Thursday, June 9, 2011

Kutu yang Skizo




Salam. Nama gua Pian. Orang panggil gua, orang gila. Ada yang panggil kutu sampah. Ramai yang main hoihoi jer. Gua tak kesah orang nak panggil gua apa. Yang penting pada gua ialah; siapa gua pada diri gua sendiri.


.
.
.



"Gua kutip sampah?"

Memang. Memang gua kutip sampah. Gua kutip apa yang KORANG panggil sampah. Gua kutip tin aliminum dan botol kaca. kotak pun gua sebat jugak. Kotak gua gerak petang, lepas diorang stockcount. Tin, botol, sepanjang masa, tapi secara rasminya ialah pukul 8malam ke atas. Semua tempat gua sapu. Gua hangkut pakai trolley yang gua jumpa kat tempat sampah dulu. Gua kumpul semua kat satu tempat rahsia.


"OK ke, buat kejer ni, kau tanya?"

Lu jangan tak tau. Sungguhpun nampak cam sampah itu tidak bertuan, sebenarnya, tempat-tempat lubuk macam bus stand, shopping kompleks, taman-taman awam, ada penunggunya. Lu jangan main suka nak terjah sukasuka lu, nak kasi clear itu tong. Silap aribulan, lu yang masuk dalam. Mula-mula berkecimpung dalam aktiviti sebegini, merasa jugaklah gua kena debik dua tiga kali kat pengemis dan kutu kutu macam gua. Tapi bila dah lamalama, gua dah macam conquer lak tempat-tempat tu sumer. Mencabar sebenarnya nak buat keja ni kat kotaraya besar ni, bro.


"Apa? Lu kata gua ni pakaian macam orang gila?"

Sungguhpun lu nampak gua pakai compang camping, gua ada plan. Gua tengah sibuk menjayakan plan gua tu sampaikan takde masa nak ambik kesah pada appearance gua. Tulah yang misai dah bersambung dengan janggut, rambut kusut. Baju lusuh, seluar busuk. Kengkadang berselipar, kengkadang berkaki ayam. Gua tak pernah tau yang korang ambik kesah pasal appearance gua. Gua tak kesah apa pandangan awek-awek atau amoi-amoi pada gua sekarang. Gua sedang mengusahakan plan gua ni dan pada masa tu nantik, awekawek ni sumer yang datang kat gua. Lu tengok.


"Berangan? Lu kata gua kuat berangan?"

Heh! Pasal gua kuat berangan la gua kat sini bro! Kalau gua prektikel macam lu, takdelah orang panggil gua orang giler. Kutu sampah. Mesti gua dah jadi macam lu, sekarang; bercakap dengan orang giler. Hehehe.


"Ehh, jangan maraa, jangan maraaa. Nantik cepat tuer. Hehehehe"




*rakaman di atas telah dibuat ke atas subjek A3422KLM pada jam 345petang, XXXX2011. Mamat tu masih dalam pengawasan rapi unit psikologi dan matematik, buat masa ini.

Monday, June 6, 2011

Writtings on the door



Central Market, Kuala Lumpur

Semalam, gua janji dengan kawan gua nak jumpa kat Central Market, Kuala Lumpur. Gua pun dah lama tak pergi sana. Gua gerak awal sebab ada hal lain. Kiranya gua sampai kat CM lebih kurang 30 minit sebelum waktu yang sepatutnya. Gua gunakanlah waktu itu untuk merayau-rayau keliling CM...

Tetiba pundi gua rasa nak terkucil Gua pun bergerak ke arah tandas yang terletak kat ground floor. Pergh! Dah lain dah rupa pinta masuk tandas CM ni. Nak masuk kena bayar 50sen. Dan syiling tu, gua kena masukkan dalam mesin yang rupanya macam mesin kuda...
Ni lah rupa pintu tandas kat Central Market. Cantik camanalah pun,
masyarakat Malaysia masih belum reti menghargai agaknya...
 Bahagian dalam tandas nampak cam tandas resort. Dengan sinkinya yang signature, marmarnya, ambiencenya. Sampaikan gua pun terlupa yang pundi gua ni dah nak meletup dah. Gua pun pilihlah tandas nyangkung... Bila masuk dalam, pergh! Pintu tandas dia kellass! Tapi vandalisme tak mengenal jenis kayu. Iklan-iklan isap batang tetap ada bagi menceriakan masa menandas...

Tengok dia punya kunci cenggana..Kelas!
Yang paling mengharukan ialah, gua hanya perasan yang tandas yang gua dah masuk tu, takde hos air. Yang ada cuma alat pencebok auto yang aimnya dah lari sikit. Satu hal pulak gua nak kena adjust-adjust dulu sebelum gua melepaskan hajat. Bila dah bersuci, gua pun check setiap tandas yang ada kat situ. Huh! Takde satu pun yang ada hos air. Ni mana punya budaya ni? Dah lah tandas takde hos air. Tisu pun tak disediakan. Aim pencebok auto pun tak tepat. Kalau orang kampung gua datang ke tandas ni, maunya diorang ni semua keluar dengan baju yang basah...

Pepehal pun, gua malas nak mengomen kat dalam blog ni. Gua cuma nak jumpa kawan gua. Chow!

Saiz Karipap di RnR Seremban (arah Selatan) semakin mengecut!

Ni rupanya karipap itu. Limaposen satu

Diletakkan sebelah lighter sebagai perbandingan..Kecik, kan?
Ke arah masyarakat berkaripap tinggi. Eh?