On weekdays, selepas Isya' gua pegi busking kat Melaka. Kalau tengok kat gambar ni, gua biasa lepak kat pokok ketiga dari yang bertanda P tu.
Gua dah try melalak kat Red Square, kat Jonker Walk, kat depan tepi kincir air, dan gua dapati, yang paling seswai untuk style gua yang tak pakai amp atau microphone ni adalah kat sini. Partly sebab tandas dekat sebab meraung kuatkuat ni kadang kadang buatkan gua rasa nak terkencing, dan partly sebab bila malam area ni yang paling ramai orang lalu lalang.
Kebanyakan pakgad dan pekerja kedai kedai kat area ni dah kenal gua dan Alhamdulillah mereka OK dan selalu gak menghulur.
Cerita pasal menghulur, kat Melaka gua dapati yang ramai bagi duit adalah kaum Cina. Melayu biasanya samada sekadar bagi Like (thumb up) atau kasi singgit tapi request lagu macam-macam. Maaflah kalau tersinggung tapi ini adalah pengajaran juga pada gua yang Melayu ni agar jadi pemurah pada golongan jalanan. Gua tengok masingmasing beli ituini, bawak paperbag mekdi bayar GST tapi nak menghulur singgit pun takde. Takpelah. Kat BTS pun trend yang sama. Gua dah try nyanyi 100% lagu Melayu pun, yang menghulur tetap kaum cina. Mungkin juga orang Melayu fikir yang orang macam gua takyah dibantu atau mereka sendiri takde duit lebih.
Biasanya bila gua busking akan ada orang melepak di kiri kanan pavement ni layan lagu atau tunggu orang. Ada juga masanya mereka kerumun gua dekat dekat macam gua jual ubat.
Apapun, Alhamdulillah... Ada gak port..
Saturday, January 9, 2021
Port gua busking kat Melaka
Thursday, August 27, 2015
#SerembanTunnel dan busking
Dulu masa memula gua menyemarakkan #serembantunnel, yang rajin busking kat situ hanyalah Bro Black dan gua. Setahun gak gua tahan. Tapi asyik setakat dapat 'Like' jer, gua lari ke stesen komuter Bandar Tasik Selatan demi keterusan hidup. Kadangkadang jer gua busking kat Seremban.
Gua kerap ikuti perkembangan #serembantunnel melalui Bro Peter, pembekal utama tali gitar gua. Dan sejak gua dah mula keja, gua dah jarang lepak #serembantunnel.
Bro Peter kata Majlis Perbandaran Seremban pernah bagi elaun khas untuk busker yang busking kat tempat strategik di bandar Seremban dan beliau tunjuk kat gua video dan gambar beberapa kids yang busking kat tunnel dan tempat teksi tepi Terminal One. Pro jugak, gayanya. Tapi lelama mereka pun hilang tah kemana...
Tahun ni gua dapat kerja kat Muar maka lagila jarang gua lepak tunnel. Tapi semangat gua membusking telah menaikkan ghairah Bro Peter untuk busking juga dan berkat kerajinan dan kabel beliau followup pihak Majlis, aktiviti membusking semakin kerap di #SerembanTunnel. Tapi level beliau, Bro Khaliss dan busker yang lain adalah bukan busker biasa sebab mereka mementingkan mutu permainan. Yelah, Bro Khaliss ex bassist kumpulan Fotograf. Dari dalam terowong lagi dia boleh tau tune gitar gua lari chord G nya. Bro Peter dan kawan dia pulak orang klasikal yang pergi kelas punya. Gua memang humble bila dengan dorang sebab semua pawer pawer tapi mereka saja simpan kuku. Kelebihan gua dan Bro Black hanyalah pada suara.
Apapun, tahap penerimaan orang Seremban dengan busker masih kureng. Kalau takat nak sukasuka bolehlah. Nak buat duit memang payah. Tapi itu tak melunturkan semangat abang-abang ni dari terus kembali hidup dan menghidupkan suasana Seremban town yang semakin tak relevan di hati mudamudi... Semoga orang Seremban akan support aktiviti busking ni dan semoga busking menjadi salahsatu pilihan untuk orang setempat terutamanya anakmuda cari rezeki selain berniaga barangbarang made in China.
Bukannya takde pemuzik yang hebat kat Seremban atau Negeri Sembilan ni tapi macam gua, semua dah pakat keluar sebab nak survive.
Kudos kepada Bro Khaliss, Bro Peter dan lebihlebih lagi Bro Black yang kekal memperjuangkan seni di #serembantunnel .
Korang bila lalulalang tu jangan takat senyum dan bagi Like jer. Hulurhulurlah sikit walau duit syiling. Beli minuman berGST boleh jer gua, tengok? Takkan nak hulur singgit pun kedek? Bukannya kami mintak sedekah. Kami memperdagangkan bakat kami dan sokongan anda amatlah dihargai. Sekian.
Monday, July 27, 2015
Dengan tali gitar begini, gua redah jugak busking sepanjang Ramadhan lepas..
Thursday, March 20, 2014
#zineskizo di Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan
| Suasana biasa dari sudut mata gua... |
| Suasana luar biasa bagu kebanyakan masyarakat Malaysia... |
| Pandangan ke arah tasik, dari smoking area, Terminal Bersepadu Selatan |
| Antara pengunjung awal #zineskizo di BTS. Supported by Kimok of #KomplotSeni |
| Apis, local pada BTS agak kagum dengan scene zine yang amat asing padanya |
| Kawan-kawan Twitter dan peminat seni zine yang turut sapot |
| Awek-awek yang selalu melepak sekali dengan gua. Wani, Hujan dan Fareza Teka sendiri yang mana satu mana satu |
| Biasanya gua ke BTS naik kemuter...So kalau nampak tu... |
| Sesampai jer, ritual gua ialah pekena kopi kat Nasi Kandar TBS |
| Lepas minum, terus bentang hamparan merah keramat #zineskizo |
| Antara kawan-kawan dan kastemer yang tak lepas peluang rakam suasana BTS di petang hari. Yang kanan sekali ialah Uncle Kenny, busker yang main harmonika, tu... |
| Biasanya gua akan stay hingga last komuter, pukul 1100pm. Atau sebaik barang-barang sold-out. Selalu gak soldout. |
| Kalau dari komuter, camnilah pandangannya korner tempat keramat #zineskizo di stesen komuter Bandar Tasik Selatan ni |
| Reverse angle pulak |
| Ni pemandangan dari atas. LOL |
| Biasanya hamparan merah ni akan dihiasi dengan minizine yang berwarna warni. |
| ...dan ia dijaga oleh gambar sejenis jin penunggu yang agak saikotik jika ditenung masa badmood. |
| Lagi kawan-kawan yang sudi melepak sekali... |
Saturday, November 23, 2013
#paranoir : Another mad product from #zineskizo of #serembanTunnel
| #paranoir poem-zine. A5 size, 36 pages |
| It's 100% handwritten and xeroxed in the good 'old zine spirit |
| The first poem in #paranoir |
| Some typography used. Very minimalist. |
RM4 jer di #serembantunnel , siap free sticker perkataan #paranoir tu.
Gua malas nak cerita lebih-lebih sebab kat kedai mamak ni. Pepehal, ikuti perkembangan #paranoir melalui Twitter di https://twitter.com/search?q=%23paranoir&src=hash
Friday, November 1, 2013
#Zineskizo di #Pasarboco
| #pasarboco atau #boco9 di Taman Budaya, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Kuala Lumpur |
| Trimas to @ezralsya yang sudi berkongsi kasih dengan #zineskizo |
| Puak @Zinecollector yang semakin mengganas, dewasa ini |
| Suasana sebelum hujan di tengahari... |
| Booth @zinecollector dikunjungi awek-wek dari KTPM |
| Pemandangan sejurus sebelum hujan (lagi) |
| @pipiyapong pandang belakang bila gua suruh posing. Note awek yang belah kiri yang kaver muka tu. LULZ |
| Steady jer bro ni layan komik. |
| Gadis-gadis ayu dari Seremban. Dan gitaris yang tak berapa ayu |
| Dan hujan pun turun |
| Dari jauh, gua ushar jer jualan #zineskizo . Ahahaha |
| RakanTangga. Bukan RukunTetangga. |
| Demo pembuatan #zineskizo di #pasarboco Cuba teka mana Nizang of #Moshpit zine? |
| Cuba teka mana Wally? Eh? |
| Gua sempat ambik satu jer gambar penyapot #zineskizo |
| Hujan sampai senja. Lepas Magreb dia jadi renyai-renyai |
| Sesi camwhore wajib. Sayang, hanya kawan-kawan Seremban jer yang tak malu *lari* |

