Friday, December 3, 2010

Pengaruh lagu kepada mental


Satu masa dulu, aku agak heavy jugaklah dengan lagu-lagu hardcore. Dalam walkman aku mesti ada lagu teraskeras yang bermesej heavy, tak pun lagu rap yang dipersembahkan dalam gaya metal. Sebab masa tu aku bergaul dengan bebudak underground. Sedikit sebanyak, mood lagu-lagu teraskeras yang hatred, anger dan rebellious tu menyusup ke dalam mindaku hinggakan member-member aku selalu menegur keningku yang seakan-akan bercantum. Kata-kata aku pun berbunyi series dan kemacambagusan yang menyebabkan kenalan baru agak takut nak menegurku. Dapatlak artikel aku dalam zine Retalliate 99 masa tu memang heavy-hevay dan pedas-pedas.
Kemudian, setelah agak otai dalam underground, aku mula melembutkan diri dengan melayan lagu punkrock. Ada satu part tu, aku punyalah influenced dengan band Spermbirds yang lagu-lagunya macam kelakar-kelakar sikit sebab mereka ni menggunakan konsep sarkasmik dalam lagu diorang. Sedikit sebanyak, perangai aku pun macam kegila-gilaan sikit dan semakin sewel. Aku pun semakin heavy bermain skateboard dan BMX dan semangat anti establishment aku pun agak tinggi hinggakan aku pernah mewarnakan Rembau dengan grafiti 'Fuck the Police'. Sibbaik aku tak terpengaruh dengan gaya mohawk atau berperangai anarchy walaupun kebanyakan member-member hardcore aku dah convert jadi skin.

Masa kat U, aku kembali ke metal setelah terjumpa balik kaset lama Black Sabbath yang mak aku salah letakkan masa dia mengemas rumah satu masa dulu. dapatlak masa zaman U ni aku terjebak sekejap dengan kengkawan yang isap ganja, maka lagu-lagu Stoner rock cam band ni memang masyuk jika di layan sambil melayan kepala. Sedikit sebanyak pemakaian dan pergaulan sosialku juga dipengaruhi oleh rentak muzik yang bermain dalam jiwaku. Aku semakin menyendiri dan lebih kepada melayan kepala dari melayan kerenah kengkawan macam zaman Diploma.

Kemudian aku ditemukan dengan bini aku yang pada masa tu seorang minah techno. Dialah yang bertanggungjawab mem Prodigy dan mem Paul Van Dyk kan aku. Dapatlak pada tahun-tahun sekitar hujung milenia lepas, budaya pegi disko itu adalah sesuatu yang cool diantara pelajar U dan budak lepasan SPM. Sedikit sebanyak, aku semakin teknikal dan gaya pemakaianku (yang sebelum ini hanya hitam) juga semakin berwarna-warni.

Sejenak sebelum aku kahwin, semasa aku dalam proses mengislamkan diri, aku tinggalkan semua bentuk muzik. Channel dalam radio pun semua aku dah tune menghala ke IKIM. Tapi bila ada jer muzik yang berkumandang, aku tutup radio dan bukak CD. Saiko gakla bini dan adik beradik aku bila naik keta dengan aku. Faveret aku sampai sekarang ialah Lagu Raihan dari album pertama, CD alunan istighfar dari Munif Hijaz, ataupun bila time-time rasa macam hardcore sikit, aku mainkan surah-surah pendek yang terpilih. Lagu nasyid yang baru-baru ni aku takleh masuk sebab aku dah mula pandai jadi mufti sejak join tarekat.
Dari perjalanan muzikku ini, aku dapati apa yang aku dengar akan masuk ke dalam benakku. Ia akan mempengaruhi rentak 'humming' roh aku. Bila humming tu berentak hardcore, aku cam pembengis. Bila ia berentak punk, aku jadi seorang yang tak pedulik dengan pandangan orang lain. Bila humming tu mula rapping, aku jadi seorang yang macam bagus dan terhangguk-hangguk cam negro. Masa aku dok layan prodigy, daftpunk, Jamiroquai, Faithless atau yang seangkatan dengannya, paranoia dan keskizoan itu amatlah ketara kurasakan. Ketenangan tu datang jugaklah sikit masa humming aku tu berentak selawat atau nasyid.
 
Jadi, tahukah anda apakah rentak humming dalam diri anda? Dan adakah anda berperwatakan seperti diri anda yang sebenar, ataupun anda sedang terpengaruh dengan apa yang berdengung di gegendang telinga anda?

Jadi, message aku kepada semua adik-adik abang-abang sekalian;  

Get into the music. Don't let the music gets to you.

The best music is bacaan ayat-ayat Al-Quran. It's the best humm for our mind, body and soul. Seperti juga lagu, jika kita nak menghayatinya, kita kena menyanyikannya. Serupa juga dengan Al Quran. Maka aku kena banyakkan membaca dan mendengar Al Quran....