Maaf kepada yang telah mengorder #Tu7uh sejak pre-release seminggu lalu. Kami menghadapi masalah teknikal dengan design kavernya dan telah mengakibat kekurang-kick-an semasa program pelancaran #zineskizo di BUKU JALANAN SEREMBAN pada 24 Mac di Lake Garden Seremban Ahad lalu. Apapun alasan kami, kami dah siapkan pesanan adik-adik dan akak-akak semua dan ia akan dihantar sebaik saya habis menghaplod post ini...Cuba tengok video ini....
Friday, March 29, 2013
#Zineskizo First Shipment...
Maaf kepada yang telah mengorder #Tu7uh sejak pre-release seminggu lalu. Kami menghadapi masalah teknikal dengan design kavernya dan telah mengakibat kekurang-kick-an semasa program pelancaran #zineskizo di BUKU JALANAN SEREMBAN pada 24 Mac di Lake Garden Seremban Ahad lalu. Apapun alasan kami, kami dah siapkan pesanan adik-adik dan akak-akak semua dan ia akan dihantar sebaik saya habis menghaplod post ini...Cuba tengok video ini....
Thursday, March 28, 2013
Launching #ZineSkizo #Tu7uh di @BjSeremban 24Mac, Taman Tasik Seremban
Masa tu ujan, so program kena buat kat Astaka |
Cari punya cari, tak jumpa. Yang jumpa pun mahal. Dah tu pulak, kualiti fotostet yang gua dapat amat teruk hinggakan space dalam mastercopy semua lari. Akibatnya gua terpaksa bersengkang mata nak siapkan beberapa keping sampel sempena launching pada Ahadnya nantik.
Sampai hari Ahad tu, semua berjalan dengan lancar. Gua tak jual zine petang tu. Cuma showcase ajer. Tapi kira OK jugaklah sebab akhirnya, zine yang bermula di Seremban ini,akhirnya pulang ke gagang...
Tak lama lepas tu, Parlimen Negeri Sembilan pun bubar... #Tetiba
Bob #PenyajakGerilla sedang mencari 'peluru-peluru' untuk petang ini |
Taburan bahan bacaan yang menghiasi taman, satu pemandangan yang masih janggal di negara ini... |
@Hafizaira dan Bob, si #PenyajakGerilla. Orang kuat @BJSeremban |
@SpermaLiar berbaju psychedelic melayan Bob si #PenyajakGerilla. Di belakang pokok kelihatan satu lembaga comel |
Barisan Band #AnakAnakGagal dan kengkawan. Wakil diorang perform satu lagu akustik petang tu |
Cheq mencari punca.... |
Siap ada rap-akustik. #KauHado? |
Dari kira: Cheq (penulis #AkuRindu90's), Fatin, Aiman si bunga ros hitam dan Awas, fan zine gua. |
Akak baju merah ni peminat Cheq. Yang baju oren tulah #PenyajakEmo |
Apapun, gua nak guna kesempatan ini untuk mengucapkan TERIMA KASIH atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan hingga terterbitnya prodak terbaru gua ini. Siriesli gua cakap, tanpa kengkawan dan keluarga, isu kalini memang tak dapat keluar...
#Zineskizo #Tu7uh is OUT
Dapatkan sekarang dengan meninggalkan nama dan alamat ke nombor kosongsatutujuh-TigaTujuhSatu SatuEnamLimaSembilan atau dengan memensi @akuskizo di Twitter. RM25 sebijik. Untuk jangkasamasa yang sukahatisaya, kami akan memberikan sehelai Tshirt percuma kepada yang memesan isu #SICK dan #Tu7uh serentak. CEPAT!
RM50, dapat dua #zineskizo dan sehelai Tshirt FREE |
Antara pencapaian baru gua melalui isu kali ini ialah:
a) First time tulis satu cerita panjang siap plot dan research. Mereng jugakla kepala membuatnya.
b) Akhirnya jumpa kedai fotostet dan print kaver yang menepati piawaian gua di SEREMBAN.
c) Semakin memperhalusi skill membuat buku sendiri. Kalini buat takyah hantar ke kedai nak potong hujung.
d) Beratus kawan dan awek baru dek soalan dan diskusi yang terhasil dek isu ini.
e) Akan mula 'naik ke permukaan'
Untuk sinopsis atau snippits dari isu ini, lek arr dulu, kan?
Kasi orang yang beli hadam dulu....Hahaha
Thursday, March 21, 2013
TShirt #Zineskizo PERTAMA
Dari semalam mamat tu dok tuit janji nak titpix kan gambar Tshirt rare buatan sendiri ini tapi dek faktor ajal bateri yang singkat dek mobiliti tuan punyanya yang tinggi, serta faktor #fuckmaxis yang melambatkan apps di smatfonnya mengaplod gambar ke server Twitter, tak tersiar jugak gambar baju-baju istimewa ini.
Walaupun beliau agak busybody serta pancit dek berlari ke sana kemari sibuk memfotostet dan mengejar kerbau yang cuba mengunyah mastercopy isu #Sick petang tadi, dia paksakan juga membuat blogpost ini demi memuaskan fitrah hakiki para pembeli yang telah membank-inkan duit mereka sejak semalam. Ini dia rupa bendalah tu:
Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak mengalami pengalaman berskizo membaca zine paling rare dalam Malaysia, sambil memakai Tshirt pelik berwarna hitam dengan lambang berunsur kasih sayang ini, bolehlah mengoder #zineskizo isu #SICK dan #Tu7uh dengan meninggalkan nama dan alamat ke kosongsatutujuh tigatujuhsatu satuenamlimasembilan (maaf, nak elak spam).
Nak lagi cepat, mention ajer mamat tu kat twitter. Tapi cakapla bebetul. Jangan "Hye" atau "Lol" atau "hahaha" pastu marah gua tak layan lu.
Friday, March 15, 2013
Ke mana roh kita pergi semasa kita tidur?
Kita tidur.
Harihari kita tidur.
Dikatakan, roh kita keluar dari jasad masa kita tidur.
Pernah terpikir mana kita pergi?
Bacalah #zineskizo isu #Tu7uh. Hubungi @akuskizo di Twitter SEKARANG, sebelum anda tidur hari ini.
Friday, March 8, 2013
Dia Datang...
Kadang-kadang, masa kita rasa macam dah OK, dia tibatiba datang. Dan dia kalau datang bebaik takpe. Biasanya ia tiba dalam keadaan yang tak berapa nak cantik. Time-time kita sedang terdesak, contohnya. Time-time kita sedang terkapai-kapai mendayung perahu separa karam di lautan gelap dengan langit tak berbintang, misalnya.
Nakk lagi best dia datang time kita tak boleh buat apa-apa. Time kedua tangan dan kaki kita terikat. Time kudrat kita tersekat. Mereka akan kata macam-macam. Kata kita banyak alasan, lah. Kata kita putar alamlah. Tapi semua setuju yang adakalanya, walau camana kita dah plan pun, walau camana kita dah timing pun, dia kata dia nak datang, dia sampai.
Bukan kita tak suka dia datang. Bukan kita tak bersyukur dengan tumpuan dan keutamaan yang diberikan dalam mendatangkan ia kepada kita tadi. Cuma adakalanya, timing dia datang tu, walau hanya ada lari dalam microsecond, tetap mengundang kepincangan dalam mood harian.
Dan pada yang dah terkena, pasti takkan banyak cerita lagi dengan orang yang dah kedatangan akan dia itu. Orang yang memahami hanya akan membisu dan merenung tepat, sambil akan mengangguk cepat macam kita dah setuju akan sesuatu, sebelum memberitahhu yang kita kena lalui semua itu seorang diri. Dan kita yang tengah takdapat buat apa-apa pun, terpaksa menerima ajer kehadiran dia dengan redha dan pasrah. Sabar jerlah.
Apapun cara menangani, atau cara didatangi oleh si dia, apa yang kita semua harus ingat ialah kita tak boleh biarkan diri terus dicengkam oleh perasaan terhadapnya. Kerana memendam rasa pada dia, time dia takde, adalah membuangmasa. Sebab pertama ialah kita akan fokus jugak pada dia time dia datang nantik, samada kita suka atau tidak. Kedua ialah sebab kita jer sibuk-sibuk risaukan dia, sedangkan dia anggap kita hanyalah sesuatu yang dijumpa, on the way ke sesuatu. Kita juga tak pernah tahu apa motifnya datang pada kita, sedangkan ramai lagi orang yang lebih layak didatangi olehnya. Yang penting, masa yang ada pada kita sekarang, kita guna untuk tidak buangmasa. Eh?