Tuesday, December 28, 2010

Tidor yang skizo

Jangan buat camni waktu bekerja
Aku ialah tidur. Ye. Masa korang kecik, aku ni adalah teman setia engkorang. Jaga dua-tiga minit, tido. Bangun seploh minit, isap nenen, pastu tido balik. Hubungan kita tak dapat dipisahkan. Bahkan, ibubapa korang akan buat apa saja untuk memastikan engkorang dapat aku setiap malam. Mereka akan bawak kau kelinik kalau kau tak tidor. Ataupun buatkan mereka tak tidor.

Bila korang meningkat kanak-kanak, aku mula korang pinggirkan. Aku hanya dapat bersama korang setelah dipaksa. Kena padam lampu, tutup TV baru nak tidor. Sebab korang semua dalam mode exploring. Siang malam nak main. Yang korang tak tau ialah masa korang dengan aku itu amat penting. Korang kena dapatkan aku yang secukupnya demi memastikan neuron yang terbina masa belajar kat sekolah tu adalah neuron yang sihat. Dan neuron tu dibina masa korang tidurlah. Sebab tu budak-budak diajar agar tidur awal. Supaya mereka bangun awal dan segar untuk ke sekolah.

Aku paling benci masa melalui zaman remaja korang. Sebab masa ni, korang semua  macam tak reti-reti nak tido. Lagi hari dah malam, lagi ligat aktiviti kokurikularnya. Tidur hanya menarik bila korang ada teman nak bersenggama. Bahkan yang melayan fantasi ajer yang suka tidur awal-awal baya-baya korang ni. Yang lain, kalau tak dipengsankan oleh keletihan, korang hanya akan tidur setelah memaksa diri. Macam bila ada exam esok hari atau ada apa-apa yang penting di waktu pagi. Aku pun ada hak juga, maka korang telah mencabuli hak aku berkali-kali masa korang remaja.

Bila dah berumahtangga, aku ni bagaikan satu kewajipan. Sebab utama ialah besok kena pergi kerja. Sebab umum yang kedua ialah aku lebih mudah hadir setelah keluarnya cik amani. Dan aku pada masa ini lebih kualiti. Kalau masa remaja, aku dilakukan di mana saja, tak kira tempat atau suasana. Tapi bila korang dah berkahwin, korang mementing bilik aku agar ada suasana, ambience dan mood.

Semakin korang tua, aku semakin terganggu. Tengah-tengah malam, aku dikacau oleh pundi yang penuhlah, atau otot rektum yang dah tak berdaya nak menahan tekanan dari isi colon. Akibatnya, korang yang tua yang dah terjaga, terus tak tidur sehinggalah waktu pagi. Aku tak kisah sangat dengan korang sebab kengkadang korang mengisi masa itu dengan solat atau amalan-amalan yang elok.

Jadi, jangan ambik mudah akan aku. Aku juga makhluk. Aku ada hak. Dan hak aku ialah sekurang-kurangnya 4 jam sehari. Ada juga yang kata sunat meng-aku di waktu tengahari barang seploh minit dua. Apa-apa pun, kekurangan aku amatlah bahaya kepada mereka yang akan memandu jejauh macam abang driver bas atau lori atau kapal terbang. Jadi, jagalah kami, demi kesihatan kamu sendiri.

4 comments:

encik nafas said...

yeke? aku encik nafas. selamat bertemu.

Irwan said...

fuhh?...ni yang lari timing jantung aku berdenyut, ni...

Ka-Ching said...

uhh....jgn jadi mcm adik aku dah le asal letak je kepala "zZzZzZz..."

± said...

semenjak dua menjak ni aku selalu mengamalkan 'alternate sleep'
kalau mlm ni aku berjaga smpai siang, besok mlm aku tdo awal.agak2 bleh efek jantung x?

time hari yg berjaga malam tu, kat tempat keje rasa cam stoned jer...sedar2 dah masuk zohor