Monday, October 18, 2010

Peguam yang skizo


Aku pun taktau kenapa aku jadi camni. Mungkin aku tak puashati dengan mamat tu. Mungkin masa dia tolak aku, dia membuatkan aku rasa kemaluan. Mungkin juga aku buat semua ni kerana aku tau, WanMalaysia boleh.

Aku mengekori rutin mamat yang pernah rampas awek aku tu selama dua minggu. AKu gunakan khidmat seorang penyiasat persendirian yang pernah terhutang budi denganku. Aku katakan padanya bahawa aku sedang siasat satu kes. Setelah semua data tentang tabiat, tempat kerja, kengkawan, tempat biasa melepak dan serba serbi mamat tu aku ketahui, sampailah masa untuk plan kedua.

Aku telah mengaturkan satu private party kononnya meraikan kemenangan kesku di sebuah hotel yang eksklusif. Biasalah golongan elit cam kami ni, kami suka menempah suite hotel dan berparti dan main judi. Aku mengajak mamat mangsa tu sekali melalui mutual friend yang aku selidik dari Facebook. Dan semuanya pun bermula.

Yang menariknya, semua orang dalam majlis tu tak mengenali semua orang. Aku jer yang dikenali oleh semua orang. Mamat mangsa ni pun dah tak ingat aku agaknya. Lagipun, mutual friend kami ni tadi memang pandai layan dia agar tidak bertembung atau berborak lama denganku. Kami semua mabuk dan ada juga yang berjudi dengan main chongtaiti atau poker. Aku tau mamat tu ada masalah judi. Dan melalui kawannya, aku pastikan agar mamat itu turut serta.


Judi punya judi, teruk mamat mangsa tu kena titik. Apa taknya, aku letak dua taik poker yang kes mereka pernah aku handle. Bila mamat tu dah nampak cam tak betul sebab asyik kena titik, kaki bakar kasi cabar dia lagi untuk satu lagi game poker yang last di mana dia boleh dapat balik semua yang telah dikalahkannya tadi. Judi punya judi, dia kalah lagi. Masa dia dah dikeluarkan dari meja judi, seorang lintah darat mendekatinya menawarkan pinjaman along. Seperti yang dijangka, mamat tu terima. Dia masuk balik join judi. Pun kalah. Kahkahkah. Setakat ni, plan berjalan lancar.

Malam semakin larut. Semua orang ada yang tak larat terus crash kat hotel tu. Ada juga yang balik dipapah naik teksi takut isteri mereka marah. Nampaknya sudah masa untuk plan seterusnya. Aku membuat satu panggilan dan tak lama kemudian, datang dua macha. Diorang mengangkat mamat tu turun ke parking basement ikut lif belakang. Bila mereka semua dah bla, aku call room service nak mintak selimut lebih. Dua minit berlalu sebelum pintu bilik diketuk dan ada budak room service menghantar selimut. Aku bukak pintu, ambik selimut dan pastikan budak hotel tu cam aku dengan memberinya tips sambil aku berpura-pura mabuk. Budak tu pun terus hilang mengantuk agaknya sebab aku bagi seratus.

Dua minggu berlalu dan semuanya aman damai. Kemudian polis pun mula bergerak setelah mendapat laporan dari bekas awek aku mengatakan kehilangan mamat tu. Apa yang berlaku padaku cumalah aku perlu hadir ke balai polis untuk beri keterangan. Akulah yang paling tidak disuspek sebab aku ada alibi dan aku juga seorang lawyer. Dan aku terlepas. Aku tak tau apa jadi dengan kes tu. Aku tak mau tau. Sebab aku dah tau.

Aku tau, mamat tu dah hanyut dalam sungai. Mayatnya telah dilupuskan dengan cuka getah dan asid hidroklorik yang kuat. Aku tau macha dua orang tu pulak dah mati konon-kononnya accident dilanggar lori membawa bahan kimia yang dicuri. Aku juga tau yang pemandu lori itu ada masih ada di Balakong. Barubaru ni, aku dapat tau siasatan kes itu mengarah kepada kes along, seperti yang dirancang olehku.

Dengan pengalaman yang sebegini, aku mula merangka rancanganku yang seterusnya. Bangsaku memang tipikal dengan emas. Tapi emas susah disimpan dan kenaikan harganya dipantau. Aku nak main hartanah. Tanah itu kotor tapi harganya sentiasa naik tanpa kawalan. Dan targetku: menjadi BILLIONAIRE by umur 45 tahun.

2 comments:

± said...

cepat sambung!

Irwan said...

mana ada sambungan lagi. dahabis dah. mati akal aku pikir cerita ni..aku nak buat cerita lain pulak lahhh