat bilik makcik. dahlah makcik nak buat kira-kira bulanan pun tak senang nak melayan cerita-cerita mereka dari asrama. Dahla membuta lambat. Bangun pagi pun, sure lah lambat.


Dinosor dah bangun, dah keluar cari makan, dah balik dah pun. Siap dah nak minum petang, barulah anak-anak makcik ni bangun. Yang pompuan, setakat bangun pagi, tolong makcik buat breakfast, lepas tu sambung membuta balik. Yang lelaki pulak, jangan haraplah nak tengok batang hidung sebelum pukul 9 pagi. Semua pakat bangun 12 ke atas jer. Tak pening kepala hotak diorang ni agaknya tido lamalama?



Rumah besar, anak ramai. Tapi tetap sunyi...
Lagi satu ialah sekarang ni, dorang semua dah habis belajar. Dah bekerja. Semuanya dah ada kat rumah pukul 8 malam. Tapi bila makcik baru balik dari rumah nenek mereka (makcik akan terus ke sana sebab nenek kau tu dah uzur, kena tolong adik makcik uruskan dia tiap-tiap hari), kat rumah macam takde orang jer. Langsir tak bertutup. Kengkadang sampai tingkap pun masih terdedah lagi. Semua pakat dok dalam bilik semasing jer. Kenapalah anak-anak makcik ni tak macam anak orang lain. makcik tengok, anak orang lain tu, elok budi bahasa. Time Maghrb pegi solat berjemaah. Time pagi atau petang, bangun awal sapu rumah atau kemas laman ke apa yang patut.

Walaupun kenalan makcik sering memuji makcik sebab dapat anak-anak yang berjaya, namun dalam hati hanya tuhan ajer yang tahu. Hanya tuhan ajer yang tau betapa pemalasnya anak-anak aku...

Ya Allah, Kau sajalah yang dapat mengubah mereka. Ubahlah mereka agar mereka menjadi orang baik-baik dan soleh.