Wednesday, December 29, 2010

Semalam Yang Skizo



"Wan, takleh camni, ni Wan" kataku padaku. Aku meniarap. Jemariku terus ke laptop. Aku tak mau kehilangannya kalini...Err...Kat mana kita tadi?


"Apa yang takleh?" tanyaku memaksanya bercerita dengan lebih lanjut.


"Kau takleh macam niii yo" jawabku kembali.


"Camni, camno?" tanyaku main kejarkejar.


"Menyarap asyik leko ngadap laptoppp yo" kataku straight to the bottom of my heart.

Aku akui. Sejak kebelakangan ini, aku agak abnormal dalam mengadap laptop. Akibatnya otakku sempit. Umpama asyik dengar lagu dari CD yang sama macam Prodigy Fat of the Land atau Alunan Istighfar by Muniz Hijaz. Aku kena bebas. Aku kena dengar radio.

Tapi bila mendengar radio pulak aku suka surf-surf the channel. Tak penah lekang dalam satu siaran. Paling lama pun dalam mixFm sebab aku rasa cam dah tua-tua sikit. Aku suka dengan IKIM ikut time. Sebab banyak sangat berbincangnya. Dan sekarang ni bau-bau ke sell-out an dah mula kedengaran. Pada akuu laaa..


"Asyik bona dalam pomikiran kau. Sibuk dalam urusan yang tak mondatang an pa e dah. Dah tu bocakap bondo yang kau tak buek. Bodosor, tu Wan" tampar aku kepada diriku. Aku menahan damar di muka.

Sebaik manapun aku gunakan alasan untuk menghalalkan apa yang aku lakukan, aku tau. Akulah saksi utama akan kemunafikanku. Aku tak boleh lari ke mana. Mana lagi jika semuanya Dia.

Dia.

Dia Yang Maha Pengampun.

Aku telah tersasar, aku akui, Ya Tuhan.

Dan aku harap. Aku benar-benar harap;



Kau Ampunkan




Macam biasa.



;-I

2 comments:

Dark Half said...

mungkin aku pun patut praktik keskizoan yg sama ~ provoke diri sendiri, baru rasa nyesal kot

Irwan said...

mencela diri tu memang antara sifat rahsia para sahabat...(menurut apa yang aku faham laaa)..tapi diorang tak bagitau sesapa cam aku yang jobo ni