Thursday, January 6, 2011

Aku dan Stokin (Menangis untuk Kucing)



Petang tu aku memang berhangin. Bukan hangin sikit. Hangin taufan punya. Adalah masalah sikit kat kilang tempat kerja. Dan nampaknya, kecibaian itu mengekoriku pulang ke rumah.

Di rumah, kekucing yang mendiami rumahku menyambutku seperti biasa. Si ibu: Putih, mengiau-ngiau manja di tepi grill depan. Dia tahu camana nak layan aku. Well, aku tau dia cuma nakkan Friskiesnya untuk hari ini. Aku tak nampak kelibat anak-anaknya: Si Hitam dan si Stokin. Biaser bila dengar bunyi keta, diorang yang berlari balik rumah macam mengejar tikus. Sampai susah aku ngelakkan mereka masa nak masukkan keta. Ahh..Gasaklah. Aku pun malas nak layan Putih petang ni. Aku cuma nak masuk, bersihkan badan dan layan kepala main gitar.

Aku mengambil barang-barang yang patut keluar dari keretaku untuk dibawa masuk ke dalam. Ada beg laptop, beg fail dan pelbagai plastik tapauan makanan buat stok sampai malam nantik. Aku dah malas nak keluar lagi dah. Malam ni aku nak melepak.

Dalam kelam kabut mengimbangi beg dan plastik di tangan, aku cuba mencari kunci rumah dalam poket kananku. Argh!! Terlepas pulak beg plastik berisi nasi minyak hujan panas dan daging kurma. Sibbaik tak berderai nasik tu tumpah. Aku biarkan saja dan terus menggali kocekku mencari kunci. Jumpa. Aku jolok kunci tu ke dalam lubang gril dan membuka gril untuk buka pintu depan pulak. Sedang aku terkial-kial nak menjolokkan kunci ke dalam lubang pintu sliding tu, kedengaran bunyi plastik di belakangku. Aku toleh. Laaa...Si Hitam dan Si Stokin tengah menghidu-hidu nasi minyakku. Aku mengacah-acah mereka dengan lisanku. Mereka masih tak berganjak...

Setelah pintu sliding kubuka, aku menghalau mereka berdua. Bertempiaran dua ekor kucing remaja yang hyper-active tu menyelamatkan diri. Aku mengutip plastik berisi nasi yang terjatuh itu. Masa aku nak melangkah masuk dalam rumah, masa tu jugaklah si Stokin dan Hitam berlari nak masuk dalam jugak, hingga aku terpijak ekor salah seekor dari mereka dan hampir terjatuh. Kaki aku tersadung kat railing pintu sliding tu dan haduiihhh...denyutannya, tuhan ajer yang tahu. Kehanginanku kembali membara. Aku tenung perangai si Stokin dan Hitam yang dok main nyorok-nyorok bawah meja makan. Takleh jadi, ni. Nak kena ajar disiplin, ni...

Aku rapatkan pintu sliding dan mengejar dua ekor kucing itu. Mereka yang menyangka aku bergurau macam kebiasaan, mendekati aku. Si Stokin aku tangkap dan dia meronta-ronta manja nak melepaskan diri. Kerontaannya menaikkan hanginku dan aku telah terbaran.

Aku genggam Si Stokin kuat-kuat hampir kucing tu menjerit dalam kesakitan. Kemudian aku lempar dia ke dinding sekuat hatiku. Dulu masa kat kampung, aku selalu buat camtu kat ayam celaka yang masuk ke dalam rumah. Ada mangsa yang cedera. Ramai juga ayam jadi togel setelah sembuh dari luka mereka.

Tapi melempar kucing, walhal si Stokin yang menjadi kegemaran housemate aku yang lain tu, adalah pertama kali padaku pada petang itu. Apatah lagi melemparkannya ke dinding sekuat hati macam tu.

Si Stokin cuba melarikan diri dalam keadaan terhencot-hencot ke luar rumah setelah dibaling. Tapi dia terhantuk ke cermin sebab pintu cermin sliding tu aku rapatkan. Dia mencari-cari jalan keluar dalam kesakitannya. Si Hitam bersembunyi di bawah meja. Aku yang masih berasap dalam api setanku, tak mempedulikan apa yang berlaku pada si Stokin. Aku cuma mengemaskan barang-barang ke dapur dalam kehanginanku.

Bila aku dah surut sikit, aku ke depan mencari si Stokin. Aku tengok, dia dah pengsan kat sudut tersembunyi kat pintu depan. Aku angkat dia dengan perlahan. Dia membuka matanya perlahan dan mengiau lemah. Hatiku dipenuhi dengan perasaan kesian dan menyesal. Aku bawa Si Stokin ke meja dapur.

Dari pengamatanku, aku rasa si Stokin telah patah tulang belakangnya. Haduss. Dan aku kira, ajalnya dah dekat. Bara api hanginku masih menjustifikasikan perbuatan sialku ke atas makhluk yang tak berakal itu. Aku salahkan si Stokin sebab bergurau senda kat pintu masa aku nak lalu. Si Stokin cuma terdiam menahan kesakitannya sambil mengiau-ngiau lemah sekali-sekala. Aku taruk dalam kotak khas dan berikan dia sedikit ikan kembung rebus sebagai menebus kesalahanku padanya. Nantik dah mati, aku tanam, itu plan aku.


Besok lepas keja, aku ushar keadaan si Stokin kat dalam bilik stor. Dia masih dalam keadaan sama. Masih hidup. Tapi dia tak mengusik makanan yang aku berikan. Aku mula rasa bersalah. Aku terpikir nak bawak dia ke klinik, tapi aku takut didakwa sebab mendera anak kucing. Aku pikir, aku akan jaga Si Stokin sampai dia mati.

Pada hari ketiga, baru aku perasan si Stokin dah ada luka. Itupun sebab aku perasan ada garisan berdarah dari kotak si Stokin menuju ke arah pintu bilik stor (Stokin nak keluar agaknya). Si Stokin takboleh berjalan. Sudah pasti dia mengheret dirinya untuk gerakan ini. Perasaan jijik mula bermain di kepalaku. Setan meracunku agar mencampakkan ajer si Stokin kat mana-mana. Aku lawan dengan alasan bahawa aku mesti bertanggungjawab ke atas kesalahanku. Dia hanyalah kucing. Aku yang sebagai manusia yang berakal ni yang sepatutnya mengawal diriku. Bukan dia. Lagipun, si Stokin dan Si Hitam maish budakbudak dan budakbudak memang biasa la lasak...

Seminggu jugak aku dok merawat si Stokin dan semakin hari, keadaan si Stokin semakin lemah. Aku taruk minyak gamat kat lukanya tapi lukanya hanya semakin besar. Dan menarik perhatian semut-semut merah. Hinggakan aku terpaksa mengalihkan kotak si Stokin ke luar rumah, tak mahu semut yang bergelumang dalam darah tu merayau-rayau merata-rata.

Dan setiap kali aku merawat si Stokin, tah kenapa air mata penyesalan berlinang dalam kelopak mataku. Dan setiap kali mendengar iauan Stokin yang lemah, aku berjanji pada diriku agar berusaha menguruskan baran aku ni yang semakin menjadi-jadi sejak aku mula bekerja ni. Aku takleh camni. Bahaya kalau orang sebaran aku ni beranak nantik...

Dan pada hari terakhir, aku tak jumpa mayat si Stokin. Yang ada cumalah garis darahnya menuju ke arah halaman rumah yang bertanah. Sekali lagi setan bersuara syukur dek ketiadaaan si Stokin. Tapi air mataku mengalir.

Aku biarkan diriku menangis kerana seekor kucing pada hari itu.

...dan setiap kali aku teringatkan si Stokin.
Macam hari ini...

13 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

hukhuk.. T_T sedihnye entry ni.. *nanges laju2*

Irwan said...

kisah benar nih...(cubaan entry emo)

Anonymous said...

siapa yg buat kucing tu macamttu

Anonymous said...

bongok betul

± said...

marah btol cik anon, mesti ko nanges kan baca entry emo ni kan?hahahh

tu pasal aku cakap emo itu indahhh

Al said...

ak pon trut sedih..huhu

kejam skali!!!


p/s:ak tlh buruk sangke thdp komen dark.
mgkn ak misinterpret sbb ak refer kps cite ni..haha

Irwan said...

akulah yang buat kucing tu camtu...

ye cik anon...aku bongok. Memang bongok.

Tapi aku nangis bukan kerana melihat kesakitannya..

Aku nangis sebab takut Allah buat camtu kat aku...

Haduiiii

± said...

xpe la ko dah nyesal, scuba
biasanya stokin ade sepasang, ko jaga la yg sblah lg elok2

last2 mmg x jumpe ke mayat dia?

Ziera Suka Kucing said...

Bapak sedey..... T_______T

Jumpa ke x kucing tu..?

Lain kali passing la kt aku, biar aku jaga.. T_______T(xhabis sedey lagi ni)

Irwan said...

mayat tak jumpa...tu yang ada unsur cinematografi di situ...

Ziera Suka Kucing said...

Pastikah stokin telah henshin menjadi mayat?

. said...

Aku genggam Si Stokin kuat-kuat hampir kucing tu menjerit dalam kesakitan. Kemudian aku lempar dia ke dinding sekuat hatiku




.......
KO
JAHAT!

T__T

Irwan said...

Niz: aku tau. Itulah kelemahanku. BARAN


Ziera: Aku pasti dia dah mati sebab last time aku tengok dia, dia dah nazak dah...ishhhh

(masih teringat iaunnya ketika malam terakhir..aku terpaksa isap dadah nak melupakan kesedihan dalam diriku pada masa tu...sampai camtu sekali...la)

dah la...aku nak off kan comment kat sini...tak sanggup lagi aku diingatkan pada stokin...