Wednesday, August 25, 2010

Pendidikan Mercun



Setiap tahun, ada saja kejadian kemalangan akibat main mercun. Kalau dulu, kemalangannya agak Mcgyver, dengan kisah-kisah budak-budak bikin mercun sendiri. Sekarang, mercunnya tak dimodify, mercun katak jer...tapi sekali meletup..POW!!! Apa taknya. Sekarang kita main volume. Semuanya pasal kapitalisme. Nothing personal, k.

Serupa macam isu kronik buang bayi atau seks bebas, mungkin cara menangani masalah ini ialah dengan mengadakan Pendidikan Mercun di sekolah-sekolah. Kita tidak akan dapat menghalang sifat ingin tahu seorang kanak-kanak, jadi apa yang kita boleh buat ialah dengan memberi EDUCATION kepadanya. Hehehe...



Mereka perlu dididik dengan pengetahuan tentang cara-cara bermain mercun dengan betul. Kita akan buat silabes tentang jenis-jenis sumbu dan belerang, apa nak buat kalau terkena mercun atau first aid knowledge jika kawan-kawan kudung kaki atau jari. Mungkin, kita boleh buat satu Universiti pasal main mercun kat Malaysia ni.


Mangkuk ke apa? Main mercun tak sama dengan seks. Seks datang dari syurga. Mercun datang dari China. Orang tua yang buat taik, budak-budak yang kena jawab exam. Tak habis-habis nak indoktrinasi, walhal diorang yang tak reti nak buat kerja!

3 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kita pun ganas gak dulu..tak de la sampai cm tu

Irwan said...

dulu kita ganas, tapi beradab..sekarang ni, dah la ganas. kuang ajar pulak tu...

zaL_cdpx said...

ya allah !!! muka hancusss ~~~