Showing posts with label #bookmaggots. Show all posts
Showing posts with label #bookmaggots. Show all posts

Saturday, March 22, 2014

#zineskizo : From #SerembanTunnel to BTS to Pantai Batu Buruk Terengganu and back again. In a weekend. Unplanned. With #KomplotSeni

Petang tu aman jer, di #SerembanTunnel. 

Cuaca panas. Bro Black terpaksa pakai spek itam.
Ternyata, tak membantu dalam meningkatkan mutu nyanyiannya.

#zineskizo pada hari itu dapat serangan mengejut dari Kimok
of #KomplotSeni


Dengan muka sedih, Kimok minta sedikit "ruang".
Gua ingat dia ada problem ke apa.
Gua pun OK kan ajer. Tetiba...

...dia bentang tikar dia dan start jual zine. Hampeh punya budak!

Dipendekkan cerita, Kimok dan #Karl (kawan yang baru jer
kami kenal pada hari itu di #SerembanTunnel) ikut gua ke BTS

Berbekalkan sekotak zine dan rambut baru, Kimok merangka
ayat-ayat cinta yang bakal dituitnya...
 
Macam yang gua post sebelum ni, sambutan #zineskizo
di BTS adalah amat menggalakkan. Walaupun yang banyak terjual
adalah #Trizinety dari #KomplotSeni (sigh)

Masa hari tulah dua ekor ni lepak sekali.
Sekadar hiasan.

Malam tu, atas sebab teknikal si #Karl, kami bermalam di BTS.
Ini bukan Kimok.

Dipendekkan cerita lagi, pagi Ahadnya, kami dah berada di Pantai Batu Buruk,
Terengganu. 



Stok #zineskizo dan minizine dah habis terjual kat BTS semalam.
Yang ada cuma zine dari #KomplotSeni
Maka kewujudan kami ini dinamakan #JKG (Jelajah Komplot Ganu)

Gua masih ayu dan macho. Walau tak berapa cukup rehat.
#FollowersPerluTahu

Kami diserbu oleh student Tourism pimpinan Cikgu Yana of
Poli Muazam Pahang. Mereka semua, taktau apa itu zine.
Kecuali Cikgu Yana.

Peminat dan pengikut #KomplotSeni


Dipendekkan cerita lagi, setelah habes semua, gua kembali ke #SerembanTunnel

...lepak dengan Bro Black.






Friday, March 21, 2014

Minizine sempena #SerembanTunnel di Bandar Tasik Selatan #BTSkizo

#BTSkizo in the making

Setelah berhempas-pulas dan peningsaiko, gua decided releasekan
#BTSkizo vol#1 ni guna tulisaaaaan jer... Macam biasa

Antara pages minizine #BTSkizo

Cover #BTSkizo
Sekali lagi, #zineskizo mengganas dengan mengeluarkan satu lagi prodak saikotik dalam arena seni zine tanahair: #BTSkizo . Namanya yang pelik ini adalah sempena lokasi terbaru persinggahan #zineskizo dalam misi mengumpul dana untuk #ZineskizoApologeticTOUR di STESEN KOMUTER BANDAR TASIK SELATAN atau mudah dikenali sebagai BTS. Gua lepak kat korner jejantas tu, tempat yang selalu ada busker dan pengemis tu. Huhu.
Apapun, konsep #BTSkizo tak banyak beza dengan evolusi minizine #SerembanTunnel yakni "Masih Tak Puas dengan TaipoGrafi". Cuma untuk isu pertama ni, gua tulis jer semua tanpa susunsusun buat corak lembu atau unta macam yang dalam minizine kat Seremban. Simboliknya di sini ialah konon nak tiru gaya Al-Quran atau buku novel, yang kalau kita buka, hanyalah sekadar tulisan yang tidak kita fahami. Kita kena paksa diri dan baca.
Dalam isu ini, setiap ayat dalam page itu adalah standalone quot. Tapi ia dicantumcantum sehingga memenuhkan ruang dalam sebuah page hingga jadi sebuah statement yang rambang. Sekali lagi, ini adalah meniru konsep AlQuran yang mana setiap ayatnya adalah hikmah dan jika ayat-ayat tu dicantum-cantum, ia menghasilkan hikmah yang baru.
Minizine ni biasanya diberi PERCUMA jer pada sesapa yang beli prodak #zineskizo atau sesapa yang sudi singgah dan ambik tahu amender yang berlonggok-longgok atas jalan ni. Harapannya masih sama iaitu menyebarkan budaya zine dan menunjukkan betapa mudahnya nak buat (mini)zine.

Selamat mencuba!

Thursday, March 28, 2013

Launching #ZineSkizo #Tu7uh di @BjSeremban 24Mac, Taman Tasik Seremban


Program launching #zineskizo #Tu7uh ini sebenarnya tak dirancang. Masa tu gua sedang lepak-lepak kat Kodai Sopan, layan Imam yang sedang asyik dengan lambaian Kaabahnya (beliau akan mengerjakan Umrah tak lama lagi). Tiba-tiba ada seorang mamat bernama Salem mengajak gua lepak ke Kedai Achoi pulak di benteng. Gua pun layan jer lah. Sampai di Benteng, kami tak lepak di Kedai Achoi tapi lepak di Kedai Amm yang buat Tshirt. Gua memang dok mencari kedai buat Tshirt ni sebab nak belajar print Tshirt sendiri. Borak punya borak, si Salem terbukak pulak cerita pasal Buku Jalanan. Gua yang memang sejak penubuhan BJSeremban tak berkesempatan nak join, makin terkesimalah setelah mengetahui yang petang itu ada program.

Masa tu ujan, so program kena buat kat Astaka
Bila dah tengok perjalanan program yang sungguh murni itu, gua terpanggil untuk melaunchingkan isu #zineskizo yang dok tertangguh-tangguh sejak Disembar tahun lepas. Bincang punya bincang, akhirnya @hafizaira bersetuju untuk beri gua satu slot dalam event akan datang nantik untuk perkenalkan #Zineskizo dan launching isu ke #tu7uh. So, dalam dua minggu tu gua berkelintau mencari kedai fotostet dan print kaver yang menepati piawian DIY gua.

Cari punya cari, tak jumpa. Yang jumpa pun mahal. Dah tu pulak, kualiti fotostet yang gua dapat amat teruk hinggakan space dalam mastercopy semua lari. Akibatnya gua terpaksa bersengkang mata nak siapkan beberapa keping sampel sempena launching pada Ahadnya nantik.

Sampai hari Ahad tu, semua berjalan dengan lancar. Gua tak jual zine petang tu. Cuma showcase ajer. Tapi kira OK jugaklah sebab akhirnya, zine yang bermula di Seremban ini,akhirnya pulang ke gagang...

Tak lama lepas tu, Parlimen Negeri Sembilan pun bubar... #Tetiba

Bob #PenyajakGerilla sedang mencari 'peluru-peluru' untuk petang ini

Taburan bahan bacaan yang menghiasi taman, satu pemandangan
yang masih janggal di negara ini...

@Hafizaira dan Bob, si #PenyajakGerilla. Orang kuat @BJSeremban


@SpermaLiar berbaju psychedelic melayan Bob si #PenyajakGerilla. Di belakang pokok kelihatan satu lembaga comel

Barisan Band #AnakAnakGagal dan kengkawan.
Wakil diorang perform satu lagu akustik petang tu


Cheq mencari punca....

Siap ada rap-akustik. #KauHado?

Dari kira: Cheq (penulis #AkuRindu90's), Fatin,
Aiman si bunga ros hitam dan Awas, fan zine gua.

Akak baju merah ni peminat Cheq. Yang baju oren tulah #PenyajakEmo

Apapun, gua nak guna kesempatan ini untuk mengucapkan TERIMA KASIH atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan hingga terterbitnya prodak terbaru gua ini. Siriesli gua cakap, tanpa kengkawan dan keluarga, isu kalini memang tak dapat keluar...

Sunday, October 14, 2012

#ILOVEKLbecause

Ask a question on twitterjaya and you'll never get real answers. LOL


Tell us why you love Kuala Lumpur in 


 KL is awesome, not just KL. The whole Malaysia tough!
 masjid and night club is everywhere! Can get drunk and taubat later. LOL
;  handsome guys, beautiful ladies, charming pondan's and tough gays!
 gadisgadis yg dressup ala alaa di europe. Tapi bila dgr dia ckp "berapoo riyaa nii abe?" Ciss.. Kelantan rupanya.
 i pay a lot of road tax & tolls to stuck in jam. Hoyeah!
 got hijabsters berbonggol alien vs. predators.
 there's Pavi, without Pavi, there's no Pavi kids, without Pavi kids, I can't make joke about their stupidity.. :)
 it was where I've been born, and where I am raised.. There's no place like home.. :)