Tuesday, December 14, 2010

Pagi tu, dia minum jus jambu...

Tetiba kau terjaga pada malam tu. Belakang kau berpeluh. Kau rasa tak selesa. Tekak terasa kering pula. Kau menggaru belakang kepalamu. Kau menguap. Kau mengeliat.


Kau pun turun dari katil dan menuju ke dapur. Selamber jer keluar dari bilik dalam keadaan tak senonoh. Mata pun tak berapa nak bukak. Jalan pun dalam bentuk meraba tapi sebab kau dah biasa, ni rumah kau, kau dan tangan kau cam otomatik jer mencuit suiz nak bukak lampu ke dapur...

Kau terus jer ke peti ais. Dalam kemamaian, kau mencapai sebotol air jus jambu sejuk dari tempat bebotol. Tanpa memandang isiknya atau membaca bismillah, kau meneguk isinya, sepuaspuas hatikau, monyet. Mata pun takyah bukak. Best pulak jus ni. Dah 4 teguk besar, tapi kau sambung lagi dua. Ahhhhh...Puasnya.

Kau taruk balik botol, tutup fridge, buat u-turn dan berjalan balik ke bilik. Lampu dapur pun lupa nak off. Kau terus menyambung semula perjuangan sebab baru pukul 3.30 pagi.

.
.
.


Pelengkung! Bunyi jam loceng besi terjatuh akibat tergewai masa nak tutup bunyi loceng tadi. Kau tengokkan ajer jam loceng tu kat lantai. OK lagi kot. Dah berapa kali jatuh, dah. Kau menguap. Kau menggeliat. Kau bergerak manja-manja malas lantas mencapai towel dan ke bilik air.

.
.
.

Sekeluarnya kau dari bilik air, kau terus dengan plan yang dah kau buat masa mandi tadi. Kau gosok celah kasi kering dan selesa, pakai deodoran, pakai baju, sikat rambut dan jangan lupa sidai towel kat tempat yang betul. Kau terus ke dapur. Kepala hotak dah tune nak abiskan jus malam tadi.

Kau bukak fridge dan capai botol jus.


Bila mula nak minum, kau ushar jer botol jus tu. Kau ushar kandungannya. Kau hidu baunya dipangkal mulut botol. Kau sangsi. Kau mencapai segelas gelas dan mencurahkan lebihan jus ke dalam gelas.

Kau goncang-goncang gelas nak tengok ada apa-apa tak di sebalik kelemakan warna hijau air jambu batu tu. OK, jer?


Guk-Guk-Guk. Ahhhhhh.


Kau teguk jus tu sampai habis. Takde bismillah. Takde pikir apa-apa. Alhamdulillah pun takde.



Kau pun pegi keje.


Tamat.

13 comments:

Al said...

arrgggghhhh!!!!

saiko..

~* chirpy_chummy *~ said...

ok.. bc bismillah, jgn lupa. tu kan? motifnye? kee..ade len? skizo lg ke?

dya adriza said...

heh! adehh la x kan habis kot. sambung la cepat huhu

Dark Half said...

chummy,ni bukan blog payabesarpedas la...hahaha
motifnya,jus jambu batu bagus utk melawaskan perut di pagi hari. tamat.

Irwan said...

dark, jawapan kau dah hampir..sebenarnya:

jus jambu batu bagus untuk wanita period, selain kerang dan lauk paru lembu...bagus untuk pembinaan sel hemoglobin...

kalau tak kang, period jer migrain. period jer badmood..

Ka-Ching said...
This comment has been removed by the author.
Ka-Ching said...

**aku baru rau fakta ni.

sori aku delete komen sblm ni sbb br perasan aku typo kaw2

Irwan said...

takper. typo akan diprasangka baik kan

Ka-Ching said...

tgk la tu ade gak typo adesss

Dark Half said...

tapi scuba, aku penah baca 1 email yg mengatakan paru lembu bagus utk pembinaan sel hemoglobin adalah dakyah yahudi.tu pasal rasulullah tak menjawap soalan para sahabat bila ditanya tentang hukum memakan organ dalaman sebab ia sesuatu yg halal tapi tidak digalakkan.wallahualam.tolong betolkan kalau aku misinterpret

kang ada pulak yg kutuk aku penganut the arrivals..kahkahkah

Ka-Ching said...

weh dark ade ape dgn the arrivals?
sile terangkn aku yg kegelapan ni..
(jgn suruh aku pg tgk plak sbb tenet aku kesipotan)

Al said...

hakhakhak
xperlu tau pon psl the arrival
hny dakyah semate-mate

Dark Half said...

tak payah amik tau pun ka-ching,nanti bila kau tau kau nak terkencing XD