Sunday, April 10, 2016

The last song

Amatlah sedih bila menyedari, bahawa tatkala kau sangkakan masih ada keikhlasan di saat kekecewaan beroleh kemenangan, rupanya hanyalah satu pelaburan ke atasmu.
Tatkala kau sangkakan masih ada yang peduli di saat kau keseorangan, rupanya hanyalah sebuah lakonan.
Tatkala kau baru nak selamat dari lemas di lautan individualistik, rupanya telah lama sampai di dasar menemankan kapal memori dan harapan harapan yang tenggelam.

Semakin aku cuba memahami, semakin aku hilang kepastian.
Namun benci, tidak sekali.

Ku dendangkan lagulagumu, kujeritkan sepenuh hati. Aku layankan kesakitan dek kejujuran bersama airmata. Agar ia melukakan dan meninggalkan parut yang dalam yang akanku usap setiap hari selepas ini.

Selamat malam, sahabat.