Saturday, October 30, 2010

Terkenang semasa duluuuu

gambar curik dari FB Amir psychotic sufferance
Aku teringat zaman-zaman dunia underground ni berkembang biak dulu. Aku pun dah lupa tahun apa. Aktiviti wajib setiap hujung minggu bagi budak kampung cam aku ialah pegi gig (masa tu kat Picaddily, Damansara). Dan bila pergi gig, mesti bawak balik bahan kenangan macam Tshirt, zine atau item macam bangle atau spiked bracelet. Aku nak citer pasal dunia zine.

Zine pada zaman tu merupakan bukti wujudnya akal dalam kepala hotak bebudak underground. Takdelah kita ni dilabel sebagai weirdo atau freak sebab suka fashion yang unik atau suka dengar lagu dari kumpulan gitar rancak ajer. Ada zine yang memang exceptionally gempak. Ada zine citer pasal muzik ajer. Ada juga, macam gambar kat atas, zine yang menyentuh soal ART dalam underground.

Aku agak terkilan bila terserempak dengan budak underground zaman sekarang dalam komuter haritu. Aku tanya diorang apa zine yang popular dalam scene Malaysia sekarang. Diorang cakap zine-zine ni dah tak main dah. Budak-budak main page kat FB atau blogging ajer. Dia kata zine tu ketinggalan zaman. susah nak simpan dan macam-macam lagi. Aku terkedu.

Dan bila sampai kat rumah, aku renung balik mastercopy Shizophrenic yang dalam simpanan aku. Aku teringat zaman aku bergantung hidup dengan menjual zine. Aku teringat zaman aku dapat kenalan baru sebab aku jual zine. Aku itu dan ini sebab aku jual zine satu masa dulu. Walaupun aku dah ada blog sebagai wacana kepada zine aku ni, namun, komentar budak tadi mengganggu fikiran aku.

Adakah benar bahawa zine dalam scene Malaysia takleh bla? Dah tak laku dah? Betul ke?
Peliknya, bila aku gi jual kat 1 Cafe time gig, laku pulak benda ni cam goreng pisang panas. Adakah budak tadi taktau apa yang dia cakapkan? Atau band dia pernah kena fuck dalam zine?

Aku rasa aku nak keluarkan satu issue baru. Issue # 6.5 (sebab isu#7 dah ada).
Aku nak cuba tarik balik perhatian undergrounders pada alam zine dan maybe, just maybe...


Sila klik untuk besarkan
Aku boleh buat duit balik dengan jual benda ni. Hehehe ;p

Bila dah takbley tido


Kadangkadang rasa kosong
Hidup lak terkongkong
Kanan sakit Kiri tergantung
Terkial-kial sampai tersadung.

Terkoyak kulit sampai ke daging
Darah pulak berbau hancing
Air mata dah nak kering
Baru kepala terasa pening

Cubit paha tampar pipi,
Hantukkan kepala kat TV
Boring gila camnak bunuh diri
Lain kali taknak minum kopi kaw lagi