Monday, November 22, 2010

Suami Skizo


Malam tu, semua orang dah tido. Abu masih lagi melayan matanya di awang-awangan. Abu dan bininya dalam bilik tidur mereka. Tibatiba, henpon bininya berbunyi. Ada mesej. Abu mengambil henpon itu.

"Kenapa tak jawab msg I? Marah lagi ke? Lenkali I tak nakal lagi"

Dalam kemamaiannya, Abu menyusupkan kembali henpon ke bawah bantal. Namun kepala hotaknya berjalan. Petang tadi memang ada beberapa mesej yang bininya nampak macam reluctant nak jawab sebab dia ada kat depan. Abu menyeluk tangan kanannya ke bawah bantal mencari henpon bininya tadi.

Dia terus membuka inbox mesej. Dia browse ke bawah time tengahari tadi masa mesej pertama tadi sampai. Pukul 1.03tengahari ada satu mesej dari nombor yang sama:


"Hi, Mira. Ingat kat I lagi tak? I Rindukan bau U"

Berderau darah Abu. Dia terus terduduk. Dia baca balik mesej tu. Kemudian dia browse lagi ke semalam, kelmarin dan haritu tengoktengok kalau ada mesej dari nombor yang sama. Dia bukak archive folder. Takde. Abu merilekkan denyutan jantungnya. Dalam kepalanya, dia risaukan kalau yang hantar mesej itu ialah dia...

Abu tak jumpa apa-apa. Dia rilek jap. Tapi dia masih terasa ketidak puashatiannya. Dia bukak sentbox henpon bininya tu pula. Dasss! Ada sebijik mesej dihantar pada 1.03 tengahari ke nombor itu. Abu membuka mesej itu.

"Hubby I ada kat depan tadi. So, kat mana kita tadi?"

Berderau darah Abu sekali lagi sebab terbaca mesej itu sambil terbayang memek muka Mira, masa Mira kantoi menduakan Abu masa diorang kapelkapel dulu..

Abu akui, dia semakin sibuk dua tiga menjak ni. Maklumlah, baru kali kedua kompeninya handle kontrak kerajaan. Kenalah korban masa sikit nak memastikan vietnam dan indon tu sumer buat kerja seperti yang sepatutnya. Jadi Abu semakin selalu balik lambat, kurang masa nak layan kerenah Mira yang memang dibesarkan dalam keluarga yang memanjakannya

Abu takleh tido. Dia pun taknak paranoid. Tapi mesejmesej celaka ini menggalakkan dia menjadi curiga. Dia beralih dan duduk di tepi katil. Mira bini Abu yang tadinya parking dalam pelukan Abu, menarik selimut dan mengalihkan badannya membelakangi Abu pulak tu. Abu makin gila. Dia bangun dan turun ke tingkat bawah. Abu masih menggenggam henpon bininya.

Di sofa, Abu bukak log dalam henpon tu. Dia nak tengok sumer call in, call out, mesej, walhal iklan dari service provider sekalipun. Kemudian dia mengecheck setiap isik dalam inbox. Takde bukti yang menunjukkan bininya dan mamat tu pernah berinteraksi sebelum ini. Abu mula membacking bininya. Tapi setan merewiindkan peristiwa pada malam Abu mengantoikan aweknya itu, 7 tahun dulu...


"Betul, sumpah, Bu. I takde buat benda tak senonoh dengan dia" kata Mira sambil menangis. Abu bercekak pinggang membelakanginya.


"Ahh!!..Abis tu, kenapa bau U lain?" bentak Abu. Mira menguatkan tangisan penafiannya. Nampak cam satu episod penting dalam cerita cinta Melayu la pulak. Ni cerita apa, ni?

Abu menggelengkan kepalanya cuba menghalau flashback yang penuh emosi itu. Keikhlasannya memaafkan kecurangan Mira yang lalu mula dipersoalkan. Dia masih menggodam sentbox henpon Mira pulak.

Dass! Satu lagi mesej pada 430petang dari bininya kepada mamat tu:

"Jauhla. U la datang sini"

Berderau darah Abu sekali lagi. Mau dapat heart attack ni dah sampai tiga kali berderauderau dalam satu artikel camni. Dia takleh percaya mesej camtu ditulis oleh bini yang telah dikahwininya sejak 4 tahun yang lalu. Sebab bahasa I-U, I-U ni mereka dah tinggalkan sejak bertunang. I-U, I-U ni masa diorang berkapel dulu, jer. Jadi, kalau betul bininya yang tulis mesej tu, maka bininya itu sedang kapelkapel dengan mamat tu. Abu mula termakan racun setan. Abu takleh tahan. Dia ke dapur. Dia ushar parang. Mata Abu terpandang pisau. Lalu Abu membuka peti ais dan mengeluarkan secawan nescafe lebihan minum sebelum tidur tadi. Abu meneguk minuman sejuk itu hingga habis. Dia meletakkan mug ke sink. Lepas basuh tangan, Abu terpandang pulak pisau potong daging yang kelihatan memancar dan bercahaya pada ketika itu. Abu baru nak capai pisau tu, tibatiba henpon bininya berbunyi sekali lagi. Mamat ni tak tido ke hantar mesej kat bini orang malam-malam?

"I takleh tido la. I teringatkan bau U pada malam tu"

Berderau darah Abu sekali lagi. Dia mula terasa senak di ulu hatinya. Sama ada mamat yang hantar mesej tu saiko, atau Abu yang tengah saiko, Abu menekan butang dan menalipon nombor penghantar mesej itu. Lagu fengtau kedengaran sebagai caller ringtone mamat tu. Abu rasa makin cam cibai. Mamat yang mencurangkan Mira pada masa dulu tu pun kaki fengtau jugak. Ahhhh...Diam kejap boleh tak? Aku nak cakap dalam phone, ni, kata Abu sensorang.

Tak berangakat. Mungkin mamat tu waswas. Takper. Abu bagi mesej:

"U datang la sekarang. Hubby I keluar lah malam ni"


Abu menanti reply mesejnya. Tak sampai seminit, mesej yang ditunggu pun tiba.

"OK. Lagi 20 minit I sampai"


Dada Abu berdebar-debar. Tapi dia nekad. Lelaki Dayus ajer yang membiarkan bininya diganggu lelaki lain tanpa berbuat apa-apa. Lelaki bacul ajer yang membiarkan bininya kembali kepada kekasih lama. Abu tak pedulik apa nak jadi. Dia pergi ke dapur dan mencapai pisau pemotong daging tadi. Kemudian dia bersembunyi di depan gate rumahnya di celahan semak. Abu menunggu.

bersambung...hehehe

8 comments:

Ka-Ching PreLoved said...

cis buat saspen n mengskizokan den huh....
bile nk sambungnye?

Irwan said...

ntah lah. tengok mood la..hehehe...patutnya tulis sampai habis semalam tapi myra bangun pulak. Yakcuk. Terpaksalah bersambung..

Ka-Ching PreLoved said...

yakcuk weee~ rajinnye la hai bapak mithali hahahaha.
xsabau nk tau wat hepen neks.

~* chirpy_chummy *~ said...

isk..bikin saspen..

ekin said...

lol . .asl brsmbong . .

huu . .ptong je tga kusyuk td ..

hahahaha

Dark Half said...

sabar ye kawan2, jangan skizo. kang tak pasal2 scuba menjadi korban. aku ingat supernatural jer ada sambung2

Irwan said...

agak kasar lawak mu, hai sebelah gelap...baiklah, aku sambung harini...

Dark Half said...

adehh...kau terasa ke? hehe..aku terpengaruh je ngan watak suami yg skizo tu.baran la katakan.. tapi entry bersambung2 ni best bro, kasi saspens sket. secara tak langsung menjana autoblogwalking, takyah pakai warez yg dasat2 tu dah