Bila dah ada feature ni, takyah nak pakai 3rd party punya gadget |
1) Kalau boleh, ditunjukkan juga info IP address yang menge post setiap entry untuk blog kita tu. Ini kerana, kadangkala aku update blog aku ni dari CC. Jadi, senari unik visitor tu dah bercampur sekali dengan jumlah visit yang aku sendiri buat. Kalau dmenurut statistik untuk blog aku, 20% dari jumlah pageload untuk blog aku tu datangnya dari aku sendiri masa aku update dan promo entry-entry berkaitan di forum-forum. Aku lebih suka kalau jumlah unik visitor itu tak termasuk aku sekali. Aku harap, tab 'post' dalam 'stat' tu ada memaparkan IP address masa post itu dibuat. Dari situ aku boleh labelkan IP yang start dari 60.48.X.X.X itu adalah dari CC kat Seremban Jaya atau 201.3x.x.x itu adalah dari CC kat Ampangan. Dengan cara ini, aku boleh filter jumlah unik visitor untuk tunjukkan purely orang lain. Barulah data aku lebih solid.
2) Kalau boleh, ada graf yang menunjukkan jumlah pengunjung untuk setiap 30 min dalam sehari untuk setiap hari dalam seminggu, dan untuk setiap bulan dalam setahun. Ini untuk lebih memahami masa para pengunjung yang datang ke blog aku, supaya aku boleh pastikan aku dah update blog ni sebelum the next time returning visitor aku tu datang nak lepak-lepak, mengharapkan cerita baru. Cara ini akan membolehkan kita semua mengoptimakan penggunaan masa masing-masing di alam saiber.
3) Nak lagi gempak, aku boleh terus ping orang-orang yang sedang online dengan blog aku. Aku klik kat IP address orang yang sedang online dan chat direct dengan diorang.
Tu jelah kot. Semoga entry ini dibaca oleh mereka yang berkenaan
2 comments:
thanks for the link..
=)
no, bro. THANK YOU. Keep researching!
Post a Comment