Tuesday, October 4, 2011

Ajak (housemate) yang skizo 2

Kok ye pun, bilasla buih tu dulu..

Gua taknak cakap banyak. Lu orang pun dah besar panjang. Mungkin lu anggap benda ni remeh temeh. Mungkin lu akan kata gua fasi. Atau mungkin juga lu tak pernah terpikir pasal benda ni. Gua tak peduli. Gua tetap nak touch jugak bab ni.

Ini berkenaan dengan bilik air. Ye. Sekali lagi isu ini gua ketengahkan. Gua taktau la lu orang perasan ke tidak, tapi bilik air rumah kita ni kat sebelah bilik gua aje. Dulu gua pernah sound pasal teknik terkencing. Kalini gua nak share perasaan gua pasal mandi pulak.

Bukanlah satu keberlagakan lagi kalau gua katakan, satusatunya sabun mandi yang ada dalam bilik air tu dibeli menggunakan duit gua. Gua taknak mempersoalkan mufti mana yang memfatwakan kewakafannya, tapi at least bila dah guna tu, bebawak la bilas semula. Kalau taknak jaga perasaan tuan punyanya pun, ketahuilah bahawa kesan kesan buih yang melekat atas sabun tu selepas lu menggunakannya, tidak membantu dalam mengembalikan jumlah yang telah lu gunakan. Apatah lagi nak dikatakan ok kepada keadaan sabun yang berbusa busa, tu. Ni point pertama.

Point kedua pula ialah, bila korang mandi guna sabun or syampu, benda benda ni menghasilkan busa, or buih. Kat dalam buih nilah segala kotoran, debu dan sel kulit mati terkumpul. Kadang kadang bila gua masuk bilik air, masih terdapat tinggalan buih samada di dinding atau lantai. Buih ni, bila dia kering, dia akan meninggalkan kesan pada permukaan dan menyusahkan gua nak menyentalnya. Jadi, lenkali lu lepas bersabun atau bersyampu, pastikan segala buih telah disiram.

Lagi satu, gua taktau la lu tapi, gua bisanya masuk bilik air dalam keadaan kotor dan bila keluar, gua expect gua bersih. Bukan nak kata apalah kan, tapi kengkadang gua tengok bilik air kita ni dah macam tandas awam. Weii, bukannya orang lain pun yang guna bilik ni. Kita-kita jerlah. Oleh yang demikian, gua betul betul nak mintak kerjasama semua ahli kubur untuk menjaga kebersihannya. Dahlah manjang gua jer yang bersihkan dia setiap minggu, korang bila dah guna tu, sekurang-kurangnya simbahlah air kat lantai tu, kasi buih atau percikan-percikan air kencing tu clear. Takdelah bila air dah kering, lantai bau haring. Korang ni buleh pikir ke tidak?


Akhir sekali, bila dah sampai hujung hujung bulan tu, bila dah dapat cheque dari MARA tu, bawak-bawaklah hulur sikit kat gua buat nak bayar duit bil air. Dahlah semasing bersiram mengalahkan anak dara lamanya, menghulurnya takde. Sekian. Semoga persahabatan kita tidak tercalar dengan keselambaan gua meluahkan perasaan yang bersabun buku ini...