Thursday, March 28, 2013

Launching #ZineSkizo #Tu7uh di @BjSeremban 24Mac, Taman Tasik Seremban


Program launching #zineskizo #Tu7uh ini sebenarnya tak dirancang. Masa tu gua sedang lepak-lepak kat Kodai Sopan, layan Imam yang sedang asyik dengan lambaian Kaabahnya (beliau akan mengerjakan Umrah tak lama lagi). Tiba-tiba ada seorang mamat bernama Salem mengajak gua lepak ke Kedai Achoi pulak di benteng. Gua pun layan jer lah. Sampai di Benteng, kami tak lepak di Kedai Achoi tapi lepak di Kedai Amm yang buat Tshirt. Gua memang dok mencari kedai buat Tshirt ni sebab nak belajar print Tshirt sendiri. Borak punya borak, si Salem terbukak pulak cerita pasal Buku Jalanan. Gua yang memang sejak penubuhan BJSeremban tak berkesempatan nak join, makin terkesimalah setelah mengetahui yang petang itu ada program.

Masa tu ujan, so program kena buat kat Astaka
Bila dah tengok perjalanan program yang sungguh murni itu, gua terpanggil untuk melaunchingkan isu #zineskizo yang dok tertangguh-tangguh sejak Disembar tahun lepas. Bincang punya bincang, akhirnya @hafizaira bersetuju untuk beri gua satu slot dalam event akan datang nantik untuk perkenalkan #Zineskizo dan launching isu ke #tu7uh. So, dalam dua minggu tu gua berkelintau mencari kedai fotostet dan print kaver yang menepati piawian DIY gua.

Cari punya cari, tak jumpa. Yang jumpa pun mahal. Dah tu pulak, kualiti fotostet yang gua dapat amat teruk hinggakan space dalam mastercopy semua lari. Akibatnya gua terpaksa bersengkang mata nak siapkan beberapa keping sampel sempena launching pada Ahadnya nantik.

Sampai hari Ahad tu, semua berjalan dengan lancar. Gua tak jual zine petang tu. Cuma showcase ajer. Tapi kira OK jugaklah sebab akhirnya, zine yang bermula di Seremban ini,akhirnya pulang ke gagang...

Tak lama lepas tu, Parlimen Negeri Sembilan pun bubar... #Tetiba

Bob #PenyajakGerilla sedang mencari 'peluru-peluru' untuk petang ini

Taburan bahan bacaan yang menghiasi taman, satu pemandangan
yang masih janggal di negara ini...

@Hafizaira dan Bob, si #PenyajakGerilla. Orang kuat @BJSeremban


@SpermaLiar berbaju psychedelic melayan Bob si #PenyajakGerilla. Di belakang pokok kelihatan satu lembaga comel

Barisan Band #AnakAnakGagal dan kengkawan.
Wakil diorang perform satu lagu akustik petang tu


Cheq mencari punca....

Siap ada rap-akustik. #KauHado?

Dari kira: Cheq (penulis #AkuRindu90's), Fatin,
Aiman si bunga ros hitam dan Awas, fan zine gua.

Akak baju merah ni peminat Cheq. Yang baju oren tulah #PenyajakEmo

Apapun, gua nak guna kesempatan ini untuk mengucapkan TERIMA KASIH atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan hingga terterbitnya prodak terbaru gua ini. Siriesli gua cakap, tanpa kengkawan dan keluarga, isu kalini memang tak dapat keluar...

#Zineskizo #Tu7uh is OUT

Setelah ditangguhkan 3 kali sejak Disember tahun lepas, akhirnya isue terbaru #ZineSkizo menemui para peminat dengan tajuk yang sungguh menyeramkan: #Tu7uh. Buku buatan sendiri sukaramai ini yang masih mengekalkan ciri-ciri DIY dengan bau gam kasut dan hujung kertasnya yang bersepah, kali ini datang dengan lebih mukasurat berbanding isu #SICK yang lalu.
Dapatkan sekarang dengan meninggalkan nama dan alamat ke nombor kosongsatutujuh-TigaTujuhSatu SatuEnamLimaSembilan atau dengan memensi @akuskizo di Twitter. RM25 sebijik. Untuk jangkasamasa yang sukahatisaya, kami akan memberikan sehelai Tshirt percuma kepada yang memesan isu #SICK dan #Tu7uh serentak. CEPAT!
RM50, dapat dua #zineskizo dan sehelai Tshirt FREE


Antara pencapaian baru gua melalui isu kali ini ialah:
a) First time tulis satu cerita panjang siap plot dan research. Mereng jugakla kepala membuatnya.
b) Akhirnya jumpa kedai fotostet dan print kaver yang menepati piawaian gua di SEREMBAN.
c) Semakin memperhalusi skill membuat buku sendiri. Kalini buat takyah hantar ke kedai nak potong hujung.
d) Beratus kawan dan awek baru dek soalan dan diskusi yang terhasil dek isu ini.
e) Akan mula 'naik ke permukaan'

Untuk sinopsis atau snippits dari isu ini, lek arr dulu, kan?
Kasi orang yang beli hadam dulu....Hahaha