Movie kita pada minggu ini dimulakan dengan The Departed. Sebuah movie mental thriller yang dibintangi oleh hampir kesemua pelakon lelaki cool yang menjadi gilaan gua. No! Gua bukan gay.
Yang takde cuma Johny Depp ajer. Anyway, movie dah lama keluar sebenarnya. Korang pun mungkin dah tengok movie ni berkali-kali. Gua bring up movie ni pada minggu ini sebab sebelum ni ramai jugak yang tanya gua: cerita Scanner Darkly tu apa sebenarnya?
A Scanner Darkly (click here for it's review here) |
Dalam hal memerangi jenayah, pihak berkuasa dah lama menggunakan taktik spy atau 'orang dalam'. Ada macam-macam cerita menarik pasal kehidupan spy ni yang kita boleh dapati di pasaran sana. Tetapi, kewujudan kelompok spy ini, bukan saja memberikan impak kepada masyarakat, malah memberi impak kepada sistem penguatkuasaan dan seperti yang ditonjolkan dalam A Scanner Darkly, impak kepada hidup si spy itu sendiri. Kadangkala terpaksa dikorban kehidupan seseorang demi mencapai a greater good. Robert Arctor telah dikorbankan (diberi high dosage of Substance D) bagi membolehkan dia diterima masuk ke dalam New Path yang disyaki menjadi tempat tertanamnya bunga yang yang menjadi asas kepada dadah tersebut.
Namun, mungkin kerana gaya penyampian yang dipilih oleh Philip K Dick, serta ambience movie yang lebih kepada surreal dan halusigenik, kurang menyampaikan impak dari sudut yang gua bincangkan ini. Gua tak jumpa embed untuk clip ni nak kasi korang paham, tapi klik jer lah kat URL ni. Kalau nak paham, kenalah tengok movie The Departed.
Martin Scorsese, pengarah The Departed |
Semuanya menjadi korban.
Pepehal pun, have a good weekend and enjoy the movie!
Find it first! Hehehe