Tuesday, June 29, 2010

Akulah Budak Tu

Aku angkuh. Aku riak. Aku angkuh. Aku rasa akuu jer betul. Aku jer yang baik. Orang lain yang salah. Orang lain tak betul. Hahaha.

Dan aku tau jalan yang aku kena tempuhi. Aku tak boleh merungut bila berhadapan dengan kecibaian dunia. Untuk itu, aku kena bersedia. Aku kena sentiasa plan apa yang aku nak buat, dan masa aku buat tu, aku buat dengan sepenuh hati. Aku kena atasi kecibaian yang dilakukan ke atas aku dengan kecibaian yang lagi hebat. Kalau ada orang potong keta aku, pastu bawak slow cam sial, aku akan potong balik dan bawak bapak slow tahap steamroll pulak depan orang tadi. Atau kalau ada orang buat sial dengan aku, taulah nasib orang tu. Tak dapat harini, besok aku kerjakan.

Aku juga tau, untuk aku sentiasa berada di atas, aku kena sentiasa uptodate. Sentiasa terkini dengan informasi yang kena mengena atau takde kena mengena dengan aku macam isu rumah setinggan di Rwanda atau kedudukan Malaysia dalam senarai pemerdagangan manusia. Supaya orang takbloeh kencing aku. Takde sapa boleh chong aku. Aku master. Aku hero.

Sumer orang kena dengar cakap aku. Bila aku bercakap, sumer orang kena diam dan dengar. Point akulah yang paling bernas dan berwawasan. Cerita akuulah yang paling gempak. Dan untuk ini sumer, aku kena berilmu pengetahuan. Biar pandai cakaap jer. Asalkan masa bercakap dengan kita, kita menang. Hehe. Tak boleh menang straight, kita cilok belah belakang. Pusing cerita. Takbley, kita attack personal. Takbley gak, kita cubit, buat lawak. Nak menang lagi tu.

Aku tak tau kenapa aku begini. Dan nampaknya orang sekeliling aku pun dapat terima aku dengan seadanya. Well, sebenarnya diorang sumer menumpang di rumah aku tanpa membayar sesen pun (tapi aku dibenarkan mengepau barang2 mereka dalam peti ais), so aku rasa inilah sebabnya mereka tak kisah dengan keegoan aku dalam mempertahankan hak memparking motor C70 aku kat ruang tamu. Hahaha. Aku dah plan sumer. Aku tau selokbelok hati manusia. Aku control keadaan.

Tapi aku pandai. Dengan orang2 yang aku tak boleh makan, aku rilek. Aku tak tunjuk apa2, aku usha, tengok jer pelan2 tindaktanduk mereka dan bila mereka bongkok nak ambil pen yang aku jatuhkan, aku…

Aku berahsia. Aku tak bagitau pasal diri aku pada sesapa. Aku takbley cerita masalah aku pada sesapa. Takde sapa boleh tau masalah aku. Pada mereka, aku ialah batu hitam yang tak berperasaan dalam usaha mencapai impian untuk menguasai dunia ini. Aku simpan dalam diri aku jer. Masalah ke, kejayaan ke, sakit jer aku kadang2 ngadu kat mak aku. Apa2 plan jahat aku. Plan politik yang aku perhalusi sejak dari kecil. Pendek kata, akulah budak tu.

Aku takabur. Aku riak. Aku angkuh. Aku rasa akuu jer betul. Aku jer yang baik. Orang lain yang salah. Orang lain tak betul. Hahaha. Aku menaaaang. Aku gembira. Aku ketawa.

Barubaru ini aku baru perasan aku gelak sorang2. Takde sapa menyaksikan dan aku mula rasa boring dengan kehebatan aku sendiri. Hahaha. Boring? Itu memang kawan kejayaan. Salahsatu kelemahan ketika berada di puncak. Boring? Berambus kau! Jangan nak lawak.

Aku tak perlu tunjukkan kehebatan aku. Buat apa dengan pujian dari orang yang tau dia tak boleh makan kita? Memanglah orang yang sedang kalah akan cakap apa saja. Aku tau aku hero. AKu tak perlukan sumer tu. Cukuplah aku tau aku gempak. Aku tak perlu dengar cakap sesapa. Aku dah betul dah. Aku dah cukup. Aku tolong kau kalau ada benda yang aku nak dari kau. Lain dari tu, kaukau sumer hanyalah alat yang aku gunakan untuk membuang masa2 aku yang tengah boring ni…

Mana sudahnya? Apa ertinya ni? Bukannya aku taktau aku akan mati. Aku boleh upah orang tanam aku. Tapi dalam hal matimati, soal masuk ke kubur tu senang. Dah masuk tu yang aku risaukan. Apalah nasib aku nantik sebab aku dah tak boleh control dah. Allah yang control. So aku kena geng dengan Allah. Dan Allah tak suka orang angkuh. OK. Aku ubah. Aku taknak angkuh lagi…..Nak menang lagi tu…

5 comments:

najib said...

hanya diri sendiri memahami diri sendiri,aminnn

Irwan said...

gua tak paham diri sendiri maaa

Anonymous said...

karaw kot. macamane nak paham. lost..

Anonymous said...

karaw kot. macamane nak paham. lost..

Irwan said...

karaw? warak? lagi laa gua tak paham?