Gua nak promo tshirt member gua yang bertanggungjawab membuat blok untuk Tshirt #zineskizo yang unggul itu. Tak payahlah kita paparkan muka member gua tu, atau meraban pasal apa bendanya #Jobho ni, selain terus ajer ke Tshirtnya.
JOBHO ni adalah perkataan biasa dalam dialek Nismilan. Makna tradisinya hampir sama dengan apa yang mudamudi panggil sebagai poyo, berlagak atau camwhore dalam bahasa media sosialnya. Ia biasanya digunakan dalam ayat-ayat yang menggambarkan perbuatan seseorang yang bangga dengan sesuatu pada dirinya. Entahlah. Gua pun tak reti nak goreng apa lagi pasal asal usul perkataan ni.
Apapun maknanya, member gua ni nak mulakan satu label yang menggunpakai konsep dari perkataan ini sebagai koleksi tshirt buatan kedainya. Impiannya, label #Jobho ini akan menjadi satu brand yang tersohor dikalangan mudamudi yang sukakan gaya.
Sebagai salam permulaan, beliau dengan gua-guanya sekali ingin mempromosikan Tshirt pertama #Jobho.
Lambang #Jobho berwarna putih, di atas Tshirt roundneck yang diperbuat dari kain semi-cotton tak bertulang yang berkualiti. Terdapat dalam tiga warna mukadimah: Hitam, Merah dan Biru Superman. Sesuai dipakai dimana saja, lebih-lebih lagi ke event-event yang memerlukan baju tee yang tak panas dipakai di jalanan, dan tak berkriut nipple kalau dalam tempat air-cond. RM25 sehelai. (sila tambah RM5 untuk wangpos)
Untuk pesanan, sila SMS Irwan di 017-3711659.
Cepat! Sementara stok masih ada