Ada hariharinya aku rasa cam sial. Cepat betul bengis. Sumer orang tak betul. Sumer orang dengki dengan aku. Diorang ni sumer nak buli akuu, jer kerjanya. Lagi aku cuba sabar, lagi cam sial semasing. Aku jer yang kena mengalah. Aku jer yang kena beratur. Akulah mangsa. Macam harini.
Diorang ni sumer berpakat ke nak kenakan aku harini? Dari saat aku bangun tido, sampailah ke pintu pagar kilang tempat aku kerja. Semuanya cam sial. Sumernya nak menaikkan darah aku jer. Dah sampai kat meja tempat aku kerja pun, di tempat di mana aku selalu rasa takde tempat paling boring dalam dunia ni selain berada di bangku tu menyiapkan presentation yang diberikan petang semalam dan kena hantar by tengahari ini, yang sumer orang tau perlukan masa paling cepatpun 3 hari nak kumpul, crunch, analyze dan susun data2 tu sumer menurut cerita yang aku nak sampaikan, masih ada lagi sesuatu yang cuba bermain dengan kesabaran dan kewarasan aku yang dah tinggal 1 kredit lagi sebelum game over. Tangtang tuula dapat tau experiment yang aku jalankan overnight malam tadi diberhentikan setengah jalan oleh supervisor semata2 sebab tak mintak izin kat bapak dia nak guna mesin yang AKU introduce tu, dan data2 yang aku perlukan untuk buktikan teori yang aku nak present dalam presentation yang aku sebut tadi, dibuangnya dalam tong sampah dan isi kandungan tong sampah itu telah dihantar ke pusat pelupusan sisa toksik kat Sendayan, as we speak. Jangan tanyalah apa yang aku nak buat sekarang. Jangan tanyalah apa perasaan aku sekarang.
Dipendekkan cerita, sedang aku dok tercungapcungap membongkok dalam kontena yang panas ni, mencari plastic sampah yang “harapharap” mengandungi transistor2 kecil yang mengandungi data yang aku perlukan untuk presentation maut at noon, apa yang berlaku pada aku dari pagi tadi sampai la ni, terimbau kembali di fikiranku. Apa yang sedang berlaku ni? Kenapa harini teruk sangat? kenapa semua orang cibai pada aku? Harini jer ke? Baru aku perasan, memang harihari DUNIA ni cibai pada aku. Cuma selalunya aku boleh kawal perasaan sebab duit aku cukup, aku takde masalah, atau ada benda2 lain yang lebih exciting yang aku sedang fikirkan, distract aku dari kecibaian yang sedang berlaku.
Tapi harini lain. Harini special. Semua kecibaian yang dapat aku fikirkan, berpunca dari orang lain. Bukan kesilapan aku. Aku rasa, aku dah buat persediaan yang cukup dah, tapi tetap cibai. Contoh cam supervisor tu. YE, aku dah bagitau bos dia yang aku nak guna mesin tu, YE aku dah pesan melalui email, pesan kat akak operator dan tinggalkan note lagi kat mesin tu, dan YE aku boleh tembak dia cukup2 nantik pasal apa yang dia buat ni, tapi right now, aku rasa aku akan sepak jer sesapa yang cakap jadi engineer kat dalam kilang semikonduktor ni cool. Lastlast, selepas semua ni (tu pun kalau aku jumpa benda kecik2 tu dan berupaya untuk test mereka in time dan mengumpulkan data yang aku perlukan) hidup aku tetap cibai, sure kena tibai dalam meeting ni kang (yang pasti memberikan impresi yang tak baik tentang diriku dan bos aku pada musuh2 bos aku) Dan aku dapat dengar suara ketawa supervisor tu dari kejauhan. Dan sorakan akak2 operator yang sedang makan di café.
Tapi tak lojikla pulak pemandu lori treler tadi dengan akak bawak Honda slow tahap JCB pagi tadi boleh berpakat dan timing masa diorang nak keluar, ngam2 depan aku, masa aku nak pergi kerja dan mengganggu perjalanan aku? Atau diorang ni ada kena mengena dengan anak jiran sebelah, yang melalak dari pukul 4 pagi tadi yang mengganggu tidur, yang susah payah aku dapatkan sejak dari pukul 1 pagi? Atau adakah supervisor shift C malam tadi mendalangi segala-galanya seperti movie2 thriller yang aku pernah tonton? Aku terduduk. Aku pasrah. Aku faham. DIA sedang berkatakata. Walaupun aku dengar, tapi baru saat INIlah aku MENDENGAR, FAHAM dan TERIMA. Aku rasa aku tau apa yang aku perlu buat..
Baru aku perasan tangan kiri aku terpegang sepeket merah berisi transistor yang aku cari. Terus aku balik kilang, test, analyze trend, conclude, taruk dalam presentation. Hahahahahaha . At noon, lepas presentation, akulah harapan kilang ini untuk merealisasikan projek pengurangan kos yang akan menyebabkan beratus supervisor hilang pekerjaan. Seluruh dunia. Mampus kau.
1 comment:
hehehe..
macam drama lak..
kena g cr kat tempat pelupusan sampah la...
hehe..^__^
Post a Comment