Kita tidur.
Harihari kita tidur.
Dikatakan, roh kita keluar dari jasad masa kita tidur.
Pernah terpikir mana kita pergi?
Bacalah #zineskizo isu #Tu7uh. Hubungi @akuskizo di Twitter SEKARANG, sebelum anda tidur hari ini.
Kita tidur.
Harihari kita tidur.
Dikatakan, roh kita keluar dari jasad masa kita tidur.
Pernah terpikir mana kita pergi?
Bacalah #zineskizo isu #Tu7uh. Hubungi @akuskizo di Twitter SEKARANG, sebelum anda tidur hari ini.
Kadang-kadang, masa kita rasa macam dah OK, dia tibatiba datang. Dan dia kalau datang bebaik takpe. Biasanya ia tiba dalam keadaan yang tak berapa nak cantik. Time-time kita sedang terdesak, contohnya. Time-time kita sedang terkapai-kapai mendayung perahu separa karam di lautan gelap dengan langit tak berbintang, misalnya.
Nakk lagi best dia datang time kita tak boleh buat apa-apa. Time kedua tangan dan kaki kita terikat. Time kudrat kita tersekat. Mereka akan kata macam-macam. Kata kita banyak alasan, lah. Kata kita putar alamlah. Tapi semua setuju yang adakalanya, walau camana kita dah plan pun, walau camana kita dah timing pun, dia kata dia nak datang, dia sampai.
Bukan kita tak suka dia datang. Bukan kita tak bersyukur dengan tumpuan dan keutamaan yang diberikan dalam mendatangkan ia kepada kita tadi. Cuma adakalanya, timing dia datang tu, walau hanya ada lari dalam microsecond, tetap mengundang kepincangan dalam mood harian.
Dan pada yang dah terkena, pasti takkan banyak cerita lagi dengan orang yang dah kedatangan akan dia itu. Orang yang memahami hanya akan membisu dan merenung tepat, sambil akan mengangguk cepat macam kita dah setuju akan sesuatu, sebelum memberitahhu yang kita kena lalui semua itu seorang diri. Dan kita yang tengah takdapat buat apa-apa pun, terpaksa menerima ajer kehadiran dia dengan redha dan pasrah. Sabar jerlah.
Apapun cara menangani, atau cara didatangi oleh si dia, apa yang kita semua harus ingat ialah kita tak boleh biarkan diri terus dicengkam oleh perasaan terhadapnya. Kerana memendam rasa pada dia, time dia takde, adalah membuangmasa. Sebab pertama ialah kita akan fokus jugak pada dia time dia datang nantik, samada kita suka atau tidak. Kedua ialah sebab kita jer sibuk-sibuk risaukan dia, sedangkan dia anggap kita hanyalah sesuatu yang dijumpa, on the way ke sesuatu. Kita juga tak pernah tahu apa motifnya datang pada kita, sedangkan ramai lagi orang yang lebih layak didatangi olehnya. Yang penting, masa yang ada pada kita sekarang, kita guna untuk tidak buangmasa. Eh?
Bagaimana lagi nak kuceritakan, kisah sama yang ingin dilupakan. Lain kali jangan buat camni. Cakap ajer padaku, akanku perbuat apa yang perlu.
Kerana persatuan tak boleh ada paksaan. Ini bukan demokrasi ada majoriti ada minoriti. Sebelah tangan bertepuk takkan berbunyi. Melainkan ia dilempang ke pipi sendiri. Dan itu bukanlah sesuatu yang baru. Melempang dirisendiri adalah ritual padaku.
Di celah kehebatan, tersembunyi kelemahan. Dan ia telah memakan segala apa yang telah lama dinafikan. Dan kini ia telah mengambilalih. Yang tinggal hanyalah keterusan.
Jangan ditanya bagaimana selepas ini. Jangan dipeduli apa yang akan jadi. Kerana aku tak pasti akan ada esok yang kesiankan diri ini. Bahkan harini pun rasa bagaikan dah mati. Lapar dan dahaga saja yang menjadi pengisi.
Biarkan. Biarkan. Aku memang dah biasa dibiarkan. Lihatlah aku membiar-biarkan diriku. Jika ada satu kelebihan ia pastilah sentiasa berada dalam keadaan terbiar. Bukanlah aku tak mampu mengurus diriku. Soalnya sekarang ialah 'mahu'.