Thursday, November 25, 2010

Cerita Seorang skizo


Tatkala menatap wajah anak-anakku yang sedang tidur, aku teringat akan kisah hidupku. Tidak keterlaluan jika aku katakan, aku menanti saat menatap anak-anakku sebegini sejak aku kecil lagi. Ini kerana mak dan ayahku telah bercerai sejak aku berumur sebulan. Aku rasa, aku tak normal. Dan aku takmau anak-anakku jadi seperti aku.

setelah mak dan ayah bercerai, aku tinggal dengan mak. mak pula telah berkahwin dengan ayah tiriku semasa aku berumur 6 tahun. Pada awal perkahwinan mereka, aku dilayan juga oleh ayah tiriku. Namun setelah kelahiran adik-adik tiriku, aku mula disisihkan. Aku tak kisah sangat. Aku tak ambik pedulik pun. Sebab aku duduk dengan Wan.

Wan telah mencurahkan seluruh kasih sayangnya padaku. Tambahan pula, aku belajar pun pandai. Dan banyaklah cikgu zaman sekolah rendahku yang menganggap aku ni macam anak angkat mereka. Bahkan, mana-mana mak atau ayah yang mengenaliku, pasti akan terjatuh cinta padaku. Kerana aku ni sopan santun. Rajin pulak di dapur (sebab aku selalu menolong Wan).

Mak tersepit antara kasih seorang mak dengan ketaatan seorang isteri. Dapat lak ayah tiriku, semakin hari semakin benci denganku. Adik adik tiriku, semuanya putih-putih belaka. Aku ni ikut ayah aku yang berkulit gelap. Maka selalulah aku diejek dengan panggilan 'anak keling' oleh ayah tiriku, atau budak-budak kampung yang lain. Tapi aku tak pernah ambik kisah, walaupun kadangkala aku melihat air mata mengalir setiap kali mak mengusap rambutku.

ayah kandungku tinggal di bandar. Aku cuma jumpa dia masa cuti sekolah. AKu tak salahkan dia. Bahkan dalam hal ni, mungkin makku ada kena mengena kerana takutkan hak penjagaan ke atasku diambil alih oleh ayah. Kerana makku seorang kerani rendah dan belajar tahap SPM jer. Walhal ayahku seorang pengurus di sebuah kilang. Masa ke rumah ayah, aku rasa bosan walaupun aku dikelilingi oleh segala kemewahan yang tak pernah aku jumpa. Mak tiri aku pun supportive. Dia melayan aku macam melayan anaknya sendiri. Mungkin sebab dia bukan Melayu. Atau mungkin sebab dia ni berpendidikan tinggi, maka tindakannya agak matang. Bukannya bersifat over sensitif bak orang kampung yang berjawatan rendah macam mak atau ayah tiriku.

Macam aku cakap, aku ni belajar pandai. Zaman aku sekolah rendah,
aku selalu dapat nombor satu atau dua. Dan masa akhir tahun, sungguhpun aku dapat banyak hadiah, aku tak bahagia macam member-member aku yang tak dapat hadiah, tapi duduk dalam dewan sekolah dengan mak ayah diorang. Aku selalunya cuma berdiri di belakang dewan menantikan penyampaian hadiah yang seterusnya. Bila aku balik rumah pun, Wan aku bukannya paham apa pekdahnya dapat nombor satu. Atau hadiah berlambak berupa kotak pensil atau beg sekolah. Mak pun sibuk melayan kerenah adikberadik (yang masih kecil) dan ayah tiriku yang anti sosial. Jadi, nombor satu atau tidak, takde sapa yang tau. Pada makku, cukuplah dia tahu anaknya yang sorang ni, selalu dipuji oleh kawan-kawan sepejabatnya atau guru-guru (makbapak angkat aku).

Zaman sekolah menengah pun camtu. Cuma masa zaman sekolah menengah, aku mula terasa kekosongan tak berayah. Banyak perkara yang aku nak tanya, atau yang takleh aku kongsikan dengan mak, tak dapat aku sampaikan pada ayah. Sebab padaku masa tu, ayahku sporting dan memahami. Maka aku akan selalu ternanti-nanti saat cuti sekolah. Tapi bila sampai di rumah ayah, ayahku jarang ada di rumah sebab dia kerja kilang. Ada ajer meeting atau customer return atau dia pergi outstation. Bila dah dekat-dekat penghujung cuti, barulah menggelabah nak bawak pegi zoo lah, muzium lah, The Mall lah. AKu tak pernah berkesempatan nak berbual secara kualiti dengan beliau.

Semakin aku membesar, aku semakin menggila. Semenjak kematian Wan, aku dah macam hilang kawalan. Mak dah takleh nak kawal aku (sebab dia tak sampai hati nak marah aku kerana sejarah hidupku). Sedara mara pulak lagi la tak berani sebab aku ni belajar tinggi. Silap tegur, silap-silap aku boleh saiko diorang sampai buatkan mereka mempersoalkan kewujudan mereka sendiri. ayah tiri apatah lagi. Membesar tanpa kewujudan seorang ayah dalam sebuah rumah membuatkanku rasa macam aku sentiasa betul.  Pada masa ni, aku mula bengkek dengan ayah aku. Kononnya aku benci dia atas apa yang dia dah buat kat aku dan mak aku. Membiarkan kami hidup susah di kampung, sedangkan dia hidup kaya-raya di bandar. Ada sekali tu, ayah nak rasuah aku dengan keta Peugeot 406 (yang baru keluar masa tu) agar aku lepak dengan dia lepas SPM. Tapi aku tolak dan terus tak jenguk dia (walhal Hari Raya pun) selama bertahun-tahun. Aku rasa macam bagus. Aku rasa aku betul.

Kemudian masa U, aku ditekel oleh sorang awek tu. Sejak dengannya, barulah aku jadi terkawal. Kerana melalui dia, aku berlatih untuk menjadi seorang suami yang baik. Sungguhpun perangai aku cibai, aku tau mana betul mana salah. Walaupun mak dan ayah tak pernah ajar aku solat, aku tak tinggal solat, walaupun sesaat lepas solat tu aku akan buat maksiat. Aku berazam untuk mendirikan rumahtangga dengan awek tersebut. Tapi aku tau, mak aku anti dengan konsep awek-awek ni. Dapat pulak, dia belum merasa lagi 'pelaburannya' padaku, aku dah sibuk nak kahwin pulak. Jadi, untuk memudahkan masa depanku, aku kenalkan awekku dengan ayah dulu. Nak kenalkan dengan ayah bermakna, aku kenalah berbaik-baik dengannya semula. Aku belajar telan ego.

Bila part ayah dah setel, tibalah part adik beradik tiriku. Aku biasakan awekku pada mereka. Walaupun mereka agak skeptik pada awalnya, lama-lama mereka paham jugak kenapa aku boleh stay dengan awek yang ni (diorang skeptik sebab diorang tau aku ni playboy sebelum ni).

Maka tibalah giliran mak. Kesilapan aku ialah aku memperkenalkan mereka (mak dan awek) masa majlis graduasi U. Mak aku yang kekampung-kampungan, memandang sinis kepada awekku yang berambut bright blonde masa tu. Dan first impression itu, aku pasti, masih kekal hingga ke hari ini.

Aku mengambil masa 7 tahun untuk akhirnya berkahwin dengan awek tersebut. Masa yang lama itu, telah berlalu kerana cuba menyakinkan mak bahawa awek ini sukakan aku sebab aku dan bukan sebab pangkatku. Tambahan pula, mak aku suspek duit aku selalu habis sebab membelanja awek ini. Tekaan mak itu salah sebab mak sebenarnya mak terpengaruh dengan prejudismanya. Tapi aku tak pernah ambik hati dengan mak. Lagipun, aku kena mendalami ilmu rumahtangga dan ada sikit perkara yang nak kena alter dalam bahagian keluarga belah awek tadi.

Dipendekkan cerita, tibalah sampai saat isteriku nak melahirkan anak pertama kami. Aku plan nak gunakan kelahiran ini untuk memperbaiki hubungan antara mak dengan isteriku. Maka aku rancang agar isteriku akan berpantang di rumah mak.

Namun, dalam masa pantang tu, mak aku tak nampak satu kebaikan pun pada isteriku. Malah, tiap kali aku balik kerja, ada saja aduan rakyat yang disampaikan padaku olehnya. Isteri aku bangun lambatlah. Tak reti jaga budaklah. Makan memilihlah. Walhal kegiatan aku membasuh kain baju dan lampin baby pun dipersoalkan sebagai queen control. Yang mak tak tau ialah kerja rumah itu adalah terapi padaku yang skizo ni.

Trigger keskizoanku ialah ketika aku mahu mengambil barang-barang isteriku setelah tempoh pantang selesai. Malam tu, mak telah sound aku atas-bawah dan kebanyakan point dia hanyalah salah faham. Aku cuba nak menjernihkan keadaan dengan cuba menerangkan salah faham itu, namun mak kata aku backing isteri lebih pulak. Mak ada buat sesuatu pada malam tu yang buatkan aku skizo, tiap kali aku mengingatinya. Namun aku tak salahkan dia. Walaupun dia mak, dia hanyalah seorang wanita yang akan terikut-ikut dengan emonya.

Dan bila isteriku umumkan akan kedatangan anak yang kedua, perasaan keskizoan itu kembali lagi. Yang pasti, isteriku takmau berpantang di rumah makku lagi. Kalini, mentuaku akan tinggal di rumah kami. OK...

Mentua aku pulak dah dekat nak uzur. Maka, dia; yang sepatutnya membantu isteriku menjaga budak-budak, dah jadi kami pulak yang kena jaga dia. Dia kuat minum air teh susu dan susu selalu cepat habis. Bukannya aku berkira, tapi sebab dia ada kencing manis. Dah kami pulak yang nak kena pantau dia. Dan bila aku balik kerja, aku tengok isteriku yang buat kerja sedang dia bantai membuta. Aku pelik. Aku risau, sebenarnya. Adakah ini perumpamaan akan masa hadapanku? Aku tak layan perasaan bengkek itu melainkan terus membersihkan rumah atau membasuh baju sebagai terapi rutin disaat skizo dan berusaha mendiamkan bisikan bisikan setan dalam hatiku. Itulah dia...

Dan pada masa semua orang dah tido, secara senyap, aku akan menatap wajah anak-anakku. Macam sekarang. Dan aku terasa macam air mataku berlinangan. Aku rasa macam nak mintak ampun dengan mak dan ayah sebab kewujudanku. Aku rasa macam nak mintak maaf kat anak-anakku sebab berayahkan seorang yang tahapahapa macam aku ni. Aku rasa macam bersalah sebab tak selalu bawak diorang jumpa mak atau ayah aku. Sebab pertemuan itu hanya manis untuk 10-20 minit pertama. Lepas tu ia akan hambar. Kalau jumpa ayah, dia bukan pedulik sangat pun. Balik-balik tanya bila nak tukar keta. Balikbalik tanya apa projek sekarang. Bila jumpa mak pulak, mak mesti akan ada aduan rakyat pasal isteriku. Maka aku kurangkan frekuensi perjumpaan itu.

Aku takmau anak-anakku melalui apa yang aku lalui. Aku mau mereka membesar seperti kanak-kanak biasa. Aku mahu mereka normal. Tapi soleh dan solehah kawkaw.

7 comments:

± said...

hidup memang complicated. aku cuma nak cakap congrats utk mamat skizo ni sebab walaupun macam suxx je relationship dia ngan parents, sekrg2nya dia cuba buat yg terbaik utk wife n kids. hidup dia sebenarnya lebih beruntung dari hidup sesetengah org yg jauh lebih suxx

Anonymous said...

tabik springgggggg kat mamat skizo tu walaupun mungkin rekaan semata2...sbb cerite ni ingtkan aku pd sesuatu ngaaaaaa~

Ka-Ching said...

yaps...mamat skizo tu mmg buat aku ingt ttg mase lalu.
my skizos life!

Irwan said...

pepehal pun pekdah yang didapati dari cerita ni, semoga kita semua berusaha demi esok yang lebih ceria...untuk anak-anak kita..

Nekmo said...

skizo?
erm...subjek yg buat aku tertarik..dulu...dlm kelas..
aku selalu nk tahu sal skizo..
hmm.. and then..
aku join anak angkat program kos aku..
nak dijadikan cerita..
anak mak angkat aku tu..
pernah ada skizo..
berpuluh tahun da..
dia ingat apa yg dia buat...
tp..
dia tak sedar...ada halusinasi...
erm...
ini cerita ko buat ke?
actually...ni 1st time aku masuk blog ko..
and..teramat suka...salam

Julie Anne said...

peh rambut bright blonde tu..cayalah kak lin..hahaah

Irwan said...

Eh? Kak lin? Ini bukan cerita sebenar, lah! LOL