Aku memang akui. Aku buta IT. Korang dapat baca blog ni pun, salah satu asbabnya ialah member aku yang celik IT tapi pakai spek (Azil) ajar aku pasal sumer ni. Aku taktau satu benda pun. Maklumla, wali.
Member aku ni dok cerita pasal camner nak boost lagi traffic blog aku. Aku tak paham apa pekdahnya mengeboost traffic blog dan apa bendanya traffic blog tu pun, aku tak tau. Ni dia meraban pulak lagi pasal tips-tips yang aku tak boleh nak bayangkan dalam kepala aku ni. Terpaksa zikir 1000x baru dapat feel sikit-sikit amenda budak ni cakap. Barulah dibukakkan mata makrifat IT aku.
Sumernya bermula masa aku start bukak bisnes welding dulu. By the way, aku ada bengkel welding yang buat awning dan grill. Nama kompeni tu Wancik Engineering. So kalau ada sesapa sekitar N9, Melaka or Selangor bolehlah contact aku kalau nak tukar gate wrought iron ke, grill ke, awning ke. Eh..Mengarut pulak. Masa tu, aku pernah di approach oleh seseorang (adakah beliau wali? wali tak sengaja kot) yang bertanya sama ada aku dah buat iklan dalam internet ke belum. Masa tu aku yang buta IT, cakap belum la. Tapi aku terpikir...
Malam tu, aku pun ke CC. Kononnya nak buat iklan dalam internet. Dapat la satu PC kat ujung bilik yang gelap yang berbau macam kedai snooker. Aku pun double click kat ikon Internet Explorer dan masuk email. Lepas setel email, aku masuk yahoo, cari macamana nak iklan dalam internet. Masa sejam habis dok membaca jer. Kero bijik mata aku. Tapi iklan masih belum dibuat lagi. AKu ngantuk, so aku balik jer.
Selama seminggu berlalu dan barulah aku paham camana nak buat iklan dalam internet. Betul-betul lepas aku post jer iklan tu, malam tu dah ada orang call. Pergh!! Berkesan betul..Sejak dari tu, pemasaran di internet menjadi sumber utama yang aku beri penekanan tang bisnes welding ni. Dan semuanya berjalan dengan lancar. Aku ingat aku dah celik IT. Gempak. Cuba search kat mudah.my area N9, type 'awning'. Wancik tu kompeni akulah tu. Hins-hinsss...
Tak lama lepas tu, wali tak sengaja kita datang lagi dan tanya sama ada aku ada blog ke tidak. Aku lempang jugak wali ni kang. Aku yang selama ini berada dalam keangkuhan sebab dah pakai internet marketing, rasa macam budak kecik balik. Aku cakap takde. Dan cam beser, malam tu aku ke CC lagi.
Seminggu lagi berlalu, dan aku dah ada blog. Itulah blog yang korang baca sampai sekarang. Mengeblog ni memang ketagih sebab aku ni skizo sikit. Banyak benda dalam kepala ni yang nak dikeluarkan agar tinggal benda-benda yang penting saja dalam memori aku. Dan untuk itu, lahirlah akuskizo.blogspot.com. Aku malas nak cerita pasal ni sekarang, tapi mesejnya ialah; aku belajar IT setakat mana yang didedahkan dan tercapai oleh aku. Bila ada komputer, aku menulis. Bila ada internet, aku post tulisan tu ke dunia luar. Dulu kena pegi gig dan jual zine, nak bagitau dunia bahawa jangan buang masa dengan membenci. Ataupun jilat setem dan beratur kat pejabat pos nak berkomunikasi dengan orang luar negara. Sekarang ni, aku cuma perlu bawak laptop adik aku ke WiFi hotspot. Dan download atau upload apa-apa yang aku nak. Bawak balik rumah, bila ada free baru baca. Aku takdelah nak belajar camaner bagi gempak blog aku ni atau nak letak gambar kelip-kelip atau flash atau sebagainya. Azil ajar letak shoutmix, aku letak shoutmix. Dia ajar letak meter, aku letak meter. So kalau ada apa-apa yang korang rasa aku patut tambah untuk blog aku ni, korang taruk kat ruangan komen nanti. Kembali ke topik.
Pendapat aku: IT tu ialah dunia di mana teknologi komunikasi itu menjadi mudah, murah, cepat dan kadangkala tanpa sempadan. Tak payah nak melalui makbapak untuk menyatakan sesuatu, sama ada sesuatu itu benar atau tidak. Dapat lak manusia memang suka benda sensasi, gossip, sex, dan pelik. Masyarakat IT tu ada dua: software dan hardware. Tu sebab aku cerita pasal Steve Jobs dan Bill Gates dulu (july). Kalau nak celik, kena celik perkembangan dalam dua-dua bidang ni. Baru stereo pandangan tu. Perkembangan prosessor dalam komputer dan handphone dan perkembangan OS dan software dalam kedua-dua hardware ni tadi. Dapat tangkap? Pening? Aku lagi pening.
IT tak payah nak celik-celik benor. Tapi kena sentiasa ambik tahu. Sebab dulu, handphone tu ialah satu benda asing. Ada orang sampai tak tau apa itu SMS pun. Sekarang, aku tanya; handphone korang boleh tweet tak? Haaaa...Kat sini menunjukkan bahawa, nak kejar perkembangan dunia elektronik dan gadgetry ni, memang tak terkejar der. So kita guna setakat apa yang perlu untuk kita ajer. Sebab dia takkan habis. Besok Nokia keluar baru. Blackberry lawan balik. Samsung pulak dalam diam keluar baekk punya. Dalam dunia komputer: Apple vs Microsoft. Pastu ada industri laptop dan plug-in hardware macam hard disk atau RAM sendiri. Tak habis der. Biar budakbudak yang kejar handphone dan laptop ni. Kita sekadar dengar dan pastikan mereka bermain dalam ruang lingkup agama.
Bila dah tau, dah uptodate, Kita boleh gunakan IT untuk apa saja tujuan kita. Ada untuk beriadah. Ada untuk bersosial. Ada untuk menimba ilmu baru untuk hari ini. Apa-apa pun, jangan sampai IT menggunakan kita.Serupa macam mata. Bila dah celik, gunakan untuk benda yang baik. Jangan dok jeling-jeling site atau artikel lucah. Say no to free sex. Be true. Itu second rule dalam dunia IT.
Tu jer lah kot? Yang lain korang boleh pikir sendiri.