Saturday, July 3, 2010

Iklan

Salam. Asalnya blog akuskizo ni ialah dari blog payabesarpedas. Idea akuskizo ialah blog yang diinspirasikan oleh zine Schizophrenic yang menjadi side income aku masa aku kat U dulu. Ia cerita pasal life dan seni, dan promo alter-ego aku dalam rancangan aku untuk menjadi PM. Hahaha.
Ia bermula dengan cerita seorang budak nama Atan selepas SPM. Dia join underground. Dalam isu kedua, dia dah otai sikit dalam underground dan mula whining-whining.
Isu ketiga ialah komik "Abang Polis dan budak Hardcore", cerita pasal perjalanan dua mamat ni di Padang mahsyar. Plotnya pasal perbezaan pendapat antara abang polis tu ngan budak HC pada tahun-tahun hujung milenia lepas.
Isu keempat ialah ekspresi seni di mana 100% buatan tangan, padat dengan carut marut dan mesej-mesej subliminal pasal penyalahgunaan dadah dan life dan tahapahapantah. Dan dalam hitam putih (maklumlah, nak jual fotostettt).
Isu kelima ialah pengemasan kepada isu keempat. Gambar dan artikel lebih tersusun dan matang. Tapi unsur-unsur stoner rock tetap jelas dalam grafik-grafik penyendal. Tapi memandangkan pilihanraya dah semakin hampir, maka aku terpaksa pindahkan akuskizo ke blognya sendiri.
Payabesarpedas akan menjadi blog yang menceritakan pasal kampung aku tu. Ia macam cerita seorang budak Rembau yang banggo dongan tompek dio mombosa. Di mano bumi dihinjak, di hihu hangit dihunghung. Eh? Hapo lak kono eh tokoluar lak Rombau eh ni? Ehhem!


Kepada sesapa yang berminat untuk mengalami sendiri perasaan berskizofrenik, atau sesapa yang PAHAM lantas mengumpul koleksi-koleksi ekspresi seni rare macam zine fotostat aku ni, atau taktau what the hell is going on, anda bolehlah bank-in kan RM25 ke akaun Maybank awek aku atau sms je aku, cakap nama, berapa juta kau nak dan lain-lain. Cam bese. Hahaha.


Apa yang kau dapat?
Beberapa keping kertas fotostat yang aku panggil zine Schizophrenic dari isu #1 sampai #5. Benda-benda ni, bila dahabis baca, korang boleh letak dalam keta, kat ruang tamu rumah, atau sepah-sepahkan depan sekolah menengah atau di Central Market KL. Dan bila orang tanya apa benda sumer ni, kau cuba jawab seolah-olah kau dah tau segala-galanya pasal hidup ni. Jangan cuba terangkan apa zine ni pada mereka. Cuba terangkan apa maksud life pada kau pada masa itu. Kau tengok apa jadi lepas tu. Nak tau apa rasanya? Bank-in cepat!

Ataupun korang nak pdf? Kalau pdf, aku cuma boleh kasi isu nombor 1 sampai tiga je. Lagi dua isu tu (4 dan 5), kau kena baca atas kertas, barulah betul cara penghayatan yang aku harapkan.
Satu isu cas dia RM5. Adalah dalam 14-20 page berisi garisan hitam dan putih yang cuba menyampaikan sesuatu. So, total untuk 3 isu ialah RM 15. Kalau takat nak beli satu-satu, cari aku di gig-gig yang diiklankan di indiezine.net atau Malayapark.com.
Ayuh! Berbaloi-baloi! Kalau kat oversea, aku cas baek punya, tapi sebab korang ada IC, aku kasi diskaun la. Cepat! Kawan-kawan anda dah beli dan mereka sedang mengetawakan anda dari belakang! Anda kena baca zine ni dan belajar cara nak spot mereka! Hahaha. Saya sendiri pun mengetawakan anda. Hahaha.

Akuskizo: 017-3711659

Maybank: kau kena sms aku. Hahaha. Bese arrr...;p

No comments: