Wednesday, September 7, 2011

Jangan Tinggal Daku Kesorangan

Malam tu Atan tinggal sorang. Abu, mak, abah ngan Acik pegi Palong. Lepak sana, hari Ahad petang baru balik. Ni malam Jumaat. Malam Jumaat patutnya barokah. Ni apa pasal pulak orang cakap malam Jumaat, jin dan hantu banyak berkeliaran? Apasal pulak malam ni rasa macam meremanggg je bulu tengkok? Atan membetulkan kakinya.

Orang cakap kalau ada entiti ghaib yang dekat dengan kita, bulu roma kita akan tegak. Otot yang memegang folikel bulu roma kita itu menegang dalam keadaan seolah kita ini kesejukan. Dan otot otot dalam kulit Atan seolah olah berdiri tegak pada lagu Negaraku pada malam ini. Tetiba setiap kriak kriuk, setiap kekekan cicak, disangka berpunca dari ruang supernatural. Atan tak memalingkan kepalanya untuk mengamati sumber bunyi tadi. Dia sekadar menggerakkan anak matanya ke kiri dan ke kanan. Bimbang. Takut takut apa saja yang menyebabkan bulu romanya berdiri itu, akan perasan dia dek gerakannya tadi. Akan perasan yang Atan gabrak. Takut. Dan menurut movie movie hantu yang Atan dah tonton, hantu hidup dek perasaan takut manusia padanya.


Atan rasa nak ke tandas sebenarnya tadi. Tandas bawah takde air sebab Abu tengah repair tank bawah. Atan kena gunakan tandas atas. Atan ushar ke arah tangga ke tingkat atas. Kalini dia terpaksa mendongakkan kepalanya sedikit nak ushar tangga yang aku cuba explain dalam perenggan ni tadi. Masa Atan dok ushar ushar tulah, baru Atan perasan; ada tip sesuatu yang seakan berbungkus yang berdiri di tangga di bahagian atas. Series nampak macam kaki pocong, bisik hati kecil Atan.


Pocong mana ada kaki? Bentak hati kecil Atan yang satu lagi.

Ahh! Apapun, TU apa benda, tu? 

Atan kembali ke realiti. Dia ushar lagi benda kat tangga, tu. Kegelapan malam menyukarkan pemandangan Atan. Atan fokus lagi. Memang betul nampak cam ada benda kat situ. Atan berdebar debar. Tibatiba...

...anjing anjing dan kucing di luar rumah Atan meraung, menyalak secara serentak. Kepala, pandangan serta tumpuan Atan secara refleks beralih ke tingkap. Dan kemudian ke pintu sliding door. Bunyi laungan jadi reda. Atan kembali berpaling tumpuan ke arah tangga.


Dan benda berbungkus tu berdiri betulbetul depaaan Atan. Atan pengsan.
Besoknya Atan demam. Dia taknak makan, minum, cakap, atau tutup mata. Atan cuma termenunng jer.


Seminggu lepas tu Atan kembali ke rahmatullah...



The end