Thursday, November 18, 2010

Mak yang Skizo

Bukan keluarga makcik Ramlah
Nama makcik ialah Ramlah. Makcik ada 7 orang anak. 4 lelaki, 3 perempuan. Dan kami semua duduk serumah. Setiap orang dah pakcik kau buatkan bilik sorang satu. Kononnya nak kasi privacy dan keselesaan pada anak-anak. Anak-anak makcik ni semua belajar tinggi-tinggi. Semua tahap degree. Masa diorang kecik-kecik, boleh gak lah makcik chong diorang kalau diorang tanya tanya soalan metafizik atau bionuklear. Tapi semakin diorang meningkat dewasa, makcik mula terasa bila mereka mula tunjuk pandai dengan makcik.


Anak-anak makcik kalau part MENJAWAB...cam soalan kuiz jer, dibuatnya

Diorang ni, memang dok asrama dari kecik. Lepas UPSR jer, makcik akan pastikan mereka masuk MRSM atau pun sekolah berasarama penuh. Bagi diorang expose dengan suasana kompetitif. Supaya datang semangat mereka belajar. Dan bila musim Raya, barulah terasa keindahan Raya tu bila semuanya balik beraya bersama-sama. Cuma makcik tak berapa suka part menghantar mereka kembali ke asrama semula selepas Raya tu...

Tapi harini makcik bukan nak cerita pasal Raya. Makcik nak kongsi kepelikan makcik dengan anak-anak makcik yang terpelajar belaka semua ni. Diorang ni tak bercampur dengan orang ke? Bila makcik tengok blog semasing, follower sampai beribu-ribu...Tapi bila kat rumah, pantang tersenggol sikit jer, bergaduh. Tersalah cakap sikit jer, bermasam muka. Makcik pulak yang naik runsing tengok ragam anak-anak makcik ni.

Setakat air kosong, kat rumah pun ader, ngah ooiiii...

Satu lagi kebencian makcik ialah diorang ni bila balik rumah, sukanya tidur lewat. Yang bejantannya bantai memekak main gitar kat porch tu. Yang pompuannya pulak dok beketinyah atas katil kat bilik makcik. dahlah makcik nak buat kira-kira bulanan pun tak senang nak melayan cerita-cerita mereka dari asrama. Dahla membuta lambat. Bangun pagi pun, sure lah lambat.


Dinosor dah bangun, dah keluar cari makan, dah balik dah pun. Siap dah nak minum petang, barulah anak-anak makcik ni bangun. Yang pompuan, setakat bangun pagi, tolong makcik buat breakfast, lepas tu sambung membuta balik. Yang lelaki pulak, jangan haraplah nak tengok batang hidung sebelum pukul 9 pagi. Semua pakat bangun 12 ke atas jer. Tak pening kepala hotak diorang ni agaknya tido lamalama?



Rumah besar, anak ramai. Tapi tetap sunyi...
Lagi satu ialah sekarang ni, dorang semua dah habis belajar. Dah bekerja. Semuanya dah ada kat rumah pukul 8 malam. Tapi bila makcik baru balik dari rumah nenek mereka (makcik akan terus ke sana sebab nenek kau tu dah uzur, kena tolong adik makcik uruskan dia tiap-tiap hari), kat rumah macam takde orang jer. Langsir tak bertutup. Kengkadang sampai tingkap pun masih terdedah lagi. Semua pakat dok dalam bilik semasing jer. Kenapalah anak-anak makcik ni tak macam anak orang lain. makcik tengok, anak orang lain tu, elok budi bahasa. Time Maghrb pegi solat berjemaah. Time pagi atau petang, bangun awal sapu rumah atau kemas laman ke apa yang patut.

Walaupun kenalan makcik sering memuji makcik sebab dapat anak-anak yang berjaya, namun dalam hati hanya tuhan ajer yang tahu. Hanya tuhan ajer yang tau betapa pemalasnya anak-anak aku...

Ya Allah, Kau sajalah yang dapat mengubah mereka. Ubahlah mereka agar mereka menjadi orang baik-baik dan soleh.

10 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

urm..rasanya ni bkn masalah makcik tu sowg kot..ramai ibu2 kt mesia ni camni.(kot) n myb gak aku cam terkena batang idung snirik bila bc ni.huhu sbb ape ek? ntah la..myb sbb gaya hidup asrama tu snirik. dlu, dok hostel, tdo mmg kol 2 pg(especially tym kt uni)..jadual hidup hostel d bawa smp ke rumah. bila kt umah,da susah nk ejaz.sbb da hidup lama d luar rumah..tp ape pun, anak2 kn pndai jg hati ibu tu la gak. xkn nk membutaaa je kje..kalu da siap smua kje,membuta la - xpe kot..ngehngeh

Dark Half said...

bertuah pe makcik ramelah. walaupun anak2 pemalas kat umah at least dorg x malas blajar,masing2 berjaya.kalau pemalas lg bodoh, baru makcik ramelah kena betol2 risau

deatH_luVer said...

pergh..
kesian makcik ramlah...

kadang-kadang biar anak kurang pandai..tapi menyenangkan hati perot mak...

dari..

anak-anak yang cerdik pandai tapi menyusahkan hati mak bapak...

~* chirpy_chummy *~ said...

urm..setuju gak kate DH.. asal anak2 x menconteng arang pn xpe la..n at least, ank2 x lupakan famili dan paling penting, anak2 tetap beriman. kalu pndai, tp mcm kacang lupakan kulit, itu lg sakit hati..

deatH_luVer pn btol gak. ape pun, bersyukur la, sbb anak2 mkcik ramlah xde bt jenayah ke ape.. ape pun,balik pd anak2 tu snirik. kn pndai pk ttg org sekeliling, tambah2 ibu bapa snirik.
jgn la bt rumah tu mcm rumah sewa/hostel plak.. smua nk kn mak bt..mmg la x berhati perut sungguh!

ateyn said...

sian mak cik ramlah!

Ka-Ching PreLoved said...

makcik ramlah...sy simpati kat makcik..
kalau makcik bosan jom ar lepak ngn sy leh gosip2 har har har

Irwan said...

Artikel ini merupakan senario biasa kepada ibu yang beranak kan uni grad. Nanti aku buat senario budak Dip, budak master, budak vokay, pendek kata, macamacam adaaaarrr....

semua ni daam siri akuskizo. hepi reeding

Ka-Ching PreLoved said...

ade satu cerite psl seorang "ibu" yg sy nk share tapi gaye penulisan sy sgt teruk haha

Irwan said...

"ibu"? ibu ayam ke? ke ibu duit?

afeb pilah said...

*terasa*