Monday, February 18, 2013

Sakit

Bagaimana lagi nak kuceritakan, kisah sama yang ingin dilupakan. Lain kali jangan buat camni. Cakap ajer padaku, akanku perbuat apa yang perlu.
Kerana persatuan tak boleh ada paksaan. Ini bukan demokrasi ada majoriti ada minoriti. Sebelah tangan bertepuk takkan berbunyi. Melainkan ia dilempang ke pipi sendiri. Dan itu bukanlah sesuatu yang baru. Melempang dirisendiri adalah ritual padaku.
Di celah kehebatan, tersembunyi kelemahan. Dan ia telah memakan segala apa yang telah lama dinafikan. Dan kini ia telah mengambilalih. Yang tinggal hanyalah keterusan.
Jangan ditanya bagaimana selepas ini. Jangan dipeduli apa yang akan jadi. Kerana aku tak pasti akan ada esok yang kesiankan diri ini. Bahkan harini pun rasa bagaikan dah mati. Lapar dan dahaga saja yang menjadi pengisi.
Biarkan. Biarkan. Aku memang dah biasa dibiarkan. Lihatlah aku membiar-biarkan diriku. Jika ada satu kelebihan ia pastilah sentiasa berada dalam keadaan terbiar. Bukanlah aku tak mampu mengurus diriku. Soalnya sekarang ialah 'mahu'.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, February 17, 2013

Pengaruh Netbook pada pelajar

Ini ialah Dolah.
Dolah sedang membuta.
Dolah membuta depan netbook.
Tangan Dolah masih memegang mouse.
Dabel klik, Dolah! Dabel klik!
Malangnya, tiada respons dari Dolah.
Sebab Dolah sedang membuta.
Wahai Dolah, sedarlah.
Hari dah senja.
Tingkap masih terbuka.
Nyamuk dan serangga zaman sekarang ni bukan boleh caya.
Kalau digigit setakat bintat jer, takpe.
Ni kang silap garu, mau berkudis dan buruk jadinya.
Maka Dolah,
Beragak-agaklah.
Ingatkan senyap tengah buat keje sekolah.
Rupanya sedang sibuk buat kejadah.
Dolaaaah, Dolaaah....
Adik den...

Wednesday, February 13, 2013

#PuisiTuihter

Tatkala subuh menjenguk,
tatkala sepi tersengguk,
kepalaku tetiba dihantuk.
Kukorek tahi dimata kiri,
dah pukul empat pagi.
Bergulung ia, di pipi.
Baruku sedar, dah tak cuti lagi,
kongsinikongsini gak, sapa nak kejut pagi nanti?
Dalam keterpaksaan, kutarik gebar menutup kujuran tubuh yang tak reti-reti nak tidur.
Oh tuhan, mengapakah aku diuji sebegini? Tim dah nak mati,
masih ada denyutan tak puas hati?
Biarkan aku pergi!
Izinkan aku undur diri.
Aku, dah tak daya nak teruskan jika sebegini. Aku,
nak zzz...
Selamat malam, cinta!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, February 3, 2013

Bateri Buluh Betung

Sejak 2013, teman-teman rapat mengomplen akan kesukaran nak mengakses komunikasi dengan gua. Talipon tak berangkat. SMS tak jawab. Tapi tuit tak berenti-renti masuk Timeline. Ada sebab teknikal kenapa ini berlaku dan ia bukanlah atas kesengajaan.

Bateri hemfon Sony Ericsson gua dah mengandung. Dah makin sarat kandungannya hinggakan air ketubannya dah pecah, mengakibatkan sticker indicator yang berwarna hijau kat bateri tu, dah bertukar jadi merah. Sungguhpun begitu, gua tetap menggunakannya sebab tak mampu nak beli bateri baru. Heck, nak topap kredit nak ayat awek pun takde duit.

Kebanyakan masa, gua guna hemfon berbateri bunting ni bila ia disambung pada cajer. Kalau guna bateri ajer, alamat baru hantar satu SMS, bateri pun kong dan hemfon akan off. Inilah sebabnya kenapa gua hanya balas sms dan tweet bila gua dah dok diam-diam kat umah dan itu biasanya antara pukul 12malam hingga 4pagi. Jadi, di kesempatan ini, gua nak susun sepuluh bateri memohon maaf kepada semua yang terputus hubungan sepanjang kebuntingan bateri gua ini. Semuanya bukanlah sengaja...


Published with Blogger-droid v2.0.4