Thursday, February 17, 2011

Kegelapan yang skizo


Seringkali tatkala jiwa dirundung kesepian, aku rasa seperti mahukan panduan. Tapi kesepianku agak aneh. Senang cerita, akibat dari kesepianku itu, aku akan melarikan diri ke dalam kegelapan. Kalau dulu kegelapan itu mudah dan indah. Kini, kegelapan itu bagaikan satu tempat yang asing. Kegelapan bukan lagi teman. Aku mula takut dengan kegelapan.

Dulu kegelapan ialah tempat di mana aku temui ramai teman. Lebih banyak tangan yang boleh kugapai ketikaku dalam kegelapan berbanding ketika aku dalam terang. Kerna dalam gelap, aku tak kisah tangan sapa yang aku pegang atau aku ikut. Aku takkan menilai empunya tangan samada dia ni betul ke idak. Aku main pegang dan ikut ajer. Maklumlah, akukan tengah kesepian. Janji ada geng. Dan sebab aku dalam kegelapan, dah tentulah aku taktau samada yang aku ikut itu betul atau tidak. Sebab aku tak nampak apa-apa. Aku tak tau aku selamat di tengah-tengah atau sedang bermain dengan bahayanya di tepian. Aku takmau tau sebenarnya. Dan sebab itulah kegelapan itu indah pada masa itu.

Tapi kini, tatkala perasaan sepi itu kembali, dan di saat aku tersilau dengan keterangan dalam keberadaanku, aku kadangkala cuba mahu menjenguk ke dalam bilik kegelapan. Aku masuk. Namun kegelapan kalini kurasakan aneh. Hampir menakutkan. Aku tak perlu menggapai lagi. Tangan-tangan tu pulak yang meraba-raba tubuhku dalam gelap ini dan mereka lebih kasar dan agresif. Hinggakan aku tak sempat nak menilai diriku sendiri dek asyik mengelakkan capaian mereka. Akibatnya aku keluar dari kegelapan dan berdiri termenung saja di dalam keterangan, melihat akan kegelapan itu.

Dan aku masih berdiri di situ memikirkan...
What should I do?

2 comments:

± said...

deep ni bro, deep. aku nak hadam pun amik masa

gelap2 pasang torchlight je la

Irwan said...

tak cukup tangan. mana nak pegang torchlight, mana nak pegang tangan, mana nak lempang diri sendiri lagi...