Wednesday, February 23, 2011

lead guitar yang skizo





Wa Bobo. Wa lead gitar untuk akuskizo. Wa mula join ug sejak lepas SPM dek pengaruh Abu. Abu pulak terpengaruh dek abang dia. Abang dia yang kat London tu. Bukan yang kat hospital gila tu. Yang kat hospital gila tu buat apa.

Abu ngan wa dah kenal sejak form four lagi. MAsa tu, kitorang study kat MRSM Serting. Wa terjebak dengan ug secara serius lepas dengar lagu Creep dari Radiohead. Wa ni sebenarnya berjiwa ballad. Tapi sebab awek Abu ngan awek gua satu bilik dan awek gua pulak terpengaruh dengan awek Abu yang suka dengan ug, maka wa terpaksalah melupakan band macam Mega, Olan dan UK's dan beralih kepada band macam Strife, EarthCrisis dan Carburator Dung. Dari situ wa mula belajar main gitar style powerchord dengan series. Lepas SPM, wa selalu lepak dengan Abu dan abang dia dan kami selalulah jam lagu-lagu underground. Dari situ, Abu dan wa mula buat lagu kitorang sendiri (masa tu beat ada influence funk dari band macam RHCP sebab nak lari dari cliche ug yang tengah kemaruk dengan HC-Rap). Tapi kami tak pernah jam lagu-lagu ni secara serius sebab masa tu kitorang masih tak pasti lagi samada masih bersama atau tidak masa sambung belajar nantik.

Lepas SPM, Abu dan aku masuk kolej kat Pahang ambik Dip. Kat sana kitorang join budak scene Kuantan. Masa tu nasi lemak Simple baru nak naik. Ada sekali tu, masa majlis kahwin abang kepada member kami, diorang ada buat live band. Tah camana Abu ngan aku berkesempatan nak jamming. Abu main dram, aku main gitar. Kitorang bawak lagu Lenny Kravits yang radio friendly sikit sebab masa tu ada ramai sedara mara tuan rumah. Semua orang (orang kampung dan member ug) boleh layan lak lagu yang kitorang bawak. Dari situlah datangnya idea nak buat band dengan serius.

Aku flunk Diploma tu. Tapi Abu OK. Dia sambung belajar sampai ambik Master sekarang ni. Aku pulak balik kampung dan menjadi penganggur. Masa ni lah aku mula bermain band dalam ug secara serius. Berasam dengan Abu, kami keluarkan demo dan mula distribute kat distro-distro kengkawan. Ada jugak orang yang ajak main dalam gig. Lepas 3 kali perform sebagai 2-piece band, kami mula mencari bassist dan vokalis. Masa tulah kami dijumpakan dengan Mamat. Mamat ni kepala hangin sikit. Tapi dia punya skill main slap bass memang takleh celen. Memang aku respek. Tapi budak ni perangai sebijik macam Flea RHCP. Aku rasa semua bassist memang gila-gila sikit kot? Ntahlah. Janji dia main OK, aku tak kisah...

3 comments:

ghost writer said...

lu boleh tahan jugak ek irwan...

Dark Half said...

aku agak berdasarkan kisah benar gak ni..

Irwan said...

laaa...terskizo ke kamu semua? ni semua kan rekaan.

aku seorang yang waras dan memboringkan...nerd-nerd sikit...

mana ada band-band semua ni...