Monday, July 19, 2010

Underground, gig dan zine


Sejak aku terjerat membuat blog berkenaan dengan zine Schizophrenic ni, aku perasan satu benda: komuniti zine dalam scene underground Malaysia nampaknya macam slow. Makin underground dalam dunia underground. Sungguhpun aku sendiri menghilangkan diri seplohdoploh tahun ni, tapi aku tengok, scene zine macam kurang sambutan. Tak evolve macam scene muzik atau art atau extreme sport. Dah kurang jumlah zine yang dijual di pintu gig. Budak-budak tercengang-cengang bila dapat flyers pasal zine. Ada yang ingat flyers ni untuk gig dan CD ajer. Ada yang taktau apa itu zine. Kebanyakannya buat muka macam: kena bayar ke ni?

Aku tak salahkan diri sendiri. Sebab mutu zine underground, sekadar tahapahapantah. Balik-balik dua-tiga artikel tema isu kalini, yang lain dipenuhi dengan interview band yang soalannya tipikal sejak duaploh tahun dulu, beserta definasi-definasi menarik dari kamus, atau mana-mana quote dari mamat sapa ntah pasal apa ntah. Lepas tu ada zine atau gig review. Tu jelah.Kalau ayat-ayatnya bagus, mesej zine pulak tak betul. Banyak benar copy paste dan plagiarism. Terasa kena tipu pulak bila tengok penyendal-penyendal ruang kosong tu adalah benda yang diorang curik dari somewhere. Dah tu cerita pasal benda yang aku kompom si penulis pun takleh nak terangkan kalau ditanya lebih dari 3 kali. Presentation power, ayat dia pulak tunggang-langgang. Naik pening cuba memahami apa benda yang penulis cuba sampaikan. Tak baca kang, rasa macam tak support. Diteruskan membaca kang, tak terlawan pulak bisikan-bisikan prasangka dalam diri ni. Tu yang terskizo kadang-kadang tu...

Kalau yang grafik power, cerita sedap, mutu fotostat pulak cam sial. Terlepas sepatah dua perkataan masa kita tengah masyuk baca sesuatu artikel tu, lah. Gambar abstract yang tak clear, lah. Atau page yang memang takbley baca sebab toner fotostat dah kureng agaknya, lah. Yelah, takkan si penjual nak belek selai-selai nak check kualiti sebelum jual? Zine ajer, maaa

Dan mungkin dek kualiti zine yang tak menentu ini, ditambah lagi dengan pemikiran bahawa zine ni sekali baca jer, pastu dah boring, membuatkan industri zine dalam underground kurang mendapat sambutan. Sambutan ni dari sudut si pembuat dan si pembaca. The whole supply-chain. Tak macam industri T shirt, atau CD atau patches yang produknya boleh diperaga dan dibangga-banggakan kepada kawan. Mana ada orang baca zine duatiga kali macam dia dengar lagu favorite? Mana ada orang buat Tshirt zine kegemarannya? Kahkahkah. Mana ada orang buat tag daripada zine. Dah tahap sarkastik pulak nampaknya...

Seperti otai yang lain, aku pun nak reminisce zaman di mana gig itu ialah satu tempat pertemuan. Tempat gathering misfit-misfit dalam keluarga dan masyarakat. Yang otaknya terlalu advance sampaikan orang pada zaman tu takbley nak catchup. Dan kalau nak shopping stuff underground atau collectible yang rare, memang kena cari kat gig. Datang gig bawak duit, takut ada benda nak beli kang. Kalau takde duit nak masuk, datang jugak gig dan lepak dengan budak-budak jual stuff pun dah fun. Sekarang ni, gig dah lain. Nak jual stuff pun kena bayar duit meja. Padahal meja berlambak kat depan. Underground kebenda ni? Macam kapitalisma bangang jer. Ok, takpe. AKu paham. Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.


Kalau dulu nak tengok mohawk, kena pegi gig punk. Nak tengok setan , pegi gig metal. Di kalangan budak underground jer aku dapat borak pasal deforestation, abortion, jangan makan McD, kesefahaman antara berlainan genre, etc. Dan kat gigla tempat perdebatan (atau pergaduhan akibat ideologi). Sekarang, semua ni dah ada kat TV dan aku boleh borak kat kedai kopi. Gig dah jadi sekadar tempat orang tayang awek, pakaian dan mendapatkan perhatian. Tu tang gig.

Zine? Aku tak nampak perkembangannya. Paling kuat pun cuma sekelompok budakbudak bahasa, budak wartawan dan orang media yang zine atau buku-bukunya terdapat di sesetengah gig yang harga RM35 ke atas saja. Yang tau pun, dikalangan kawan-kawan atau pengikut blog mereka saja. Akibatnya datang gig jadi hambar. Gig pukul 2 tapi start pukul 4. Banyak masa dihabiskan dengan melepak diluar dewan sebab biasa arr, band dok layan tune gitarrr jer. Mainnya sekejap, tune nya tak masyuk-masyuk. Nak lepak dalam, organizer main lagu tekno. Dia ingat ni CNY ke apa DJ ni? Lepak luar pulak, takde aktiviti. Kalau ada jual stuff pun, mahal-mahal. Majalah glossy, demo yang reganya lagi mahal dari single mainstream. Baik beli majalah kat kedai mamak jer. Tshirt. Dah kusutkan Tshirt, takkan tak beli kot? Takde duit jangan tengok.Member sumer kat dalam. Nak join group orang lain, tahapahapa benda yang diorang borak. Balik-balik innner circle joke. Balik-balik cerita pasal kejadian semalam yang kita takde kena-mengena. Sama perasaan macam kengkawan non Malay kita bercakap dengan mother tongue mereka sesama mereka dan membiarkan kita terpinga-pinga dan pura-pura paham dan senyum macam bangang. Anyway...


Apa saranan aku untuk mengatasi masalah ini? Beli dan bacalah Schizophrenic. Hahaha. Cam biasa. Sekian