Wednesday, November 18, 2015

Pesanan Buat Aku, rakyat Malaysia

Kalau tak masyuk,
Janganlah keluar.
Kalau takbley berjimat,
Janganlah membazir....

Sunday, November 1, 2015

Realiti

Bila hati sedih, dan semangat rasa tercarik, dan seolah tiada di sisi yang mahu mengerti, ke mana lagi harus kubawa diri?

Bila jiwa kelam, dan siang hanyalah pengisi antara kekosongan setiap malam, dan sinar semakin suram, dimanakah nak ku nyalakan kembali sumbu yang padam?

Dan bila setelah semua penat jerih, tidak mengubah apa apa malah sekadar menambahkan pedih, apa lagi dayaku untuk meneruskan keseorangan ini?

...aku cuma bersyukur untuk sekelumit masaku dibumi...