Wednesday, January 19, 2011

Penulis yang skizo

Nama saya Amat. Kengkawan panggil saya ulat. Saya tak kisah pun. Sebab saya sebenarnya ialah seorang ulat buku. Saya suka membaca. Secara automatiknya saya berperangai macam nerd-nerd sikit. Siap pakai spek lagi. Saya low self-esteem.

Tapi satu benda yang saya perasan dalam hal membaca ialah otak saya jadi sempit. Walaupun pengetahuan saya luas, tapi sebab pemandangan saya yang monoskopik semasa membaca membuatkan diri saya jadi rigid dan predictable. Saya tertekan. Saya rasa dunia ini semakin sempit. Harihari terasa macam berjalan dalam terowong gelap yang tak berkesudahan...


Tapi sejak kawan saya memperkenalkan konsep blogging kepada saya, saya mula suka menulis pulak. Seperti seorang kanak-kanak yang baru dapat mainan baru, beberapa hari yang pertama itu indah. Tapi lama kelamaan saya menjadi emo. Saya tak suka emo. Sebab emo menunjukkan sifat lemah saya kepada pembaca. Saya tak suka dipanggil seorang yang lemah. Walaupun saya seorang nerd.

Saya pun beralih konsep penulisan kepada style bercerita. Buat dialog. Atau monolog. Cuba untuk memengarutkan gaya bahasa seberapa boleh bagi menambah perisa dalam menyembunyikan keemoan saya. Tapi saya emo jugak. Mesti nak marahmarah dan tudingtuding. Saya pun taktau kenapa. Banyak kali saya berhenti berkarya apabila bau keemoan menguasai hasil kerja saya. Biasanya saya akan keluar mengambil angin atau melepaskan angin di tempat yang sepatutnya.

Dan bila saya nak sambung balik, biasanya saya akan baca dari mula semula agar sambungan yang saya tulis nantik itu tak lari tempo atau moodnya. Yang harunya pasal menulis pada waktu malam ialah saya kadang-kadang terlelap sebelum dapat menghabiskan pembacaan semula saya tu...

Dah macam-macam cara saya gunakan untuk memastikan karya saya bebas dari atau mempromosikan keemoan kerana saya rasa, negara kita amat perlukan bahan bacaan yang menginspirasikan, daripada bahan yang menggalakkan fantasi atau keganasan, demi menhadapi cabaran globalisasi yang semakin mencengkam dewasa ini.

Saya harap pihak tuan dapat memberikan komen yang sewajarnya berkenaan hal ini.


Yang benar,
Amat Skizo


--------

Salam, Amat Skizo


Pergi mampos.