Susah gua nak terangkan apa yang menariknya kat #SerembanTunnel ni. Selain Bro Black dan udara segar dari sungai di bawah jambatan, tak banyak perkara menarik yang ada di sana, jika anda mengharapkan kehappeningan itu pada orang lain. Happening atau tidak sesuatu tempat itu, tak bergantung pada orang lain. Ia bergantung pada anda.
Dah banyak benda yang berlaku kat #SerembanTunnel ni sejak dua bulan gua di sini. Nak senang, lu search ajer tag #SerembanTunnel dalam Twitter dan ushar gambar-gambar yang di titpixkan. Laluan kat jambatan tu yang dulunya dihiasi dengan pengemis dan Bro Black, sekarang dah semakin sesak dengan kehadiran gua yang sering membuatkan inconspicous people, duduk melepak sekali.
Terbaru ialah semangat kebuskingan yang semakin menebal dalam diri Bro Black setelah ada sekali tu, time dia tengah main-main gitar layan kepala, tetiba ada orang selit seploh ringgit kat poket dia. Sejak dari tu, aktiviti menggitar memang rutin setelah kami habis kerja atau pada waktu di antara kerja yang sedang dilakukan.

Video spontan Bro Yus dengan @whitebutton_
jamming lagu Tegar
Point di sini ialah, lu memang rugi kalau tak melepak sekali di sini....