Friday, July 23, 2010

Kapelhud

Couplehood. Semua orang suka bercouple. Berpasang-pasangan. Dah memang kitaran semulajadi manusia, lepas setel saradiri, tempat tinggal, makan, kebanyakan akan mencari sex. Main. Kasi air yang berkumpul tu keluar. Membiak. Dan kebanyakan kita akan mencari makna untuk perlakuan semulajadi ini. Ada yang menganggap ia satu kesatuan yang murni dan luhur yang berteraskan sifat saling mempercayai dan kasih sayang. Ada juga yang melihat ia tak lebih dari kitaran biologi dalam memastikan keterusan spesis. Ramai yang mula menganggap ia sebagai jalan pintas untuk dadah bernama populariti. Ada juga yang menganggapnya sebagai produk yang boleh dibuat duit.Makna-makna inilah yang selalu dijadikan alasan oleh pasangan untuk masuk ke alam kapelhud. "Last-last sumer orang akan kawin, so perjalanan yang panjang tu, eloklah kita mulakan sekarang, dengan berkapel-kapel" ujar seorang student awek kat sebuah IPTS yang ditemubual baru-baru ini.

Budaya berkapel dah semakin menular di Malaysia. Bila aku pakai perkataan menular, maknanya aku menganggap budaya ini tak baik. Walaupun aku sendiri terjebak, namun apa yang tak baik tetap tak baik. Rokok itu tak baik, walaupun aku masih merokok. Bila set moral kita betul, barulah kita tahu apa yang betul dan apa yang salah. Barulah kita boleh betulkan diri sendiri. Barulah datang semangat nak bertaubat. Semangat ingin KEMBALI. Tindakan pembetulan takkan berkesan jika orang yang dibetulkan tak rasa dia perlu diperbetulkan. Sebab dia tak rasa dia buat salah. Sebab dia tak rasa budaya berkapel ni salah. Sebab "..setanderrd la, kapel-kapel ni bang. Tak kapel kang, tak laku pulak. Lagipun rugi, la. Muda datang sekali. Selalu tengok orang kapel-kapel pegang tangan, gurau-gurau, cam bestt la pulak. Kita pun nak try arr kapel-kapel ni" sambung awek student tu lagi. Dia melambai-lambai ke arah sekumpulan budak lelaki yang hensem-hensem yang sedang berjalan masuk ke dewan kuliah. Twisted awek ni rupanya. Nampak jer bertudung. Aku ingat nak dapatkan respons yang Islamik sikit sebab dia pakai tudung, supaya karangan aku bias ke satu arah. Ni, dia yang happening.

Budaya berkapel akan mengakibatkan pergaulan antara lelaki dan pompuan. Perkataan kapel itu sendiri dah membayangkan perhubungan antara dua budak ini adalah lebih dari sekadar kawan. Lesen untuk pegang tangan, panggilan "ayang" atau "manja" atau sehingga ke tahap commolot atau mula main usik-usik kemaluan. Pompuan sepatutnya paham benda ni. Kerana dalam persetujuan itu nantik, pompuan yang akan dimasuki. Dan ada kemungkinan sesuatu tertinggal didalam dan membesar. Dan kebebasan pompuan akan terbatas dan satu hal pulak si pompuan ni nak kena buang atau keluarkan dan jaga benda kat dalam diri dia tu. Jangan salah paham. Masa berkapel, benda tu tak diingini. Dalam kebanyakan kes, benda tu hanya diingini untuk orang yang KAAAWIN, bukan KAAAPEL.
Aku malas nak cerita perhubungan sejenis sebab ni tak termasuk sebagai makhluk. Tapi basicnya sama macam kat atas. Sakitla diorang tu. Aku bermohon perlindungan keatas diriku dan keluargaku dari diuji sedemikian rupa dan aku doakan mereka kembali bertaubat. Bukan syirik punn...Boleh lagi tuuu..

So, aku kolot. Aku orthodox. Memang. Aku advanced, sebenarnya. Aku tak suka buang masa dengan kapel-kapel ni, sebab dalam agama aku, perhubungan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan mahram sampai tahap pegang-pegang tangan ialah dengan akad nikah. Kalau dah pegang kang, memang aku spring punyer. Takleh pikir aper dah. Buat apa buang masa dengan ber dating kalau sama-sama dah tau masing-masing nak apa? Tu sebab aku kata budaya berkapel ni tak elok. Jangan bullshitlah kata pasal kasih sayang ke, nak mengenali you dengan lebih DALAM ke, atau kesian kat you KESEPIAN kat kota REMBAU ni ke...Cuba tanya diri sendiri, apa yang aku ndak dengan keluar berdating dengan mamat ni? Adakah aku nak membina keluarga aku dengan dia? Adakah aku perlukan dia sebagai moral support untuk melayan tantrum aku setiap bulan? Awek student tu tersenyum. "Abang ni hensem laa" kata awek tu pendek. Dah ke situ pulak awek ni.

Aku taknak cerita pun side kebaikan berkapel ni macam karangan-karangan perbincangan yang lain sebab aku takmau point aku tu diseleweng oleh makhluk yang kuat melancap. Tak pasal-pasal jer aku dapat saham. Korang yang pancut, aku yang kena sebat. Karangan ni memang anti kapelhud.

So, marilah kita betulkan pemikiran kita dan berubah. Takde sapa yang sempurna tapi semua kena tahu apa yang dianggap kesempurnaan. Perjalanan ke arah itu memang jauh, dan tah sampai tah tidak, jadi eloklah kita mula bergerak dari sekarang. Sebab kita akan ditanya nantik dan apa yang kita boleh gunakan sebagai alasan ialah effort ajer..Untung-untung lepasss.


Wallahu'alam.

7 comments:

TheBentPencil said...

ak nak betulkan satu je. "Budaya berkapel dah semakin menular di Malaysia."

really? pernah aku duduk semeja dengan lecturer aku yang umur dia dalam 50 leih. terbukak la citer zaman dulu kat U. ingat takde kapel? adaaa...ada...cume diorg xde hanset je. main surat2.

pegang tangan? ada. port dating? ada. siap senior bagi tips lagi. mesra-mesraan gitu? of cozz ada.

bab sex aku tak boleh komen. ak tak berani tanya lect aku, kang kena fail kelas tu baru tau. mungkin ada mungkin takda. mungkin ada tapi disorokkan sebab tabu. mungkin tak ada sebab zaman dulu takde internet so takde porn so takde rujukan.

hahahaha

Irwan said...

sex? ada jugak. cuma orang dulu-dulu, bila dah habis madu, tak ramai yang buang hampas. Diorang ada rasa bersalah jugak...

Sekarang ni, bukan jer hampas, malah si penyedut madu tu pun dibuang bersepah-sepah...

kahkahkah with a capital K

Irwan said...

budaya berkapel tu memang dah ada sejak zaman habil qabil lagi...cuma dewasa ini, ia semakin diterima sebagai norma dalam masyarakat Malaysia..Ini yang kita kata sebagai menular...

± said...

itu la...zaman dulu kapelhud maybe gah jugak cuma tak 'seular' sekarang...pandai buat,pandai tanggung.skang ni sume men pakai buang jek...dah tu sepah2kan anak merata tempat

Irwan said...

betulbetulbetul

mario said...

Salam bro...
begitu berterus terang ni...hehe memang dulu2 pun ada...mungkin byk...kita tak tau sbb dulu kurang org nak kaji mende2 ni...lagipun dulu2...muda2 dah bule kawin...sekrg kene tunggu bljr...kije...balas2 dulu jasa...pastu baru bole kawin... agaknyelah...

sorry...1st time singgh cni...

Nekmo said...

erm..a'ah..ada betulnyee.(mmg betul pun)..
Dulu..pernah la berazam tak nak kapel..
bertahan gak..pastu..hmm..couple gak..
tapi..xde pgg tgn..no dating...
sebenarnya..sy sendiri takut nak kapel..takut bila nafsu menguasai diri..takut hasutan syaitan membuahkan hasilnya..hmm..
harap2 sy bukan berubah ke arah hasutan syaitan...