Hai. Nama saya Abu. Saya tak rasa sessi terapi sebegini dapat mengubah apa-apa tapi sebab saya perlu habiskan 80 jam kredit terapi kelas sebagai hukuman sampingan akibat kesalahan jenayah yang telah saya lakukan, saya akan cuba jugaklah layan kepala engkorang. Ye. Saya tertangkap. Dan ye. Saya seorang penagih.
Mandailing Natal |
Kalau ada member, saya pelawa jugak sekali sekala. Tapi bukan semua orang saya pelawa. Yang layan benda yang sama dan yang satu kepala jer. Sebab kalau dia tak satu kepala, susah gak. Sebab saya layan benda ni nak kasi kreatif. Bila dah kreatif, barulah saya akan berkarya. Ada kengkawan saya layan dengan main gitar. Ramai jugak yang bantai membuta lepas kena baru sedas. Tapi cakap cam power. Baru, dua senduk besar...
Selepas U, penagihan saya dengan benda ni naik dengan stabil. Secara rutin selama dekat dua tahun jugaklah, saya akan ambiknya sekali dengan breakfast, lunch dan dinner. Sampailah ia menjadi habit. Tak kena, tak sah. Dapat lak lepas makan pedas. Dahlah rumah dekat dengan tempat kerja. Semua main tapau layan kat rumah jer.
Saya kantoi masa dekat nak raya. Member saya dah sound dah, tempat tu dah kena ushar kat Mazidul999, tapi tahapa bangangnya tetap jugak pergi angkat benda tu kat tokan mamak kita ni tadi. Siangsiang buta laktu. Memang tak cover. Tahlah. Kengkadang ketagihan tu membuatkan kita jadi bangang. Dahlah dekatdekat nak raya banyak keja nak kena buat. Jadi kita perlukan lebih sikit ubat kuat.
Namun, Alhamdulillah, saya masih bernasib baik tak kena kencing manis cam kengkawan saya yang lain. Atau potong-potong macam kengkawan yang selain dari yang lain tadi.
Pada mulanya, saya ingat penahanan saya ini takkan dapat mengubati masalah ketagihan saya ini kerana saya sendiri pun tak rasa nak berenti lagi. Ntahlah. Saya rasa saya takkan berenti, kot?
Ntahlah. Saya rasa saya berenti setakat ini dulu. Pepehalpun, nama saya Abu.
Sayalah penagih nasik tu.
No comments:
Post a Comment