Showing posts with label #Art4Grabs. Show all posts
Showing posts with label #Art4Grabs. Show all posts

Monday, December 16, 2013

#serembantunnel3 minizine launch at #arts4grabs 15 Dec 2013

Walaupun #serembantunnel3 dah pawer, gua tetap tak puas ati. Dan demi mengetest kepawerannya, gua isik satu kotak kasut mana ntah gua jumpa dengan minizine-minizine #serembantunnel Vol 1, 2 dan yang terbaru: #serembantunnel3 (Vol 3). Gua packing jugak tikar, alas, n zine2 berkaitan dan sedikit #paranoir sebagai perencah dan susun semua tu pulak dalam kotak besar. Lepas tu, dah nak dekat senja petang Sabtu 14 Dec 2013 tu, gua berkelana ke KL, berbekalkan RM2.

Dah duitnya RM2 jer, maka perjalanan dari Seremban Selatan ke Seremban kenalah naik komuter sebab kalau naik teksi, komankoman reganya RM3. Bas pulak, masa tu dah petang Sabtu, so gua tak letak harapan menjulang akan kewujudannya dalam plan gua. Plan gua: angkat kotak berisi zine dan kelengkapan, menapak ke stesen komuter Sungai Gadut. Ada dalam sekilo meter jugakla jaraknya, melintas jalanraya, kereta, macha tak pakai helmet serta construction yang tah bila siapnya.
And i did just that. Sampai-sampai stesen komuter, orang ramai. Ada nak pegi Sahalam, ada nak ke KL Sentral. Lagi ramai yang menghantar jer rupanya. Dalam komuter, gua terus ambik gambar kotak. Ada beberapa Vietnam yang dok kat tempat OKU, mengushar gua dengan muka macam dorang warga, gua yang turis. Gua pedulik apa?
Perjalanan ke Seremban petang tu suram. Kepalahotak berputar laju, memikirkan ayat-ayat pemikat, dan entrance yang nak digunakan dalam memastikan terjualnya beberapa keping minizine or bonus: zine tu sendiri. Duit dah tinggal limaposen. Gua selukseluk poket depan belakang celah wallet. Vietnam ushar jer gua. Gua ushar mereka. Mereka ushar tempat lain. Takde. Memang limaposen jer duit dalam tangan sekarang.
Sampai di #serembantunnel , gua terus ke kedai Bro Amat. Beliau tengah lepak-lepak nak tutup kedai dengan muka mengantuknya. Zul Skizo baru bla, katanya. Dengan muka bersemangat dan menyalakan sebatang nusan yang tinggal dua batang jer masa tu, gua cakap kat Bro Amat plan gua untuk malam tu. Dia yang dah duatigakali dengar gua bersungut pasal nak buat benda ni, hanya merestui pasrah jer gua dengan idea yang dilabel gila oleh adik kedai Inai.
Kontekpunyakontek, Zul Skizo pun sampai dan lepak kejap dengan kami. Beberapa minit lepas tu, Syed plak. Gua pun bagitau plan gua dan menunjukkan pada Syed (yang semakin mula berminat dengan minizine) minizine #serembantunnel3. Cerita punya cerita, gua berjaya mengumpul RM20 dari kawan2 #serembantunnel petang tu sebagai modal. Gua terharu dan bersyukur. Dan sebagai tanda kesyukuran, Bro Amat, Zul Skizo dan gua pegi minam jap kat kedai kat Petronas tu.
Selesai minum, dah nakkat pukul 9pm. Terus gua panjat bas SKS dan gerak ke KL. Perjalanan lancar, driver bawak bas terbangterbang cam beser. Sampai di KL, suasana masih rancak dengan orang lalulalang, melintas jalan atau sajasaja berdiri situ sebab tau gua nak lalu. Anyway...
Plan asal gua nak ke dataran, bentang tikar dan mula konvert minizine yang Syed kasi kat gua pada hari sebelumnya kepada minizine standard #serembantunnel . Tapi orang bley ramai pulak. Maka terpaksalah gua lepak mundarmandir melayan orang jual lampu yang dorang tembaktembak ke langit tu.
Berhampiran dengan kolam air pancut bulatbulat tu, ada orang busking. Gua pun layanlaa.
Dari jauh, tetiba perasan ada member antara member-member busker tu. Gua pun pegi salamsalam. Cerita punya cerita, gua dapat tau yang berhampiran dengan HSBC ada persembahan Raja Band, acara battle of the band kelolaan DBKL yang disertai oleh rockers-rockers 70 to 90's sebagai juri dan persembahan. Gua pun berminat. Lagipun, plan untuk tempat nak crash belum ada. Gua pun ke HSBC.
Sampai di sana, jumpa lagi ramai member dan plan untuk crash dahada. So gua pun melepak melayan persembahan yang dah nak ujung-ujung masa tu: rentetan lagu kaver jimi hendrix yang siap main pakai mulut pebagai tu. Pergh.
Dalam tengahmalam, member pun sampai dalam Kelisa lowerednya dan kami menuju ke Sahalam dalam pecutan yang menakutkan melalui Lebuhraya Persekutuan.
Pagi esoknya, semua bangkit dah nak tengahari. Sedar-sedar, mandi-mandi terus gerak ke KL. Perjalanan dimudahkan, siap dapat parking baek (free) kat basement Pejabat Pos Dayabumi KL. Terus berkejar ke Annexe sebab masa tu dah nakkat pukul 2pm.
Kat #arts4grabs, lengang. Orang tak ramai. Gua ambik kesempatan nak setup-setup bembarang #zineskizo kat booth &zinecollector di bawah tangga. Lepas salam-salam dan edarkan flyers @BJseremban kat semua booth berkaitan, gua pun turun mengopi di mamak Annexe.
Petang tu, team @sirraimi dan &projekGila nya ada buat prologue untuk Teater mereka bertajuk #WaliUntukKu  pada pukul 4pm. By 330pm kawasan mamak dan Annexe mula dipenuhi dengan muka-muka familiar, berebut-rebut kerusi dalam blackbox kat small stage kat area event tu.
#WaliUntukKu cool jugak arr. Gua takreti teater teater ni so gua taknak komen. Lagipun, ni karya member dan dipersembahkan oleh kawan-kawan juga yang kebanyakannya first time buat bendabenda macam ni. Ingatkan sekadar layan twitter jer...
Dah petang-petang sikit, gua pun mula usung crowd #zineskizo dengan cerita-cerita #serembantunnel dan minizine dan launching #serembantunnel3 . Hasil sapot kengkawan melayan celoteh gua time tu, membuatkan orang ramai cam tertarik dengan booth zinecollector, melepak dan ambik-ambik gambar cam maot, dan nampak seolah-olah kami ni macam satu group yang freaking serious dengan bendabenda fotostet ni. Apapun, gua puas ati sebab sempat jugak menerangkan cara nak baca isik perut #serembantunnel3 pada semua sampai tak sempat nak ambik-ambik gambar camwhore pesumer.
Semua setel menjelang malam dan setelah salamsalam kat tingkat atas, kebanyakan kami melepak kejap kat mamak Annexe. Dah nakkat 9pm, semua bersurai. Gua bla naik komuter.

Penutupnya ialah, terimakasih pada @hilmiakmalhalit @sirraimi @zinecollector @projekgila @ikemalhafizi @abangberk @syed_alsagaff kerana sapot kamu semua. Kamu, telah membuatkan ini, satu kejayaan.

Gua berakhir dengan RM80 lebih, malam tu. Walaupun berdiri dalam komuter dari stesen KL ke Sungai Gadut, gua puas hati. Gua puas hati sebab ada kawan-kawan yang tanpa dirancang ke apa, boleh membantu, diterima sebagai sebahagian dari scene yang kretif dan cool, isteri yang memahami dan anak anak yang cute #tetiba, #serembantunnel , #zineskizo , dan opkos, YOU.

Terima kasih sekali lagi.

Wednesday, October 16, 2013

#zineskizo @ #art4grabs

Gua takde masa, tekanan dan lapar. Pendek kata, gua malas. Nak senang cerita, gua kopi pes jer update masa event tu berlaku dari Twitter kat sini mengikut kronoloji... Semoga paham. Dan gu mintak jika ada pihak tak bersetuju gambarnya dipapar di sini. Sila sound gua kat Twitter dan kita tengok camana. Ahahaha...

Pepehalpun, #Art4Grabs kat Central Market Kuala Lumpur haritu was fun. Gua belajar banyak benda. Paling penting, jumpa dengan kengkawan yang selama ni sekadar bunyi-bunyian di timeline jer...

Sekian... Majulah #zineskizo untuk Malaysia.


21 Sep
Thanks to and his chef friend for inviting to next week...

Mari! Mari! Mari! Beli . Gua nak kumpul modal nak ke dan setelkan semua masalah ni... Sila RT

Dan gua tak sempat nak kumpul duit utk buat utk dibawa ke esok. Gua lek jer

Besok copies kat tak banyak. Sapa cepat, dia untung. Maaf

kat Pasar Seni, tu kat seremban. Kalau nak boost lu punya kretiviti, Mai beli gua punya zine.


mendapat perhatian Mislina! Apa lagi korang semua tunggu?! Esok serbu


Gua terimakasih pada yg sudi ajak menumpang kaseh nya di . Dan aweks2 keramat booth

Trimas kepada geng2 yg sanggup cari gua dari sampai sematamata utk yg gempak tu

Gua suka sbb ia bkn just another book event. Ia adalah event seni. Mcm . Ia lebih kpd seni dari bahan bacaan sbnrnya

Ahad plak bermula dari zaman ais. Dinosor2 yg nokturnal sifatnya, hanya bangun bila lapar.

Gua taktau nama tweethandle semua org, so pepandai la ye..
Memula gua nak kenalkan kwn bru. Mamat A n Amoi B. nama lupa. Drg jual kraf bermotif kucing.

Memperkenalkan dua setan kat Central Market KL Ahad haritu: Onggilermanth dgn

! RT": Si afiq sibuk nk ambik gambar dgn awek ni. Sapa ntah. Gua lupa

Awek ni pun nak ambik gambar dengan minah tu. Gua buat lek lagi...

Dlm hati, time2 camwhoring mcm aritu, gua slalu ingtkan diri: A picture speaks a 1000 words.

So, sekali lagi ditegaskan: "Tak lengkap sesuatu event tanpa sesi camwhore"

I say, are y'all havin a good time out there? (cuba teka mana ?)
Trimas pd sbb sudi tumpangkan gua kat booth bwh tangga... 
Awek tu bkn Raimi, btw

Cuba teka yg mana? Tepat sekali! Yang ambik gambar ni, la.

Pepehalpun, lokasi booth bwh tangga ni OK laa.
Yg tudung pink tu . Eh?

Ramai retis singgah kat booth bwh tangga.
Tapi gua buat tak port. cc

Bergambar dengan lejen.

Booth bawah tangga xkan bjaya tanpa dorang ni. (peratikan mereka yg kaver2)
Acara kemuncak pada gua dalam event tu ialah talk by Mizlina psl bukunya: Homeless by Choice

Orang ramai nak dgr talk by Mizlina tu. Gua dok tepi dinding jer. Nampak pun tidak.

Tetiba gua dipanggil ke booth utk sesi camwhore bersama oleh

Tetiba port jd sibuk. Kacau betulla Mizlina ni. Time2 tu la dia nk booksigning

Time org nak camwhore tulah dia nak booksigning. Lenkali cari port secluded sikit!

Gua bosan. Gua ushar sekeliling. Tetiba gua dpt cahaya kebenaran! Gua pun...

...lepak luar isap rokok.


..memandang Central Market KL sambil menusan... "Hurry up, old friend.." 

Venue event ni berada di tempat tinggi.
Gua ushar sekor2 sapa yg hadir.

Tp gua teringatkan ..saat2 prektis dpn Bro Black misalnya

Habis jer nusan, fokus pun kembali. So, kat mana kita tadi?

Gua kembali ke perbatasan,
Mengharungi lebihan Ahad.

Meneruskan kekaburan pembaharuan, Dalam ketakpastian keterdesakan.


Dan dalam senyuman jiwaku mencatu, Sudahkah Malaysia, Sedia untukku?


Sudahkah SCENE, sedia untuk mati?


Sudahkah dunia, bersedia untuk kebangkitan ZINE?


...atau, sudahkah mindamu, Bersedia untuk INI?


Tetiba ada org nak bergambar dgn gua masa tu,
so sajak gua terhenti takat ni dulu...Kikiki

Bercakap psl , satu2nya copy dari batch pertama , telah diTERbeli org masa aritu. Meraung, gua.