Sambungan dari sini...
...Lama jugak Abu menanti dalam semak depan rumah. Kata 20 minit...Ni dah dekat 25 minit, tak sampai-sampai lagi. Abu mula resah. Dia hantar lagi mesej kepada mamat tu:
"U dah katne? I dah ready ni"
Belum sempat nak send, sebijik Honda Civic berenti tak jauh dari depan rumahnya. Abu mendiamkan diri. Dadanya terasa berdebar-debar. Dia mengeratkan genggamannya pada pisau pemotong daging tersebut. Tibtatiba henpon bininya berbunyi. Amenda ntah Abu ni. Nak ambush orang pun, silent kan lah henpon tu dulu...Dia membaca mesej yang tertera:
"I kat luar. Boleh I masuk?"
Abu terus balas mempelawa mamat tu masuk. 2 minit kemudian, kelihatan seorang mamat keluar dari kereta tadi dan berjalan dengan gegasnya ke arah rumahnya. Memang celaka lah mamat ni...Bisik hati Abu kegeram-geraman. Dia biarkan mamat tu masuk ke dalam kawasan halaman rumah hingga ke pintu depan. Pintu depan memang tak berkunci. Kelihatan mamat tu masuk setelah menyembunyikan sepatunya di tempat yang macam dah beser jer buat kerja.
Setelah mamat tu masuk, Abu pun terus masuk ke dalam rumah. Mamat tu yang tengah nak naik ke tingkat atas, nampaknya terkejut dengan kehadiran Abu. Dia nak menendang Abu. Tendangan mamat tu, Abu sambut dengan tetakan kuat dari pisau pemotong daging. Melekat pisau tu kat kaki mamat tu. Dia meraung.
Abu sentak kakinya yang berpisau itu dan mamat tu jatuh ke lantai setelah kepalanya terhantuk terkena bilah anak tangga. Abu bagaikan punyai kekuatan luar biasa.
Dari atas, Mira yang mungkin terkejut dengan raungan suara lelaki, menghidupkan lampu dan cuba meninjau keadaan di bawah. Dia menghidupkan pula lampu tangga. Kelihatan dua orang lelaki sedang bergelut di sofa, sambil salah seorang darinya memegang pisau pemotong daging. Mira tak mampu buat apa-apa selain mendail polis menggunakan henpon suaminya. Masa tengah tunggu polis angkat, dia perasan mamat yang diserang oleh suaminya. Dia menghentikan panggilannya. Kini kecemasan dirompak itu bertukar kepada ketakutan...
Tangan kanan mamat tu dah putus ditetak Abu. Abu nampak cool dengan pisau di tangan kanan, dan tangan orang di tangan kiri. Mamat tadi dah terkujur kat lantai. Mungkin pengsan sebab kehilangan banyak darah. Mira menangis. Abu menghela nafasnya. Membunuh atau mencederakan orang ni bukan perkara baru baginya. Cuma dia nak lupakan semua itu sejak berkahwin. Tapi, biasalah...Mana ada air kolam yang tenang selama-lamanya. Dapatlak dalam kes, Mira mungkin terlibat. Abu memindahkan pandangannya kepada Mira pula. Mata Abu dan mata Mira bertentangan. Mira takut dengan pandangan Abu. Dia sedar bahawa Abu mungkin dah tau. Mira berundur naik ke tingkat atas. Abu semakin mendekati. Mira semakin laju melarikan diri. Dia mengunci dirinya dalam kamar tidur. Abu menghentam-hentam pintu bilik laksana seorang pembunuh saiko....
The End